crush 5

Romance Series 3183

Pada pagi terakhir orentasi, acara senaman pagi diadakan dan explorace diadakan. Aku dengan gp berkumpul bersama faci iaitu kawan sekelas aku jgk! ahaahahahah iaitu atyrah anak Pak Cik Sham. Boleh kira tahan kamcing dengan aku even aku budak baru masuk sekolah ni. Kitorang rapat sejak peristiwa satu tu...Hhehehe nanti aku cerita.


Athirah ni adalah Ketua Biro Asrama dan ada beberapa lagi biro dlm hal-hal lain tapi dengan dia ni paling aku masuk air, satu kepala dan dia ni jenis peramah jugak. Pastu takde perangai diva tahap gedik dan tak sombong even ketua asrama. So selain Qiera, Athirah juga Orang aku rapat dekat sekolah baru ini.


Beberapa pasang faci sibuk siapkan check point masing-masing, faci gp aku si tyrah ni selamba badak dia duduk gelak ketawa dengan ahli group aku. Almaklumlah semuanya si partner dia yg rajin nak setup semuanya jadi dia cuma jaga kitorang je. Kau rasa?

Tiba-tiba...

'hey cutie pie! seronok nampak? taknak ajak jejaka kesayangan awak ni happy sekali?' Kata Fir dengan nada ulat bulunya Lalu duduk sebelah aku yang ternyata kosong.

Aku pula ' kau pehal duduk sini? shuh shuh jgn nak kacau life oranglah!' marah aku lalu jarakkan kedudukan kami yg agak rapat. Dia balas amarah aku dengan senyuman seksinya. Err seksi ke?

Reaksi Athirah dengan budak-budak group aku? Semua dah pakat sengih-sengih kambing wangi. Athirah pula galak menyakat aku dengan si ulat bulu.

'Hek eleh shy shy anjir plk korang ni! Nak sweet-sweet sila ke tgh alam jangan tunjuk dekat kitorang!' Athirah ketawa sakan. Aku pula memprotes lalu melayarkan ketam aku dekat tangan Athirah.

'kau jangan lebih-lebih ek Thirah! Aku siku pale mung kang!' Aku memuncung, marah.

' haaa yolah! macam aku takut! dahlah kau! ha? kau nak apa Daus datang sini? ada problem ke dengan check point kau?' tanya Athirah manakala aku pula sudah sibuk bersembang dengan seorang junior lelaki gp aku pasal bola tampar.

' ha ah! Ni tyrah, ada budak group aku taknak join game ni. Aku dh bagi warning supaya still follow game ni. Tapi aku cuma nak bagi tau kau supaya kau take attention dgn budak-budak perangai macam ni. Lagi-lagi budak yang aku mention tadi. Aku dah arahkan guard kunci semua pintu asrama and tengok-tengokkan kot ada yg curi-curi fly. Itu je.' kata Fir dengan nada yg agak tegas.

Apa yang aku dengar daripada Atyrah si Firdaus ni merupakan biro sukan bagi aspura(hostelelaki). Oleh sebab jawatan ini jugalah dia popular dekat sekolah. Sukan dia top, belajar dia boleh kira top jugaklah tambah biro asrama, ramai budak junior suka dekat mamat ulat bulu ini. Playboy? boleh kira jugalah. Dia ni dak-dak sains tulen so itu jadi kredit bonus populariti si mamat ulat bulu ni.

Ada beberapa kawan aku pernah cakap yg Fir ni dh ada girlfriend. Lebih kurang, setahun lebih jugalah relationship depa ni tapi bukan satu kelas. Aku tak tau kelas mana yang aku tau sama batch je.

Namun sejak aku masuk sini, mamat ulat bulu ni aku tak pernah nampak dia date ke apa? Mungkin dia tak tunjuk sebab taknak cikgu tau kot. Entahlah itu je aku tau. Malas aku amik tau bukan penting pon. Tapi aku pelik dengan Fir sebab selamba kacau aku depan-depan manusia lain, dia tak sedar ke kalau awek dia dapat mau perang dunia pulak nanti?!!

Tapi selagi hidup aku aman selagi tu aku ok lah.

'Dian, awak menung apa tu? teringatkan saya ke pakwe baru?' kata Fir merenung tepat ke muka aku.

'eh!!!!!? kau ni pehal? biaq akulah nak ingat sesiapa, bukannya masalah kau pun!' kata Aku lalu terus menerpa ke arah Athirah. Fir pula ketawa senang.

'weyh Dian aku caw dulu. Nak pergi tengok si partner aku tu. Entah apa yang jadi dekat checkpoint aku.' kata Athirah lalu bangun dari tempat duduknya Lalu pergi ke check pointnya. Aku hanya mengangguk dan melihat Athirah pergi. Tinggallah aku dan Fir serta budak group aku.


Partner dia KeTua Biro Asrama Aspura. Tak silap aku nama dia Hafidz. Kamcing jugakla depa berdua ni tapi tak lebih daripada kawanlah sebab Si Tyrax a.k.a thirah on relationship dengan budak sekolah tapi tidak duduk asrama. Hubungan depa berdua ni just senyap dan hanya budak kelas Je tau.

'uit cutie pie!' panggil Fir yang dah landing sebelah aku.
Aku pandang dia dengan tak puas hati.

'boleh tak stop panggil aku macam tu? nama aku sedap-sedap mak bapak aku bubuh Diandra Sofea kau panggil aku cutie pie!? hish, sengal betullah!' Aku luah kan amarah tanpa rasa takut.

'Yosh, the time has come. jap ek cutie pie! satgi aku datang balik untuk mndengar luahan hati cutie aku ni.' kata Fir dengan jelas tanpa menghiraukan orang sekeliling. Ish mamat ni apehal? aku dh kata tak suka still panggil macam tu?! Bisik aku dlm hati.

Aku melihat dia bangun dan pergi ke atas pentas dewan. Gaya macam nak buat pengumuman.

'hello all hostelians aspura and aspuri. Macam korang tau lepas ni kita akan main game explorace. So sini aku nak bagi rule dlm game ni. I want all of you pay attention carefully with my words.' kata Fir dengan tegas.

Aku yg dekat bawah ' wow! how serious you're bad caterpillar! huhuhuu...Tapi kenapa aku rasa macam dia ni ada rupa ek? ehhhh!! jap apa aku cakap ni!' aku tekup mulut aku dan terus fokus pada Fir di atas pentas tapi semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku geleng-geleng kepala Sambil pegang kepala aku yang mula berfikiran pelik.
'oh no this is not you Dian! not you!!' aku rasa muka aku dah jadi unggu gelap... 'heh... heh....Heh.. Aku... aku rasa aku salah makan kot hari ni.' Perlahan-lahan aku meliarkan mata aku ke atas pentas. Tanpa disangk sempat Fir tengok aku dengan pandangan pelik dan smirk jahat dekat aku. Aku terkaku. Waktu tu semua tengah sibuk berbincang dan gp aku pon tapi aku punya pikiran dah ke angkasa puduraya sekali Roh aku.

'What?! aku ni dah gila ke?' Aku cepat-cepat melarikan mata aku dan buat-buat sibuk dengan group aku.

Tiba-tiba....

'Kepada Dian group 3 sila tunggu dahulu dan ahli gp 3 serta gp yang lain semua boleh gerak ke check point yang ditetapkan. THE GAME IS START NOW!'

Whatttttt!!!!

Semua ahli gp aku telah bergerak ke check point yg telah diberi. Aku yg dengar pengumuman Fir tadi ternganga tahap keluasan boleh masuk 3 ketul ban roti kaya!

Even aku dah mintak salah sorang budak gp aku tunggu tapi Fir tak bagi dan akhirnya aku sorang di tepi dewan. Tunggu dia punya pasal, last aku sorang menunggu dia yang tengah sibuk set up lagu dalam dewan.

Mamat ni kalau sehari tak kacau aku , tak sah kot hidup dia?! aku merungut dengan tindakan semberononya suruh aku mereput tunggu dia.

Disebabkan aku mula bosan aku terus pergi ke pentas dan duduk atas pentas tu. Dia terkejut dengan kehadiran aku.

'cutie pie bosan ke? sorrylah, tunggu kejap ye. Bagi I setup ni dulu nanti baru kita enjoy the game together, ok?' katanya dengan lembut. Baru aku nak balas cakap dia tiba-tiba...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience