Bab 1

Romance Series 5243

" Tengku Aina Fairaha Bt Tengku Hazmi ! Kenapa kamu tidur dalam kelas saya ? Kamu ingat kamu tu dah pandai sangat sampai saya mengajar pun kamu boleh nyenyak macam ni ? Punya la beso suara saya kat depan ni , apa kamu ingat saya ni tengah menyanyi mendodoi kamu tidur ke Faira ? " . Panjang lebar bebelan guru Matematik ku iaitu Puan Juaida . Aku bangun sambil memisat misatkan mata ku . Seisi kelas memandang ku dengan wajah yang kehairanan kerana ini merupakan pertama kali aku tertidur di dalam kelas . Aku berasa malu yang teramat .

" Saya minta maaf cikgu , saya terlelap . Malam tadi rumah saya ada buat kenduri tahlil . Saya tidur lewat tu yang boleh pulak ngantuk dalam kelas . Saya minta maaf eh cikgu saya yang syomel lotey ni ihik ! " .
" Banyakla kamu punya comel . Disebabkan kamu dah puji saya so saya maafkan kamu . Tapi ingat ni yang pertama dan terakhir " . Aku terus berterima kasih dengan guruku . Rakan sekelasku terus tertawa akan gelagat ku dan Cikgu Juaida .

Kringgggggggg !
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat . Aku dan Hanani terus berlumba lumba untuk ke kantin . Ya , Hanani merupakan kawan karib merangkap sepupu ku . Aku memanggilnya Nani . Nani merupakan anak kepada Pakcik Wan , abang kepada Baba ku . Kami boleh diibaratkan belangkas kerana dimana ada Nina disitu ada aku . HAHAHA perosak peribahasa .

Semasa aku dan Nani sedang beratur untuk membeli makanan , tiba tiba dua orang jejaka tampan berjalan menuju ke arah kami . Siapa lagi kalau bukan kekasih Nani dan sahabat nya Izzam dan Farhan a.k.a Paan , mangkuk tingkat .

" Hah nak apa ? Nononono ! Nani hari ni jadi peneman aku . Kalau nak dating jugak tunggu lepas habis masa persekolahan " , kata ku kepada Izzam a.k.a Ijam . " Alaaaa Faira , aku rindu la dengan Nani ni takleh tahan dah sampai mengigau dalam kelas sebut sebut nama dia ja " . " Aah Faira kesian dengan Ijam . Takpe kalau kau nak teman meh aku temankan kau " , Paan menyokong Ijam dan memberikan cadangan gila . Aku membeliakkan mata tanda protes .

" Eee dengan kau ?! Simpang 44 malaikat . Mati hidup semula pun aku taknak eeee . " Apa salah nya ? Kau nak cari peneman kan , aku boleh temankan . Jangan kata teman makan masa rehat , teman kau in your life pun aku sanggup hehehe " . Aku terkejut . " Ni dah melampau sangat kau ni Paan . Nak rasa penumbuk aku eh " . Paan tersengih sengih begitu juga pasangan kekasih yang hangat bercinta didepanku dan Paan , sapa lagi kalau bukan Nani dan Ijam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience