Rate

Bab 1

Romance Series 2075

NUR JUNAINA seorang gadis yang ceria dan periang, dan sering kelihatan seperti budak kecil kerana sikap periangnya itu. Ternyata, dalam gembiranya, dia menyembunyikan perasaan sedih yang membalut hatinya. Kini, dia berasa serik untuk bercinta lagi. Tetapi, dia berharap yang jodohnya datang sendiri tanpa dipinta. Namun, dia berharap yang jodohnya itu mencintainya sepenuh hati tanpa ragu ragu. " Mama ! " Junaina memanggil mamanya sambil memeluk mamanya. " Astaghfirullahhalazim budak ni ! Terkejutlah mama, tak nampak mama tengah masak ni? Mama hempuk guna senduk karang,baru tahu! " terdengar keluhan dihujung bibir. Junaina tergelak gelak kerana berjaya mengusik mamanya. " Ala ma, Ina gurau jelah, mama janganlah marah, nanti cepat tua. " Junaina kerdipkan matanya supaya kelihatan comel. " Yelah Ina, mama tak marah, mama gurau je. Dah, Ina tolong mak potong bawang. Mama nak masak. " Junaina senyum. " Okay ma. " Junaina menumbuk bawang dengan penuh bertenaga.
MUHD KAMARUL seorang yang gagah, baik hati, dan periang juga. Namun, dia juga sering gagal dalam bercinta. Tetapi, dia berusaha untuk menjadi kuat di hadapan keluarganya. Kamarul bekerja di syarikat bapanya. Itu adalah wasiat bapanya yang diberikan kepada Kamarul. Kamarul mempunyai ramai adik beradik. Jadi, dia harus menjaga adik adiknya dirumah. Kakak dan abangnya bekerja diluar negara. Jadi, Kamarul kena menjaga adik adiknya sementara dia masih bujang. Penat tu memang, tapi dia harus bersabar kerana itu adalah adik adiknya, darah dagingnya yang dia kena jaga supaya mereka rasa disayangi. Namun, dia juga berharap bahawa jodohnya datang sendiri dan cintainya sepenuh hati seperti mana dia mencintai jodohnya. Harap jodohnya itu jodoh yang sangat tepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience