Bab 8

Romance Completed 1278903

Dengan terketar, dia menghampiri pondok pengawal. Memberi salam dengan penuh hormat.
“Assalamualaikum, saya nak jumpa Pakcik Leman” Lisa memulakan bicara dengan penuh hemat. Ketika itu, rupa pengawal tidak kelihatan kerana beliau memandang ke belakang.
“Assalamualaikum” Lisa mengulangi salam
Lisa menunggu dengan penuh sabar
“Waalaikummusalam, sekejap ya, saya habiskan tugas saya sekejap” pengawal itu membalas. Kelihatan dia meniap sesuatu di teleponnya.
Lisa sangat berharap Pak Leman masih di sini. Pak Leman lah yang membuka ruang pekerjaan Lisa di sini, selepas Lisa tamat peperiksaan SPM. Pak Leman juga yang merekomenkan Lisa kepada majikannya apabila mereka memerlukan seseorang untuk menjaga rumah agam ini.
“Yer cik, apa yang saya boleh bantu?” pengawal itu perpaling pada Lisa
Lisa mengamati wajah itu, aarrghh….. itu memang Pak Leman. Allahu, Pak Leman masih disini, bisik Lisa didalam hati.
“Pak Leman tak kenal Lisa”, gadis itu bertanya ramah. Kelihatan ketara kedut di wajah Pak Leman. Kalau di hitung usia Pak Leman, anggaran dalam 60 tahun, masih gagah kerana Pak Leman memang di tugaskan sebagai penjaga kebun juga.
“Lisa yang mana tu ya? Pak Leman ni dah tua nak, ingatan Pak Leman juga makin kabur”, jawab Pak Leman sambil bangun keluar dari bilik kecil itu.
Lisa menghulurkan tangan tanda hormat. Rindu pada Pak Leman terubat.
“Saya Nurlisa Sofea Pak Leman. Anak kepada Arwah Cikgu Azman. Arwah ayah Lisa mengajar kat sekolah menengah kat sini. Pak Leman dah lupa? Lisa juga kerja sini dulu…” Lisa memberi respon agar Pak Leman membuka ingatannya.
“ Allahuakbar, kamu Lisa. Betul ni Lisa? Lama sangat dah kamu menghilang, dah hampir 5 tahun kan? Kemana kamu pergi?” Pak Leman terus menyambut salam Lisa dan memeluk anak gadis itu. Lisa mendengar esakan pada suara Pak Leman. Pak Leman menangis?
“Pak Leman mencari kamu merata merata Lisa. Semua kawan kamu Pak Leman tanyakan. Pak Leman minta Kak Ain carikan, dia cari kamu kat fac , tapi kata Kak Ain kamu, fac kamu sudah hilang”, cerita Pak Leman seraya melepaskan pelukannya.
Lisa juga menangis. Kasih Pak leman juga tebal untuk Lisa dan Abangnya. Semenjak Arwah ibu dan ayah Lisa meninggal dalam kemalangan jalan raya sekembali dari umrah 6 tahun lepas, Lisa memang menumpang kasih dengan keluarga Pak Leman juga, selain dari keluarga Pak Ali. Walaupun Arwah Ayah dan Ibu meninggalkan rumah dan duit simpanan yang boleh hidup senang, tapi keluarga Pak Leman mengambil tanggungjawab untuk menjaga Lisa, sebab abang Lisa belajar jauh di Johor. Isteri Pak Leman yang menjaga Lisa, menolong walaupun abang Lisa membayar dengan sejumlah wang, tapi Lisa percaya Mak Cik Esah ikhlas menjaga Lisa
“Lisa minta maaf sekiranya Lisa buat Pak Leman risau. Lisa ikut abang ke Johor. Abang Edrus kan study kat sana, jadi Lisa ikut sekali. Lisa minta maaf sekali lagi”, Lisa berkata perlahan sambil memandang tepat ke mata Pak Leman.
“Apa khabar abang kamu? Kalau tak silap Pak Leman, Abang kamu sepatutnya dah kerja kan?” balas Pak Leman seraya membuka pagar automatic rumah agam itu.
“Aah Pak leman, masa Lisa ikut abang ke sana, abang dah tahun akhir nak habiskan ijazah. Lepas tu abang dah kerja dah, alhamdulilah abang pun dah berkahwin. Lisa pun dah habis ijazah dah, Insyallah Lisa daftar kerja Isnin ni”, Lisa menjawab dengan sopan.
Pak Leman mengapai tangan Lisa. Mengosok perlahan tangan itu seperti memberi kekuatan pada Lisa.
“Pak Leman tahu kamu anak yang baik, abang kamu jugak. Pak Leman selalu cakap dengan Mak cik kamu, Lisa akan baik baik saja, kerana Pak Leman tahu kamu anak yang kuat”, ucap Pak Leman perlahan. Lisa membalas usapan pada tangan Pak Leman.
Lisa tidak tahu apa yang Pak Leman tahu, tetapi dia berharap sangat yang kisah keji itu tidak mengalir ke pengetahuan Pak Leman. Biarlah kisah itu berkubur terus, kerana hari ni dia akan menoktahkah semua kat sini. Dia harus buang semuanya demi masa depannya.
“Lisa singgah sekejap jer ni Pak Leman, sebab Lisa kena balik ke KL dah. Lisa cuma nak jumpa Pak Leman jer. Pak Leman lama ya kerja kat sini, semua ok kan?”, Lisa mengatur lagi ayatnya supaya tidak kelihatan dia ingin tahu kisah rumah agam ini.
Pak Leman mempamerkan senyuman lega kepada Lisa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience