Rate

Bab 2

Romance Series 2075

JUNAINA bangun pagi dengan muka ceria dan terus ke dapur memeluk mamanya. " Ina, kenapa manja sangat ni? Mama nak masak ni, tepi sikit. " Mamanya tersenyum sedikit. " Em, nak manja sikit je. Nanti Ina dah kahwin, mama rindu pelukan Ina pulak. " Junaina mengusik. Mamanya tersentak. " Haa, cakap pasal kahwin, Ina dah ada calon ke? Nampak macam dah ready je. " Mamanya ketawa. " Belum lagi mak, alah umur Ina baru 22 mak. Ina muda lagi. " Junaina muncung. " Enjoy apa bendanya Ina oii. Lebih baik kamu cari calon bermula dari sekarang. Mama taknak kamu jadi andartu, sebab tu mama nak kamu kahwin awal. Senang. " Junaina tersengih. " Yelah mama, Ina akan usaha cari menantu untuk mama ya. " Junaina senyum lebar. " Eh Ina, tolong beli bawang putih, bawang merah, halia, ayam dengan susu dekat pasaraya. Dah habis. " " Oh boleh je mama, Ina guna duit sendiri. Kejap, Ina nak bersiap pakai tudung semua, lepas tu Ina terus pergi pasaraya. " Junaina terus mandi dan bersiap. Seminit kemudian, Ina bersiap dan terus ke pasar.
SESAMPAINYA dipasar, Junaina berjalan jalan sebentar sambil mencari barang. Tanpa Junaina sedar, ada seorang lelaki sedang mencari barang ditempat sama. Junaina terlanggar lelaki itu! " Woi! Kau tak nampak ke aku dekat depan kau?! Ke kau buta?! " jerit lelaki itu. " Sorry encik, saya tak perasan encik ada dekat depan saya. Sorry sangat sangat. " Lelaki itu memberi reaksi yang jelas menunjukkan yang dia sombong. Junaina terus lari ketempat lain. Malu tidak terkata apabila ditengking sebegitu! Dihadapan orang ramai! " Lelaki tu dah kenapa nak jerit jerit kat aku? Ingat aku takde maruah ke? Eh aku ada maruahlah! " Junaina memuncung sedih. Junaina terus balik kerumah dengan perasaan malu. " Ina, mana barang barang tu? Bagi kat mama. " Junaina buat tidak tahu lalu terus naik tangga menuju kebiliknya. " Dah kenapa budak ni? Tadi okay je. Ni tiba tiba mood swing. " mamanya terus memasak dan menghiraukannya.
JUNAINA dibilik memukul bantal seolah olah dia menumbuk muka lelaki itu tadi. " Eiii geramnya aku! Apa hak dia nak tengking aku kat depan orang ramai! Dia takde hak kan! Gaya pon macam orang sombong. Benci pulak aku. " Junaina rasa puas setelah menumbuk bantalnya. Rasa lega tidak terkata. " Ina! Ina! Bukak pintu, ni mamalah. " Junaina mengemas biliknya dengan cepat. " Ha ye ma, kenapa? " " Mak dah siap masak, jom makan. " " Ha satgi Ina turun, Ina nak tukar baju. " " Cepat sikit, ada tetamu datang. " Junaina terkejut. ' What? Tetamu? Aduh. ' Junaina terus memakai baju yang kemas kerana ada tetamu yang datang kerumahnya. Junaina berharap bukan lelaki itu yang datang rumahnya. Kerana dia benci lelaki itu! Benci sangat sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience