Bab 53

Romance Completed 1263976

Bab 53
Syed Adam merasa sesorang menepuk bahunya dengan perlahan dia bangun dan melihat gerangan yang menepuknya.
“Adam dah solat ke? Asar dah nak habis ni,” suara itu memberi kelegaan kepadanya. Dia melihat Syed Awaludin datang bersama coffee latte kegemarannya.
“Babah borak dengan Uncle PI kat coffee bean tadi. Tak sedar waktu Asar dah nak habis. Babah dah selesai solat dah, Adam pergi pulak, biar Babah tunggu Arman,” Syed Awaludin meletak kuih karipap di meja tetamu itu.
“Adam solat dulu lah Babah, Adam ada meeting sebenarnya, tapi dah terlambat ni, nampak Ameena request to reschedule meeting ni. Adam kena check in systems sekejap lagi, nak kena approve request transfer budget dulu,”
Anak yang taat itu meluruskan badannya. Dia memandang sepi kepada adiknya yang terbaring kaku di katil hospital itu.
“Babah tunggu dulu ya, kita makan sama sama, Nanti Adam order grab food, Adam nak borak dengan Babah. Malam ni biar Adam teman Arman, semalam Teha dah teman,” dia ke bilik air di bilik hospital itu untuk membasuh mukanya.
Syed Awaludin cuma memandang anaknya tanpa bersuara. Dia sangat memahami Syed Adam yang selalu ingin yang terbaik untuk adiknya. Dia hanya menganngguk tanpa memandang Syed Adam, matanya lurus ke arah Syed Arman yang terbaring kaku.
Dia tidak tahu bagaimana lagi harus berbuat dengan Syed Arman, dia tidak tahu lagi bagaimana untuk mengambil bahagia itu, dia buntu. Terdapat banyak jalan bahagia, tetapi jiwanya dia tidak membenarkan untuk melepaskan Syed Arman kepada sesiapa pun.
Selepas mereka melalui perkahwinan yang penuh tragis, dia tidak pernah berjumpa dengan wanita yang melahirkan Syed Arman. Bukan dia tidak pernah mencari, malah mengeluarkan duit yang banyak untuk itu, tetapi semua itu sia sia. Dia juga sudah memeriksa dengan Jabatan kerajaan yang berkaitan, tetapi wanita yang melahirkan Syed Arman tidak pernah keluar daripada Malaysia.
Wanita itu tidak bersalah, dia sangat percaya, tetapi ketika dulu, dia terpengaruh dengan bukti yang ada, dia marah malah memukul wanita yang tidak bersalah itu. Selagi dia tidak berjumpa dengan wanita itu, tidak mungkin dia boleh tersenyum dengan membayangkan penderitaan wanita yang telah sah menjadi isterinya.
Wanita itu terlalu cantik dan baik untuk di lepaskan, tetapi dia sudah pun membuang wanita itu. Dia tersangat bodoh dengan mempercayai semua yang dia nampak, tanpa pernah menyiasat. Kesannya Syed Arman mendapat kesakitan daripada perbuatannya.
“Babah, Adam dah lama ada sebelah Babah, tapi Babah seperti hilang dalam dunia Babah,” Syed Adam memegang bahu Syed Awaludin, dan menuju ke meja makan di bilik sakit VVIP itu.
“Adam belikan nasi daging untuk Babah, Adam belikan juga untuk Teha. Teha pun nak lepak sini juga, dia tengah parking kereta,” Syed Adam menapak ke arah adiknya, apabila melihat jari adiknya sedikit bergerak, dia tidak pasti matanya yang tersalah, atau memang jari Syed Arman yang bergerak.
“Babah, Adam panggil doctor, jari Arman moving, tapi sekarang tak pulak, nevermind Adam panggil jujak,” dia menekan button biru di sebelah katil Syed Arman.
Sama seperti semalam, doctor mengesahkan Syed Arman sepatutnya boleh bangun bila bila masa, semuanya sempurna, cuma Syed Arman tidak mahu membuka matanya.
***************************************
Sharifah Teha membetulkan kedudukan Syed Arman, dia mengalihkan Syed Arman sedikit ke tepi. Dia berniat untuk berbaring di sebelah abangnya.
“Adik, kesian abang tu, abang sakit pun adik nak buli jugak,” Syed Awaludin menyapa setelah melihat kelakuan nakal anak bongsunya.
“Ala Babah, adik pun nak tidur sebelah abang, Nampak macam best jer abang tidur, sampaikan tak nak bangun,” Dia memeluk tangan Syed Arman dengan penuh kasih saying
“Abang Arman ni, sakit pun wangi,” Sharifah Teha masih memeluk abangnya. Dia sayangkan abangnya seperti Syed Awaludin dan Syed Adam.
“Babah, adik nak tanya satu soalan boleh? Kenapa Abang Arman handsome sangat, tak sama macam adik dengan abang Adam. Abang Arman punya tahap handsome tu macam model pulak. Adik nak sangat tahu kisah Abang Arman, please Babah…,” Sharifah Teha memandang Babahnya, memandang Syed Adam dan juga Syed Arman.
“Aah la Babah, Adam pun nak tahu, sampai masa Babah lepaskan semua kesakitan Babah. Mana tahu selepas Babah cerita, boleh hilangkan beban yang Babah simpan,” Syed Adam melihat kenyitan mata adiknya, meminta dia menyokongnya usulnya.
“Kalau anak anak Babah nak tahu cerita, Babah nak minta satu jer, dengar dulu cerita Babah dan jangan salahkan Babah untuk kesemuanya. Babah minta tu jer..,” Syed Awaludin bangun dan bergerak ke sofa di bilik VVIP itu. Dia perlukan keselesaan sebelum membuka semua kesakitanya dan keiklafannya.
Dia melihat kedua anaknya mengangguk laju dan mengikutnya ke Sofa mewah itu.
“Arman lahir daripada wanita yang baik dan naif, nama wanita yang lahirkan Arman adalah Embun binti Abdullah, Embun adalah wanita kelahiran perkahwinan campur, wanita melayu bersama lelaki Eropah. Bonda Embun berasal daripada Bentong Pahang, dia meninggal semasa melahirkan Embun, Ayah Embun pula papa tidak tahu dia berada dimana, Embun di besarkan oleh datuk dan neneknya”
“Embun adalah staff Babah di Mega Holdings, dia bekerja semasa menunggu keputusan SPM. Dia adalah staff Babah semasa permulaan Mega Holdings masih syarikat yang kecil. Semasa dia berkerja di Mega Holdings, dia banyak menolong Babah dalam urusan dokumentasi. Selepas mendapat keputusan SPM, dia dapat tawaran sambung study kat UM, dan dia hantar resignation letter. Tapi dia mohon untuk kerja part time, sekiranya company perlukan dia sanggup kerja sebelah malam, kerana di perlukan duit untuk menampung kehidupannya,”
“Lupa Babah nak cakap, semasa menunggu panggilan universiti, datuk dan nenek Embun meninggal, accident semasa on the way ke Kuala Lumpur, untuk menjemput Embun. Then at age 18, Embun tiada sesiapa,”
“Oleh kerana Babah tahu keadaan Embun, Babah setuju kerana Babah juga perlukan staff yang bagus. Dalam masa itu, Babah mula selesa dengan Embun, dia sangat ringan tulang, sanggup buat apa sahaja untuk memastikan urusan syarikat berjalan lancar,”
“Selepas beberapa bulan kerja dengan Babah, Babah kena tipu dengan partners Babah and Babah hampir diistihar muflis sebab loan semua atas nama company. Tapi masa tu Embun sanggup jualkan tanah pusaka peninggalan datuk dia untuk tolong Babah. Dan jumlahnya bukan sedikit, hampir 1.5 juta harga tanah tu, dan semua Embun serahkan kat Babah,”
“Kerana terhutang budi tu dan demi melindungi Embun, Babah berkahwin dengan dia, masa tu Babah tiada rasa cinta, more to melindungi Embun. Tapi Babah letakkan nama Embun sebagai partners Babah, dan selepas setahun berkahwin, Arman lahir,”
“Masa tu Embun cuma duduk rumah sewa kat Damasara. Babah tak belikan rumah untuk Embun pun, keuntungan daripada syarikat, Babah laburkan buat rumah banglo sekarang. Tapi Embun memang tidak pernah membantah, dia masih tetap belajar dan habiskan degree dia,”
“Masa tu Mega Holdings dah dapat contract jutaan daripada kerajaan. Embun tidak pernah meminta banyak daripada Babah, dia struggle sendiri besarkan Arman dan dengan study lagi. Babah tak pernah bermalam dekat rumah sewa Embun,”
Syed Awaludin berhenti bercerita, ketika ini air matanya mengalir laju. Dia teresak esak, seperti sangat menyesali apa yang terjadi.
“Apabila Mega Holding dapat keuntungan yang besar, Babah mula membeli bangunan sendiri, ada ramai staff, Babah mula lupa nak balik rumah Embun. Embun pula tidak pernah membantah. Babah melarang dia datang ke pejabat kerana bimbang tertembung dengan umi kamu. Babah zalim sangat masa tu,”
“Ketika Arman umur 4 tahun, Embun meminta Babah membuka Yayasan untuk menolong mereka yang tidak mampu menyambung pelajaran, dan membantu mereka yang susah. Embun kata itu adalah punca rezeki yang akan melimpah ruah nanti,”
“Embun siapkan proposal paper untuk Babah baca dan faham. Dalam usul tu, dia meminta untuk menjaga Yayasan tu, kerana dia punya banyak idea untuk membantu mereka yang susah,”
“Papa letak proposal paper tu ketepi, Babah buat tak endah dan Embun tidak pernah membantah. Selepas umur Arman 5 tahun, dia meminta izin Babah untuk berkerja, kalau Babah tak benarkan dia berkerja di Mega Holding, dia akan mencari kerja di syarikat lain, untuk membayar sewa rumah dan untuk Arman. Ketika itu Babah masih tidak sedar, masih sombong dengan kekayaan Babah. Babah izinkan dia berkerja, dengan syarat jangan pernah mengaku dia isteri Babah,”
“Masa awal tahun, Babah terima gambar dia makan bersama lelaki, naik kereta bersama lelaki lain, keluar bertiga bersama lelaki lain. Babah jadi marah apabila tengok gambar tu, Babah terlepas tangan, Babah mendera dia cukup cukup, Babah pukul dia depan Arman. Masa tu Arman menangis tidak berhenti. Babah hampir gila apabila tengok gambar tu..,”
Syed Awaludin berhenti lagi, dia menarik nafas dan menghempus perlahan.
“Pada satu malam tu, kami gaduh teruk, kerana Babah nampak seorang lelaki keluar daripada rumah sewa Embun. Babah lepaskan talak dan bawa Arman pergi, tinggalkan Embun meraung kesakitan selepas kena pukul dengan babah,”
“Yang sedihnya, semasa Embun datang pejabat merayu untuk dapatkan Arman, Babah sepak dia depan staff Babah dan Umi kamu. Rupanya umi dah lama tahu Babah ada isteri lain dan tak kisah kalau Arman tinggal kat rumah banglo kita,”
“Bodohnya Babah masa itu, Allah sahaja yang tahu,” suara itu penuh dengan penyesalan.
“Itu kali terakhir Babah nampak dia, tapi selepas sebulan Embun pergi, seorang lelaki datang jumpa Babah untuk mencari Embun, kerana Embun tidak dapat dihubungi. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai abang tirinya, maknanya mak Embun ada anak lain sebelum Embun,”
“Kenapa Embun tidak pernah ceritakan kewujudan Abang tirinya sebab abang tirinya datang untuk menyelamatkan Embun dari Babah,”
Syed Awaludin menangis, dan tangisan itu lebat dan singgah jelas ke telinga anak anaknya. Dia tersedu, tiada suara yang kedengaran, cuma esakan.
Sharifah Teha memeluk Syed Awaludin, bersama sama menangis mendengar cerita Babahnya.
“Kalau Babah tak boleh cerita, stop jer sini, adik dengan abang Adam tak kisah, next time kalau Babah dah ok, kita sambung lagi,” Sharifah Teha masih memeluk Babahnya, mencium pipi Syed Awaludin kemas dan penuh kasih.
Kelihatan Syed Adam menyapu airmata yang mengalir di pipinya.
“Tak apa dik, Babah teruskan,” dia kembali membetulkan tempat duduknya dan tangannya masih memegang tangan Sharifah Teha kemas.
“Abang tirinya mendedahkan segalanya kepada Babah. Bagaimana umi memberi Babah makanan kotor, bagaimana sihir itu pergi kepada Embun, bagaimana umi menghantar orang untuk memusnahkan hidup Embun. Bagaiman Embun hampir mati kerana umi mengupah orang untuk melanggarnya,”
“Sebulan Embun masuk hospital kerana cedera parah kerana di langar, Babah tak tahu pun, kerana Babah tak pernah nak ambil tahu,”
“Babah tak nak percaya tentang sihir dan makanan kotor, tapi seingat Babah, Babah sangat membenci Embun, walaupun dia melayan Babah sangat baik, tidak pernah Babah jumpa wanita sebaik Embun,”
“Apabila Babah pergi ke Bentong, tapak rumah pusaka juga sudah dibeli orang, mereka tidak kenal siapa Embun. Tanah yang dijual juga sudah bertukar nama, Embun tidak meninggal kesan langsung,”
“Babah jugak minta kawan Babah check data mereka ke luar negara, dia tidak pernah keluar negara, maksudnya dia ada di Malaysia. Tapi dia tidak muncul bertahun tahun, malah tidak pernah telepon atau hantar sesiapa untuk melawat Arman,”
“Selepas tahu Babah kena makanan kotor, abang tiri Embun hantar Babah untuk berubat. Teruk Babah kena dengan umi kamu. Dari situ juga Babah tahu umi ada pedamping, kerja kotor umi semua Babah jumpa kat bilik store. Selepas Babah panggil ustaz datang rumah untuk cleanup, semua ok, sehingga Babah tahu Umi mendera dan Arman hampir mati kat tangan Umi kamu,”
“Masa itu keadaan Arman hampir mati, Allauakbar, balasan Allah kepada Babah memang jelas,”
“Sebab itu Babah hantar Arman ke London, rumah atuk kamu. Tetapi umi tidak putus putus mendera fizikal dan mental Arman. Sehingga Arman menjadi begini,”
“Selepas tu doctor sahkan umi kamu ada depression, Babah hampir putus asa dengan umi kamu, banyak lagi cerita umi kamu, tapi biarlah Babah yang simpan, kerana Babah tak nak Adam dengan Teha salah faham nanti, sebab dia adalaah umi kamu, wanita yang melahirkan umi kamu,”
“Sebelum Babah mati, Babah nak sangat jumpa Embun, Babah nak minta maaf, Babah nak melutut depan dia, mohon ampun, Babah nak pulangkan semua duit dia, Babah nak ceritakan semua kisah Arman, Babah tahu dia ada disekeliling kita, cuma Babah tak tahu nak cari kat mana,”
Syed Awaludin memandang Syed Arman sayu, dia bersalah untuk semua yang terjadi.
“Babah, mana abang tiri Embun tu? Dia tak tolong Babah carikan ke?,” soalan dari bibir manis Sharifah Teha untuk menerjah telinganya.
Syed Awaludin memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia bersimpati dengan Sharifah Teha, kerana kelahirannya semasa perhubungan dengan isterinya bermasalah. Tetapi Allah mengurniakan anak yang sihat dan baik untuk dirinya.
“Abang tiri Embun menolak semua permintaan Babah, malah Babah sanggup pulangkan semua saham Embun, dia menolak. Kali terakhir Babah jumpa dia adalah semasa dia perkenalkan seorang ustaz kepada Babah. Selepas itu dia tidak berjaya dihubungi dan hilang jejak sehingga kini,”
“Satu perkataan yang dia cakap dengan Babah semasa dia menghantar Babah ke rumah ustaz,”
“bukan semua orang gilakan harta macam awak, satu masa nanti, apa yang awak buat untuk Embun, akan terpalit satu persatu, awak jangan cari adik saya, saya tak izinkan,”

“Dan semua tu memang benar, Babah tidak pernah merasa bahagia, Babah tidak pernah merasa apa itu kebahagian. Apabila Babah memandang Nurlisa, Babah teringat pada Embun, lembut dan sopan, tidak banyak membantah, bijak dan lurus. Arman seperti Babah, jiwa terlekat dengan wanita seperti Embun,”
“Maafkan Babah Arman, Babah berdosa kepada ibu kamu, Babah yang jahat, Babah yang jahil,” dan esakan itu semakin kuat. Dia melepaskan kesemuanya hari ini.
“Babah, airmata Arman mengalir, Arman dengar ke apa yang Babah cerita dr tadi?,” Syed Adam menghampiri adiknya yang terbaring kaku itu. Tapi tiada gerakan langsung pada tangan dan mata Syed Arman.
Mereka bertiga mengerumumi Syed Arman, dah ianya benar kerana pipi Syed Arman basah dek airmata.

BERSAMBUNG

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-12-28 20:17:19 

hi. dear. tqvm. lama i'm waiting tau. love u so


NovelPlus Premium

The best ads free experience