Bab1: Hari pertama bekerja

Romance Series 2232

Adawiyah duduk di atas kerusi meja belajarnya. Sedang sibuk melayari internet, satu email di dapati baru muncul.

"Adakah anda berminat menjadi model? Pekerjaan ini melengkapi semua yang dikehendaki model. Cepat sebelum terlambat. Klik di sini," baca Adawiyah. Tersenyum lebar dia. Ramai yang mengatakan bahawa dialah 'Ratu Busana'.

     Tanpa berfikir panjang, dia terus mengklik butang 'Klik di sini'. Dia diajukan dengan banyak soalan yang perlu dijawab untuk menjadi model.

     10 minit sudah pun berlalu. Adawiyah dapat juga menjawab semua soalan dengan mudah. Sekarang, yang tertera di skrin komputer ribanya menyatakan keputusan akan di umumkan selepas 3 hari. Maka, Adawiyah menunggu balasan daripada pihak penggurus.

Pada hari yang ditunggu-tunggukan oleh Adawiyah, sedang sahaja dia sarapan di sebelah komputer ribanya untuk menunggu balasan emailnya, akhirnya muncul juga.

     Sebaik sahaja melihat email baru, cepat-cepat dia melihat isi dalamnya. Adawiyah tidak dapat menahan keriangannya. Dia terus membuka telefon pintarnya untuk menangkap gambar di skrin komputer ribanya dan menghantar ke Whatsapp kawannya, Ariesya. Ini berita baik! Tahukan apa maksudnya?

     Setelah siap semuanya, Adawiyah mempersiapkan dirinya untuk menuju ke lokasi pekerjaannya yang baru pada hari keesokkan harinya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Baiklah semua, kita ada model perempuan yang baru. Silakan masuk," ujar penggurus. Dia ialah Mohd Izzul Rayyan. Kelihatan seorang gadis muda mula memasuki bilik mensyuarat itu. Itulah Adawiyah. Siapa lagi kalau bukan dia?

     "Kenalkan diri awak, ya?" Arah Rayyan. "Nama saya ialah Rabiatul Adawiyah. Boleh panggil nama saya Ada. Orang selalu panggil saya 'Ratu Busana'. Saya menerima sebuah email berkenaan model jadi saya dipilih untuk dijadikan sebagai model," terang Adawiyah.

     "Awak ditempatkan di bilik khas, di tingkat 3, no. 2," arah Rayyan. Adawiyah hanya senyum dan berlalu pergi dari situ.

     "Kamu semua, boleh bersurai dan sambung bekerja," arah Rayyan. Rayyan mula keluar dari bilik itu. Pekerja yang lain pun mula bersurai.

     "Cute gila model kita. Kalau ada model lelaki yang handsome lagi cool!" Teriak seorang lelaki yang bernama Fakrul setelah kawannya, Sufian bersamanya.

     "Haahlah. Apa kata kita ajak dia makan. Kita belanja dia. Manalah tahu dia jatuh cinta dengan kita. Boleh kahwin!" Ajak Sufian. "Bolehlah." Jawab Fakrul ringkas.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebaik sahaja Adawiyah keluar dari bilik khasnya, dia diterjah oleh dua orang pekerja lelaki di situ. Dia diberi tawaran untuk diajak keluar makan bersama mereka. Tetapi ditolak oleh Adawiyah. Siapakah mereka?

     "Maafkan saya, encik? Siapa nama encik? Kenapa terjah saya?" Soal Adawiyah. "Nama saya Fakrul dan yang ini Sufian. Kami sebernarnya ingin masuk ke dalam bilik awak untuk mengajak keluar makan sebagai kawan yang pertama," jawab Fakrul. Haih, buat orang terkejut sahaja.

     "Eh, tak apalah. Lagipun, saya sudah kenyang dari pagi tadi. Sekarang ni, saya nak pulang ke rumah saya," tolak Adawiyah. Dia masih tidak terbiasa lagi dengan pekerja disitu. "Kalau begitu, nak kami hantarkan awak ke rumah awak?" Tanya Sufian. Tak mengalah lagi ni!

     "Eh, tak apa. Saya ada kereta saya sendiri. Saya balik dulu," tolak Adawiyah lagi. Adawiyah meninggalkan mereka secepat yang mungkin kerana hari sudah malam!

     Begitu pelik perangai mereka ni. Itulah cinta pertama yang dilihat mereka sebagai impian mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience