BAB 4

Romance Completed 1285

“Betul pakcik!” pantas jawapan dari Haikal.

“Baiklah. Memandangkan kamu berdua sudah suka sama suka. Pakcik dan makcik tiada halangan. Nanti minta keluarga kamu datang untuk merisik bulan depan. Berkawan lama-lama pun tidak manis. Biarlah kita ikatkan kamu berdua dengan ikatan yang sah.”

Terlopong Puan Salmah mendengar kata-kata suaminya itu. Dia seakan tidak percaya begitu mudah sekali suaminya menerima lamaran dari lelaki muda di hadapan mereka ini. Lelaki yang hanya bekerja sebagai pemandu hendak digandingkan dengan anak gadisnya yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat multinasional di ibukota.

“Apa abang buat nie?” sedikit membentak dia menyoal suaminya.

Encik Habib tidak membalas sebaliknya hanya tersenyum kepada isterinya yang berwajah masam.

Haikal dan Qarnia menarik nafas lega setelah mendengar kata-kata Encik Habib. Walaupun masih terselit kegusaran apabila melihat reaksi ibu Qarnia, sekurang-kurangnya ayah Qarnia sudah memberi keizinan. Selebihnya hanya perlu memujuk dan meyakinkan ibu Qarnia sahaja.

“Mereka sudah suka sama suka. Biarlah... Kita perlu beri restu sahaja pada mereka. Awak nak halang kenapa?”

“Dia kerja pemandu !!”

“Pemandu pun pekerjaan juga. Ada kerja untuk tanggung anak kita. Bukannya tak bekerja! Janji pekerjaan itu halal!” Kata-kata En Habib yang sedikit meninggi membuatkan Puan Salmah sedikit tersentak. Dia memahami maksud itu yang mana suaminya sudah membuat keputusan dan tidak boleh dibantah lagi. Dua puluh lapan tahun berkahwin dengan lelaki itu cukup untuk dia memahami perangai suaminya itu.

Puan Salmah terdiam dan hatinya sedikit terkilan dengan keputusan suaminya yang mengikuti kehendak anak gadisnya untuk menerima lamaran pemuda yang hanya bekerja sebagai pemandu. Sedih hatinya untuk menerima kenyataan yang menantunya hanya seorang pemandu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience