"Adawiyah, maksud saya Ada, saya ada berita baik yang mungkin awak suka," ujar Rayyan sebaik sahaja dia duduk di hadapan Adawiyah di dalam bilik khas Adawiyah.
Dengan gembiranya, Adawiyah terus bertanyakan soalan padanya.
"Apanya yang Encik ingin sampaikan pada saya?" Tanya Adawiyah dengan penuh kepastian. "Saya mendapat tahu bahawa awak akan melalui bakat model pada minggu hadapan. Jadi awak perlu bersiap sedia untuk lakukan yang terbaik buat satu syarikat ini," terang Rayyan sebaik sahaja melepaskan hembusan. Adawiyah mula membulat mata keriangan. "Akan lahirnya si Ratu Busana dalam dunia ini!" jerit Adawiyah dalam hatinya.
"Tetapi, ia dilangsungkan dimana? Apa temanya?" Tanya Adawiyah lagi. Bersemangat dia pagi ni.
"Ia dilangsungkan di Paris, iaitu Kota Cinta dan temanya ialah cinta," jawab Rayyan. Berkerut dahi Adawiyah. Temanya cinta? Kita ada model lelaki kah?
"Seriusly? Do we have boy's model? It was insane for me," tanya Adawiyah. Berbahasa inggeris pula dia ni.
"Yes, we have and he is a new model like you. He will come tomorrow. Don't worry about that," balas Rayyan. Rayyan terus sahaja berdiri dan meminta keluar. Dia meninggalkan Adawiyah yang cemas itu untuk melihat kesannya nanti.
"Tomorrow? Fuh, nasib baik. Tapi, kalau dia tak pernah ada gelaran yang hebat seperti aku, tak mahu dia ikut sama aku!" Runggut Adawiyah sendirian di dalam bilik itu. Terpaksalah dia menunggu kemunculan model baru itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum Adawiyah melangkah masuk ke dalam bilik khasnya, seorang lelaki cepat bertanyakan soalan padanya.
"Tumpang tanya, bilik khas model lelaki di mana?" Tanya lelaki itu. Bilik khas model lelaki? Ni mesti lelaki yang Rayyan cakap semalam.
"Ia di sebelah bilik ni. Apa nama encik? Nampak macam orang baru," ujar Adawiyah sambil menampilkan senyuman manis padanya. Nasib baik bos dah bagi tahu mana biliknya.
"Oh, saya Encik Kaizul Yusof, model lelaki baru. Boleh panggil nama saya Khai. Pasal tadi terima kasih, ya." ujar Khaizul. Kemudian, dia berlalu pergi menuju ke bilik khasnya. Adawiyah terhidu bau wangian yang dipakai oleh Khaizul. Serba harum!
Sebaik sahaja Adawiyah masuk ke dalam bilik khasnya, Adawiyah terus duduk di kerusinya dan mengeluarkan buku diarinya.
~Hari ini hari yang tak disangka sangkakan. Dia 'Khaizul Yusof', telah menarik perhatianku. Dia handsome dan perfect bagiku. Jikalau ada yang cuba mengodanya pasti aku menghalang terlebih dahulu. Senang cerita aku jatuh cinta padanya~
Setelah menyimpan buku diarinya, Adawiyah menyambung melukis pakaian untuk tema modelnya yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Adawiyah tekun dalam menghasilkan pakaiannya sedangkan dia tidak perasan ada orang menggetuk pintunya. Sehinggalah orang itu mengetuk pintu lebih kuat membuatkan Adawiyah terperanjat. Maka, Adawiyah menyuruh orang itu masuk.
Sebaik sahaja orang itu duduk di hadapan Adawiyah, dia terus memulakan perbicaraannya.
"Awak sedang sibuk menghasilkan model yang awak inginkan ke?"Tanya orang itu. Dia macam tahu apa yang aku tengah buat. Khai kot?
"Oh, ya," jawab Adawiyah ringkas. "Khai dah siap ke?" Tanya Adawiyah. Risau dia kalau Khaizul memilih pakaian yang tak sesuai dengan temanya.
"Sudah lama saya siap sebelum saya mula bekerja di sini. Lagipun, bos dah lama beritahu saya." Jawab Khaizul selamba. Membulat mata Adawiyah mendengar jawapannya.
"Boleh saya lihat pakaian apa yang awak pilih?" Tanya Adawiyah lagi. Khaizul hanya menggangguk dan mengeluarkan telefon pintarnya. Wow, Oppo F7! Khaizul menunjukkan gambar yang dia pilih untuk temanya.
"Awak jangan terperanjat melihatnya, ya?" Arah Khaizul. Adawiyah tercungap mulutnya. Tak sangka pakaian yang dipilihnya sangat sesuai dengan tema 'cinta'.
"Dari mana Khai dapat gambar ni?" Tanya Adawiyah. Sungguhlah dia mahu tahu di mana dia dapat. "Dari kedai kakak saya," jawab Khaizul ringkas. "Boleh saya datang kedai kakak awak, Khai?" Tanya Adawiyah. Tak habis-habis dia menanya si Khaizul ni.
"Bila-bila masa je awak boleh datang. Kalau nak tumpang saya, petang ni pun boleh sebab saya nak pergi ambil baju tu,"jawab Khaizul. "Kalau begitu saya tumpang awaklah. Saya Whatsapp awak kalau saya dah siap-siap nak pergi," ujar Adawiyah. Manja sekali dia dengan Khaizul.
"Nanti awak ambil nombor telefon saya dekat kaunter bawah, ya?" Arah Khaizul. Adawiyah hanya menggangguk. "Ok, bye." Ujar Khaizul dengan lemah lembut. Lalu, dia keluar dari bilik khas Adawiyah.
Cair hati Adawiyah. Kalau Khaizul datang ke bilik aku tiap-tiap hari pun boleh!
Share this novel