LUM 11 | THE PLAN FAILED,

Romance Series 652398

ARFAAZ yang baru saja tiba di perkarangan villa nya dengan tergesa-gesa keluar dari dalam kereta dan menghampiri Darwish dan hailex yang berdiri diluar menunggu kedatangan nya.

   "Darwish! dah jumpa kayla dekat mana? "

Tanyanya sebaik mendekati kedua lelaki itu, sedangkan Darwish hanya menggeleng kepala menandakan mereka belum menemui keberadaan gadis itu.

   "Kami dah cari kayla dekat merata tempat sama je kami belum menjumpainya.."

Ujar hailex menerangkan kepada lelaki itu sedari dia sudah ikut membantu mencari gadis itu tapi masih belum ditemui.

  "Hailex..aku nak kau cuba check keseluruhan cctv dan cari tahu dimana kayla berada kali terakhir"

Arahnya pada hailex, dia tahu yang kayla masih berada di bahagian villa nya, sebab mustahil gadis itu boleh terlepas sampai keluar. Sebab penjagaan villa nya sangatlah ketat.

  "Baik bos!.saya gerak dulu. "

Balas hailex sebelum meminta diri untuk pergi ke ruangan cctv untuk melihat semula rakaman cctv untuk mengetahui dimana keberadaan kayla.

sedangkan arfaaz hanya mengangguk sebelum arfaaz memasuki villa nya diikuti Darwish.

Jeda-

(7:33pm)

  "Tuan az..saya dah dapatkan rakaman cctv tu, ini dia"

ujar hailex yang baru mendekati lelaki itu, sebelum hailex memberikan satu komputer untuk ditunjukkan pada mereka semua.

  "Kami dah tengok beberapa rakaman terakhir, sebelum cctv itu terhenti"

sampuk arxie yang juga berada disitu, sebelum arxie menekan beberapa video yang di ambil dan di pertunjukan pada lelaki itu

   "Macam mana rakaman ni boleh tiba-tiba rosak? tak pernah lagi ada masalah seperti ini, dan kebetulan pula masa kayla tengah menghilang. "  

Tanyanya sedikit pelik, tak pernah lagi ada masalah kerosakan cctv disitu, ini pertama kali berlaku. dan seperti sudah dirancang.   

   "Masalah ni tuan, rakaman cctv ni langsung tidak membantu kita untuk mencari tahu dimana kayla, dan siapa yang sorokkan dia."

Sampuk Darwish sedikit risau bila dimana rakaman itu langsung tidak menunjukkan apa apa kelibat kayla disitu.

  "jap, bagi saya komputer tu kejap"

Pinta hailex sebelum komputer itu diberikan kepadanya dan hailex kembali melihat satu persatu file cctv yang di ambil mereka petang tadi.

  "Kau nak buat apa?"

Tanya arxie sedikit pelik, sebelum mereka semua memandang ke arah komputer dan hailex kembali memainkan rakaman tadi sebelum mereka turut melihat rakaman cctv itu.
    
  "Hailex kejap! cuba ulang balik rakaman tadi"

Arah arfaaz sedari melihat seperti ada satu bayangan orang sebelum cctv itu tiba-tiba saja tidak berfungsi, sedangkan hailex hanya mengangguk sebelum memutarkan kembali rakaman tadi dan mereka semua cuba memerhatikan semula dengan lebih jelas.

  "Cuba tengok ke sisi..nampak tu seperti bayangan seseorang kan? Sebelum cctv itu mati, so maksud dia ada orang yang sudah mematikan cctv sebelum menghilangkan kayla"

Ujarnya yang seperti tahu apa yang dilihatnya dalam rakaman itu, dan firasatnya mula mensyaki seseorang yang ada pada rumah ini.
   
  "Tuan rasa, siapa orang yang sorok kayla?"

Tanya Darwish dan arxie serentak sambil cuba memikirkan orang yang sanggup melakukan itu pada kayla sampai sanggup menyembunyikan nya.

   "Aku nak kau panggil orang yang jaga cctv tengahari tadi, dan kita tunggu saja orang yang dah berani cari masalah dalam rumah ni"

Ujarnya sinis sambil mengarahkan Darwish untuk pergi mendapatkan adi yang merupakan penjaga cctv itu, dan mula menunggu seseorang yang masih belum balik lagi.

Jeda-

(9:21pm)

Elbiena yang baru saja memasuki villa itu mula sedikit terkejut sedari melihat sudah ramai yang duduk di ruang tamu menunggu nya dengan riak wajah yang serius. Buatkan elbiena sedikit risau dengan mereka dan tetap meneruskan langkah nya mendekati mereka sedari melihat tatapan tajam dari suaminya.

  "Ada apa semua orang ada dekat sini?..ada apa apa ke?"

Tanyanya pada kesemua mereka cuba untuk menghilangkan rasa ketidakselesaan nya bila dari tadi mereka hanya diamkan diri, tanpa suara.

  "Kau pergi mana?, asal baru balik?"

Tanya arfaaz mendatar sebelum bangun dari duduk nya dan mendekati wanita itu, sedangkan elbiena yang mendengar suara lelaki itu mula sedikit takut, entah kenapa dia rasa seperti ada yang tidak kena.

  "ell...ta..tak ta..tahu nak ba..balik naik apa..dah you tinggalkan i macam tu je kat restaurant tadi"

Balasnya sedikit tergagap-gagap mulutnya terasa berat untuk mengeluarkan suara bila dari tadi suaminya itu memandang ke arahnya, dan pandangan itu tidak seperti biasanya dia lihat

sedangkan Arfaaz hanya tersenyum sinis mendengar satu persatu alasan yang diberikan wanita itu. dari riak wajahnya saja sudah tidak tentu arah.

  "Takpelah kalau macam tu i nak naik atas dulu"

Ujarnya meminta diri untuk pergi dari situ, dan baru saja elbiena mengorak langkah pergi dari situ. Tiba-tiba saja pergelangan tangannya dicengkam kuat buatkan elbiena sedikit tersentak dan meringis kesakitan.

  "You! Sakitlah..lepaskan ell, you nak apa sampai pegang i macam ni?"

Tanyanya sedikit terkejut bila di mana suaminya itu tiba-tiba saja mencengkam tangannya kuat, sebelum elbiena cuba untuk melepaskan tangannya dari pegangan lelaki itu, tapi semakin erat pegangannya hingga kan tidak terlepas buatkan elbiena sudah mula merasa sakit di pergelangan tangannya.

  "Mana kau sembunyikan kayla?"

Tanyanya sedikit tegas dan merenung tajam anak mata wanita itu, buatkan elbiena sudah mengigil ketakutan, macam mana mereka semua boleh tahu dia yang sembunyikan kayla?

  "Ka..kayla?..you cakap apa ni, i tak faham..lepaslah sakit!"

Balasnya dan mula meronta-ronta meminta suaminya itu untuk melepaskan pergelangan tangannya sebelum arfaaz melepaskan dengan kasar buatkan elbiena sedikit tersentak dengan kelakuan suaminya itu.
       
   "Aku tanya kau lagi sekali!?mana kayla ha!!"

Tengking nya buatkan elbiena sedikit gementaran dengan bahunya yang sedikit terangkat dengan tengking nya.

  "ell tak tahu!..kenapa tanya ell? kan kita dua keluar sama sama, kalau you tak tahu, i lagila tak tahu"

Balasnya sedikit takut dan cuba menafikan perbuatan nya pada lelaki itu, dia risau dia akan Dimarahi nanti jika sampai dia mengakui dan memberitahu kepada mereka.

   "Kau sure kau tak tahu? "

Tanyanya balik dan kali ini sedikit sinis, sedangkan elbiena dengan pantas mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan lelaki itu.

   "Darwish! Aku nak kau panggil adi!"

arahnya sebelum Darwish membawa adi untuk mendekati mereka, sedangkan elbiena yang melihat kemunculan adi mula membolak mata terkejut, macam mana adi boleh sampai ada dekat sini sekali?
      
  "Saya minta maaf tuan, saya hanya menurut perintah puan ell untuk matikan cctv tu, dan selebihnya saya tak tahu apa jadi."

Jelas adi sedikit takut sambil menundukkan kepalanya bila dia dipanggil sekali berdepan dengan mereka, dia pun awalnya tidak bersetuju dengan arahan wanita itu. Tapi bila dia memberitahu itu arahan dari arfaaz adi terus mengikuti.

  "Sekarang ni aku nak tahu, kenapa kau nak matikan cctv tu? aku tak pernah suruh kau untuk arahkan dia matikan cctv tu? asal kau gunakan nama aku untuk arahkan mereka? "

Soalnya mendatar, buatkan elbiena sudah mati kata mahu menjawab satu persatu tuduhan yang dikemukakan oleh mereka.

   "el tak pernah arahkan siapa siapa, dan el tak pernah pergi ruang cctv untuk suruh mereka matikan cctv tu..entah entah mereka sendiri yang lalai buat kerja dan gunakan nama ell! "

Bidasnya masih menidakkan tuduhan yang dilemparkan pada nya. 

   "saya ada bukti yang puan datang jumpa saya.."

Celah adi bila dimana wanita itu cuba memutarbelitkan kenyataan dia yang mengarahkan mereka.

   "eh kau tak payah nak menipu lah bodoh! kau saja je kan nak tuduh aku depan suami aku!"

Amarah elbiena dan baru sahaja elbiena mahu menyerang adi, satu tangan terus mencengkam rambutnya buatkan wanita itu jatuh tersungkur disitu.
      
  "Kau tak payah nak menipu lagi lah sial! Sekarang ni aku nak kau bagitau mana kau sembunyikan kayla ha!"

Herdik nya sambil menarik rambut wanita itu, buatkan elbiena sudah merintih kesakitan di bahagian rambutnya sedari lelaki itu tidak melepaskan cengkamannya.

   "Arghh!!, you..sa..sakit!"

Rintih nya cuba untuk melepaskan tangan suaminya itu dari menarik rambutnya yang mahu saja tercabut kerana cengkaman kuat darinya.     

  "Aku tanya lagi sekali mana kayla! " 

Soalnya kembali cuba untuk mengawal emosinya yang sudah membuak buak pada wanita itu.

  "ell, tak tahu!!.tolong lepaskan i..sa..sakit!"

Balasnya lagi masih cuba menyembunyikan perbuatan nya yang sudahpun diketahui mereka, sambil merayu pada suaminya itu untuk melepaskan cengkamannya. sebelum semakin kuat arfaaz menarik rambutnya buatkan elbiena sudah merasa sangat di bahagian kepalanya.

   "Kau jangan cabar aku elbiena! Kau tak kenal aku siapa? kau tahu kan aku paling pantang orang tipu aku? Kau jangan sampai kepala kau ni tak berambut sebab penipuan kau! "

 ugutnya buatkan elbiena sudah kecut perut sebelum memohon untuk lelaki itu melepaskan cengkamannya terlebih dahulu. sedangkan arfaaz dengan kasar melepaskan pegangannya dan membiarkan wanita itu memberitahu dimana dia menyembunyikan kayla.

   "ell..kurung kayla dekat dalam stor atas villa..ell minta maaf..ell tak ada niat nak buat macam tu kat kayla, ell cuma tak nak kayla ikut kita sekali you. ell minta maaf"

Esaknya sambil melutut dan memeluk kaki suaminya itu.

  "kalau apa apa jadi pada kayla, aku takkan maafkan kau!"

Tegasnya dan terus menepis tangan wanita itu yang melingkari kakinya sebelum dengan langkah yang cepat arfaaz berlari pergi ke stor yang dimaksudkan elbiena untuk mencari keberadaan kayla diikuti yang lainnya turut mengikuti lelaki itu dan meninggalkan elbiena disitu.

Sedangkan elbiena sudah menangis teresak-esak disitu sedari melihat kepergian mereka. entah kenapa rancangan nya boleh gagal lagi untuk mendapatkan perhatian lelaki itu.
    
Jeda-

Sebaik saja arfaaz tiba di stor atas villa nya, arfaaz terus mengarahkan arxie dan Darwish untuk membuka stor yang berkunci itu, sebelum Darwish cuba mengambil kunci dan membuka pintu stor.

baru saja mereka melangkah masuk, arfaaz mula terkejut dan menuju ke arah kayla yang sudah terbaring tidak sedarkan diri disitu, sebelum dengan cepatnya arfaaz mengangkat tubuh gadis itu dan terus dibawa keluar dari situ.

  "Darwish! Cepat call doktor zarul untuk datang kesini!"

Arahnya dan terus beredar dari situ membawa Kayla pergi

Darwish dan arxie hanya mengangguk dan memandang kepergian mereka, sebelum menutupi stor itu kembali dan menghubungi doktor Zarul yang merupakan dokter peribadi lelaki itu untuk datang ke villa.

* * *
  
   "Hailex please!.. i nak jumpa arfaaz!, i kena explain dekat dia..i taknak dia salah faham sebab i dah kurung kayla."

Rayunya pada lelaki itu dengan air matanya yang tidak berhenti mengalir, memohon untuk lelaki itu membiarkannya untuk menemui arfaaz.

  "Puan ell..saya harap sangat puan faham, sekarang ni puan tak perlu untuk mendekati tuan az, puan tahu kan apa yang puan buat pada kayla?...puan dah kurung kayla dalam stor tu seharian, puan tak rasa bersalah ke? Jadi sekarang ni tuan az mengarahkan saya untuk arahkan puan berada dalam bilik sampai kayla sedarkan diri."

Ujarnya sebelum mengarahkan wanita itu untuk masuk ke bilik nya dan tidak dibenarkan keluar sampai kayla sedarkan diri atas arahan arfaaz.
     
   "Taknak!, i nak kena jumpa arfaaz juga! i tak patut dikurung dalam ni sampai budak tu sedarkan diri!, i ni isteri dia dan budak tu hanya orang luar yang menumpang dekat sini! "

Bantah nya tidak mahu, sedangkan hailex hanya membiarkan saja dan baru sahaja hailex menutupi bilik wanita itu, tiba-tiba saja Darwish muncul dari situ dan menghampiri mereka.

  "Kalau jadi apa apa pada kayla, jangan kan arfaaz, aku sendiri pun tak akan biarkan kau terlepas macam tu je."

Ujarnya tiba-tiba buatkan hailex dan elbiena menoleh ke arah Darwish yang baru mendekati mereka.

  "Kau siapa nak cakap macam tu dekat aku ha! Kau tu orang suruhan je tak payah nak masuk campur! "

Bentaknya pada Darwish yang tiba-tiba saja datang dan memarahinya. Sedangkan Darwish hanya tersenyum sinis mendengar tengkingan wanita itu.

  "Kalau kau masih berani buat apa apa dekat kayla, kau akan tahu apa yang akan terjadi pada kau nanti! "

Tuturnya sinis sambil menatap tajam ke arah wanita itu, sedangkan elbiena hanya terkelu mendengar amaran dari lelaki itu. Untuk pertama kalinya dia melihat lelaki itu lain dari biasanya. dan riak wajahnya pun begitu serius tanpa gurauan.

   "Dah hailex!, kunci bilik tu..sampai kayla sedarkan diri"

Arahnya sebelum berlalu pergi dari situ, sedangkan hailex terus menyuruh elbiena untuk masuk lebih dalam sebelum pintu bilik itu dikunci dari luar sampai kayla sedarkan diri atas arahan arfaaz.

sedangkan elbiena hanya menurut saja sebelum memasuki biliknya dengan airmata nya yang mula mengalir perlahan, dia tidak menyangka yang perancangan nya itu boleh gagal

* * *
sedangkan arfaaz hanya duduk di samping gadis itu dan melihat doktor Zarul memeriksa keadaan kayla yang masih belum sedarkan diri itu.

  "Tunku jangan risau, keadaan dia baik baik saja, hanya tekanan darah dia menurun dan kehilangan banyak tenaga buatkan dia jatuh pengsan disitu."

Ujarnya memberitahu keadaan gadis itu selepas memeriksa keadaan nya yang tidak lah terlalu serius, hanya saja gadis itu mengalami kejutan berada dalam situasi seperti itu.
     
sedangkan arfaaz hanya mengangguk sambil mengerling ke arah kayla yang masih tertidur di atas katilnya, dia mula merasa lega sebelum arfaaz mengengam erat tangan gadis itu.

  "Jadi bila dia akan sedarkan diri? "

Soalnya kembali sambil mengusap lembut kepala kayla yang masih tidak sedarkan diri itu. Sebelum arfaaz berdiri dari duduknya dan menghampiri dr zarul.

   "Mungkin dia akan bangun esok pagi, ala tunku jangan risau lah..tak ada apa yang serius pun"

Balas dr zarul sambil tersengih kecil melihat riak wajah lelaki itu seperti merisaukan keadaan gadis yang terbaring itu.

  "Tapi kalau boleh tahu dia siapa? saya tak pernah nampak gadis ni selama ni, Tunku kahwin baru ke? hihi"

Tanyanya lagi sedikit pelik melihat gadis itu untuk kali pertama, selama dia berkhidmat sebagai doktor peribadi di villa itu.

  "Dah kau dah boleh keluar sekarang, aku nak rehat"

Arahnya mengendahkan pertanyaan doktor peribadi nya itu, sedangkan dr zarul hanya tersengih-sengih sebelum meminta diri untuk keluar dari bilik lelaki itu. nampak sangat ada yang disembunyikan lelaki itu.

Keluar saja lelaki itu arfaaz terus mengunci pintu, dan mula mendekati kayla yang terbaring lena di atas katilnya.
     
  "I am sorry kayla.. I will make sure this won't happen again..aku akan lindungi kau, itu janji aku"

Ucapnya sendiri sambil memegang tangan gadis itu sebelum mengucup lembut tangannya. dan arfaaz ikut berbaring di sebelah nya, dan ini kali pertama dia tidur bersama dengan seorang perempuan.

* * *
  
   "Arghh! Bodoh! Kenapa boleh jadi sampai macam ni! kenapa mereka boleh dapat tahu!! "

Jerit nya dan mula mengamuk di dalam bilik itu sendirian, habis segala barang dilempar nya kebawah. Sebelum tiba-tiba saja wanita itu ketawa dan tersenyum sinis.

   "Takpe...hari ini hari kau, tapi aku akan pastikan kau tersingkir dan dihalau dari sini, ingat ini elbiena lah! Setakat budak mentah macam kau aku boleh hancurkan!. "

Ucapnya sinis sambil tergelak kecil mengingatkan kejadian dimana dia menyembunyikan gadis itu tengah hari tadi

(FLASHBACK)

Kayla yang baru sahaja mahu memasuki lif tetiba saja dipanggil elbiena dari jauh buatkan gadis itu kembali keluar dan menunggu wanita itu berlari menghampiri nya.

   "Ye kak ell? Kenapa?"

Tanyanya Kayla sedikit pelik, sebelum tiba-tiba saja wanita itu memegang tangannya.

   "Kayla, kak ell nak minta tolong sikit boleh tak?sebelum kita nak keluar, sebab kak ell nak kena ambik file kak ell. dekat stor, tapi kak ell tak boleh nak cari sorang takut tuan az akan lama tunggu"

Ujarnya meminta tolong pada gadis itu, sedangkan Kayla yang tidak tahu apa apa hanya mengangguk mengiyakan, sebelum dengan pantas wanita itu membawanya memasuki lif dan pergi ke tingkat paling atas.

Jeda-

Sampai saja mereka di depan stor Kayla sedikit pelik dengan wanita itu tiba-tiba saja mengajak untuk memasuki stor untuk mencari file yang dimaksudkan nya.

  "Kak ell.. Sempat ke kita nak cari file tu? Uncle dah lama tunggu kita dekat kereta tu"

Tanya Kayla pada wanita itu, dahlah arfaaz menyuruh mereka untuk tidak lama.

  "Sebab tu kak ell minta tolong kayla tolong kak ell cari file tu sekali, kalau kak ell cari sorang takut tak jumpa. Lagipun file tu penting! Kak ell kena bagi dekat doktor nanti"

Balasnya sebelum menyuruh gadis itu untuk masuk terlebih dahulu, sedangkan Kayla terus melangkah masuk kedalam stor itu dan melihat sekali barang yang sudah berhabuk.

   "Kak ell letak barang kak ell dekat mana?"

Tanya Kayla kembali, sebelum tiba-tiba saja pintu stor itu ditutup dan dikunci dari luar. Buatkan Kayla terus panik dan mengetuk pintu itu berulang kali.

    "Kak ell buka!! Kayla takut! Kenapa akak kunci Kayla dalam ni!"

Jerit Kayla dari dalam stor itu, sedangkan elbiena yang masih berdiri dari luar stor itu hanya tersenyum sinis sebelum mengorak langkah pergi dari situ tanpa mempedulikan jeritan dari gadis itu.  

  "Kak ell! Tolong buka pintu ni! Hiks..hiks..Kayla takut!"

Jerit nya lagi dengan air matanya yang sudah mengalir laju dan cuba mengetuk pintu itu berulang kali sambil berusaha untuk membukanya, tapi tiada daya baginya untuk membuka pintu itu.

(END FLASHBACK)

Share this novel

Syem Ima
2023-02-17 20:45:50 

Bila updet episod seterusnya kak? Tak sabar nak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience