Bab 5

Romance Series 5243

Nani tersengih sengih macam kerang busuk .

" Hehehe sorryla Faira , aku excited sangat tu yang main redah je . Emm , jomla temankan aku pegi shopping jap . "

" Eh aku baru je nak ajak kau pegi taman . Apsal tak ajak abang kau je temankan ? Aku okay je pegi taman sorang sorang . Lagipun takdela jauh mana . "

Nina merengek sambil menghentakkan kakinya . Memang tengah perasan diri tu budak tadika lagi kot .

" Aku nak kau jugak temankan . Lagipun aku nak beli hadiah untuk Ijam . Kaukan terer bab pilih barang ni . Nak ajak Abang Azief buat apa . Bukan boleh bagi pendapat pun . Huh ! "

Aku terfikir untuk memberikan satu cadangan yang ku kira bernas jugakla hihi !

"Apa kata kau ajak Paan . Diakan sahabat baik Ijam . Mestila dia tahu apa yang Ijam sukakan . Tak gitu ? "

" Memangla aku ajak Paan " , Nina seperti tidak mahu berputus asa . " Tapi Paan suruh ajak kau sekali . Kalau kau takde , dia taknak tolong . Please Faira " .

Aku mengeluh . " Apehal dengan Paan ni ek "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience