Crush 2??

Romance Series 3183

cause you're the reason,
My heart keep bleeding ...
Please come back now...

Sedang asyik Dian mendengar lagu favourite sambil matanya melilau melihat pemandangan kawasan kampung, Mamanya tiba-tiba bersuara ' dian, tu sekolah Dian. Kita nak sampai dah...'

Aku yg excited terus cabut headphone dan melihat ke arah yg mama tunjukkan.

'wow! davai!' aku kagum melihat bangunan sekolah yang tersergam indah!

Ayah yang sedang memandu juga mula bersuara setelah fokus memandu tadi. ' dian dah ready nak masuk new school?' tanya ayah.

' I'm ready ayah ma! thank you ma ayah! love you!' luah aku tanpa segan malu lalu cium pipi mama dan ayah. Gembira tak terkata walaupun sebenarnya jantung aku ni dh mula gabra nak masuk tempat baru.

Fuh Dian! let's do this!! Ganbatte Diandra Sofea! Yosh you can do this!!! aku semangatkan diri aku sendiri yg dah mula berdebaq dan jantung berdetak bagaikan shikansen! ahah! bapak drama gila aku ni! ahahahahaha aku tergelak sendiri.

Nasiblah mama dan ayah aku tak dengar. Kalau tak kena basuhlah otak aku dengan ayah pakai clorox!

Sampai sahaja sekolah, aku ikut mama dan ayah pergi ke pejabat untk uruskan hal-hal persekolahan. Aku pulak tunggu sahaja mereka di luar pejabat Sebab mesti lama nak settle semua tu sbb pengurusan pelajar tingkatan 5 bukan senang kan!? Haih...Mengingatkan hidup sbg budak spm, muka aku jadi seram pulak! sekolah baru , kawan baru dan crush baru!!! aigooo apa kepala otak aku ni pikir bukan-bukan! tulah banyak sangat baca novel!!!

Woi Dian! Sedarlah kau nak spm! SPM! SPM!

Sementara aku bebel seorang diri tiba-tiba nmpak satu geng budak lelaki adalah dalam 5 orang.

'Aik! bukan sekarang waktu cikgu mengajar ke?' Aku lihat jam tangan aku dan hah! betullah! Sekarang time kelas berlansung! But why them act nothing?

Sedang aku asyik perhatikan geng tu, salah seorang drpada mereka menoleh ke arah aku dan kenyit mata!

'Haa!! what!! gila!' aku terus berpaling daripada terus bertentang mata dengan budak lelaki tu! Serangan panik aku kembali! Tapak tangan aku berpeluh....

Dalam otak aku penuh dengan 'ulat bulu, ulat bulu, ulat bulu, aku jumpa dengan ulat bulu!!' Aku mula seram dengan budak lelaki tersebut. Aku beranikan diri untk cari ulat bulu tadi tapi nampaknya tiada.

Fuh, aku harap aku tak satu kelas dengan dia sudah! Mimpi ngerilah aku sepanjang sekolah... Aku berdoa supaya tidak sekelas dengan ulat bulu tu. Bukan makna aku benci dia tapi .... Aha..Haha.. ha... Aku ada memori buruk dengan spesies lelaki ulat bulu macam budak lelaki tadi.

'Dian.' Ma memanggil aku manakala ayah aku sedang sibuk berbual dengan seorang lelaki yang nampak seumur dengan ayah aku.

'Dian ni cikgu kelas kamu.' ayah tunjukkan ke arah lelaki yang berdiri sebelahnya. Aku memberi salam hormat pada cikgu tersebut. Cikgu tersenyum seperti nampak senang dengan sikap aku.

'Diandra Sofea kan? Nama cikgu, Cikgu Rosli guru kelas kamu yang baru. Jom cikgu tunjukkan kelas kamu?' kata cikgu tu ramah. Aku rasa macam selesa dengan sikap cikgu baru tu senyun dan mengangguk tanda setuju.

'oklah Dian, ayah dan mama kena balik ni. Jaga diri, jaga solat, belajar elok elok tau! Jangan main-main!dan paling penting jangan nak main cintan cintun ye?' mama memandang aku dengan sinis. Erk! Bad aura from my witch mother aura!

hehehhe. .. ok mama ayah! insyaallah Dian boleh jaga diri dan tak main-main! Xraknya Dian nak sibuk dgn cintan cintunnya! oklah ma ayah Dian nak kena pergi dulu. Anything Dian call ma ayah, ok? jgn risau Dian takkan call untuk keluar asrama?' aku tersengih sendiri. Mama dan ayah haya senyun sahaja dengan perangai aku. Sebelum berpisah dengan mama dan ayah aku salam dan peluk mama dan ayah aku. selesai, aku yerus mengikuti Cikgu Rosli ke kelas. Mama dan ayah juga telah beransur pulang.

Sampai Hadapan pintu kelas, aku mendengar suara cikgu membebel marahkan sesuatu. Aku yang berdiri di belakang Cikgu Rosli cuba mengintai apa yang berlaku.
Aku nampak ada beberapa murid lelaki sedang berdiri di hadapan kelas sambil dimarahi oleh guru trsebut.

'Eh, mereka ni bukan ke geng yang merayap tadi ke? haih... Kantoi dengan cikgulah tu! aigoo.... eh jap maknanya ulat bulu Tu...' aku kaku.

Cikgu Rosli mengetuk pintu kelas dan menyapa cikgu tersebut.

'cikgu ni saya bawakan murid baru kelas ni.' Cikgu Rosli memperkenalkan aku kepada Cikgu tersebut. Aku hanya tersenyum tapi hati aku menjerit 'tidak!!!!!!!'

Ketika kedua cikgu itu sibuk berbicang, mata aku tertancap pada budak lelaki yang aku gelar ulat bulu tadi. Tapi macam drama pulak dia juga tengok aku.

'Eh!?' aku terkejut. Dia perhatikan aku dengan pandangan yg aneh bagi aku lalu memberikan senyuman jahat yang membunuh. Sempat tangannya menunjukkan isyarat 'you died!'.

Aku pulak dah kejung! Pikiran aku mula bayangkan perkara buruk....'ha..Ha..Ha..Aku mula rasa tak sedap hati pasal ni.... Abislah aku!!!!'

Maka bermulalah kisah bagaimana Si Ulat Bulu mula menghantui hidup aku!

Ulat bulu panjat lidi,
Abislah hidup aku lepas ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience