Bab 2

Romance Series 678675

PESAWAT penerbangan Singapore Airlines yang berlepas dari Los Angeles selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Dari ruang kabin kelas perniagaan, Syed Farees memerhati ke luar jendela. Melihat bumi Malaysia yang sudah lama tidak dijejaki. Jika bukan kerana satu tujuan, dia tidak mungkin kembali ke sini semula.

‘Baby, I dah sampai KL.’

Mesej itu ditaip di ruangan kosong yang terpapar di skrin telefon pintar sebelum dihantar kepada individu berkenaan.

Seketika kemudian, satu mesej balasan diterima.

‘Aww I miss you. I’m waiting for you at Arrival Hall. Can’t wait!’

Senyuman meleret tergambar di bibir Syed Farees. Dia juga tidak sabar ingin bertemu dengan insan tersayang itu. Dah berminggu lamanya mereka tidak berjumpa.

Syed Farees kemudian bangun dari tempat duduknya. Dibetulkan kemeja biru Polo yang tersarung di tubuh. Kemudian, dia mencapai backpack berjenama Boss berwarna hitam yang berisi laptop lalu digalas di bahu kanan.

“Thank you for flying with us. Have a nice day, sir,” ucap pramugari penerbangan itu ketika Syed Farees menghampiri pintu keluar pesawat.

Syed Farees sekadar membalas dengan anggukan tanpa sebarang senyuman. Dia kemudian berjalan masuk ke laluan menuju ke balai ketibaan bersama para penumpang yang lain.

Tiba di pintu keluar ‘arrival hall’, Syed Farees menarik bagasi miliknya sambil mencari-cari kelibat insan yang dirindui dalam kalangan orang ramai yang memenuhi ruang berkenaan. Seketika kemudian matanya tertancap pada susuk tubuh seorang gadis tinggi lampai yang sedang melambai ke arahnya.

“Farees!”

Serentak itu Syed Farees melajukan langkah lalu menuju ke arah gadis berkenaan. Sebaik sahaja dia berada dalam jarak kurang sedepa, si gadis jelita itu terus melompat dan mendakap erat tubuhnya. Ala-ala babak dalam drama romantis Inggeris. Langsung tak peduli orang ramai yang saling memandang aksi mereka berdua.

“I miss you!!!” Tengku Nayli melepaskan kerinduannya kepada lelaki yang paling dicintai itu.

“I miss you too, baby. I tak sabar sangat nak jumpa you tau,” ucap Syed Farees sambil mencuit hidung gadis kesayangannya.

“Come. My driver dah tunggu di luar,” ujar Tengku Nayli lalu menarik lengan Syed Farees.

“Thanks, baby. Sorry sebab I susahkan you kena jemput I di airport.”

“It’s okay. Tak susah pun. Untuk you I sanggup buat apa aje,” balas Tengku Nayli sambil melentok manja kepalanya ke bahu sang kekasih.

Kata-kata Tengku Nayli membuatkan senyuman kian lebar di raut Syed Farees. Lantas dipaut pinggang gadis tercintanya itu. Lalu mereka berdua berjalan keluar dari balai ketibaan bersama-sama.

KERETA yang dipandu pemandu peribadi Tengku Nayli menyusuri lebuhraya selepas meninggalkan KLIA. Kenderaan itu kemudian melalui jalan-jalan utama menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Duduk di kerusi belakang kenderaan, Syed Farees leka memerhati pemandangan kota metropolitan itu yang sudah lama tidak dikunjungi. Suasana sekitarnya kelihatan pesat membangun setaraf dengan bandaraya terkenal lain di dunia.

“Itu bangunan apa?” Syed Farees bertanya.

Sembilan tahun lalu ketika dia meninggalkan Malaysia bersama keluarganya, rasanya bangunan itu masih belum wujud.

Tengku Nayli mengerutkan dahi sebelum ikut menjenguk ke luar tingkap kereta memerhati bangunan yang dimaksudkan.

“Oh, that’s TRX.” Tengku Nayli menjawab ringkas.

“TRX? T-Rex? Dinosour tu?” Syed Farees menyoal dalam keliru.

Mendengar soalan itu spontan Tengku Nayli tertawa. “Tun Razak Exchange lah! It’s an international financial hub. You ni tak baca berita tentang Malaysia di Internet ke?”

Syed Farees ikut sama ketawa setelah menyedari jawapannya salah. Adoi malu. Digaru-garu hujung kening sambil tersengih.

Realitinya Syed Farees memang tidak mengambil tahu apa sahaja yang berkaitan dengan negara ini sejak sembilan tahun lalu. Selepas dia nekad mengikut ahli keluarganya berpindah ke luar negara dahulu, ketika itu jugalah dia tinggalkan segala kenangan dan kisah silam yang pernah dicipta bersama seorang gadis yang juga cinta pertamanya, Izelda Qaireen di sini. Semuanya sudah dibuang jauh agar tiada lagi sebarang ingatan.

Namun, ditakdirkan dia harus kembali semula ke bumi Malaysia hari ini. Pertemuan dengan seorang tokoh korporat Tengku Ashman dalam sebuah majlis keramaian di Los Angeles beberapa bulan lalu telah menjalinkan satu ikatan kerjasama. Dari pertemuan itu jugalah bermula detik perkenalannya bersama gadis jelita Tengku Nayli yang juga anak gadis Tengku Ashman. Mereka sama-sama jatuh cinta pada pandangan pertama.

Peribadi Syed Farees yang berjaya menawan hati Tengku Nayli telah membuatkan Tengku Ashman dengan senang hati menawarkan lelaki itu untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai CEO di sebuah syarikat miliknya di Malaysia.

Pada permulaannya Syed Farees bertegas ingin menolak. Apatah lagi setelah mengetahui tugasan itu memerlukan dia kembali semula ke Malaysia. Namun, atas pujukan dan rayuan Tengku Nayli yang mahu mereka berdua berada dekat dan tidak berjauhan lagi, maka Syed Farees turutkan jua.

“Helo. Farees? You termenung apa tu?” Tengku Nayli melayang-layangkan tapak tangannya di hadapan wajah lelaki itu.

Syed Farees tersentak. Lamunannya tadi berterbangan pergi.

“Err takde apa. Dah lama I tak balik Malaysia. Banyak yang dah berubah.” Syed Farees menutur alasan.

“Erm ke you tengah ingat girlfriend lama?” Tengku Nayli menyoal. Sengaja ‘serkap jarang’. Realitinya dia tidak pernah tahu siapakah wanita terdahulu dalam hidup lelaki itu.

“Eh, taklah. I mana ada girlfriend lama.” Syed Farees cepat-cepat menggeleng menafikan.

“Betul? So, I ni girlfriend you yang nombor berapa? First and last?” Tengku Nayli ingin mendengar jawapan daripada mulut kekasihnya.

Sebaliknya soalan itu membuatkan Syed Farees serba salah ingin menjawab. Lantas dia mengangguk sekadar mahu memuaskan hati kekasihnya.

“So, lepas kita pergi makan kejap lagi you tolong hantar I ke rumah my brother ye,” ujar Syed Farees mahu mengubah topik perbualan.

“Ala, sekejapnya I dapat jumpa you. Tak puaslah.” Tengku Nayli merengek sambil memaut pinggang Syed Farees dengan erat. Belum puas melepaskan rindu.

“Esok kan kita nak jumpa lagi. Malam ni I tidur di rumah my brother. Dia ada baby kecil. I tak boleh balik lewat-lewat. Harap you faham ye.” Syed Farees memujuk.

Sebetulnya dia tengah penat yang amat sangat ketika ini setelah melalui penerbangan jarak jauh selama berpuluh-puluh jam. Cadangnya nak berehat sekejap bagi menghilangkan keletihan.

“Erm okeylah. Lepas makan I hantar you ke rumah abang you ye.” Tengku Nayli akur.

Syed Farees membalas dengan senyuman lalu mendakap erat bahu kekasih hatinya itu.

SELESAI melepaskan rindu seketika bersama Tengku Nayli, Syed Farees tiba di kediaman abang kandungnya. Syed Ferhad menyambut kedatangan adiknya di muka pintu bersama isterinya Syarifah Amirah dan dua anak mereka Syed Daniel yang berusia lapan tahun dan juga Syed Danish yang baru berusia enam bulan.

Syed Ferhad baru sahaja kembali semula ke Malaysia setahun yang lalu setelah khidmatnya bersama pejabat kedutaan di luar negara tamat. Dia kini bertugas di salah sebuah pejabat kementerian di Putrajaya.

“Assalamualaikum,” ucap Syed Farees ketika bersalam dengan abangnya.

“Waalaikumussalam, brother. Sampai juga kau.” Syed Ferhad memaut mesra bahu adiknya.

“Sorry tadi pergi jumpa Nayli kejap. Akak apa khabar?” Syed Farees menyapa kakak iparnya pula.

“Alhamdulillah baik. Flight okey? Mama dan papa di LA apa khabar?” Syarifah Amirah bertanya.

“Flight okey. Cuma penat sikitlah. Lama tak terbang jauh macam ni.”

“Yeke? Marilah masuk berehat. Akak dah masak makan malam. Nanti kita makan sama-sama ye,” ujar Syarifah Amirah.

Syed Farees mengangguk lalu mengambil peluang melihat anak saudaranya Syed Danish yang berada di dalam dukungan kakak iparnya. Dia kemudian mendukung si sulung Syed Daniel. Sudah lama tidak bertemu dengan mereka berdua.

“Daniel rindu Angah tak?” Syed Farees bertanya sambil melangkah ke ruang tamu.

Dia duduk di sofa lalu meriba anak saudara kesayangannya itu. ‘Angah’ adalah gelaran bagi menggantikan panggilan ‘Pak Ngah’ kerana sewaktu masih kecil lidah Syed Daniel pelat menyebut perkataan itu.

“Emm tak.” Syed Daniel menggeleng sambil leka bermain bersama mainan robot di tangannya.

“Tak? Tak rindu kat Angah? Angah rindu sangat kat Daniel tau.” Syed Farees terus menggeletek tubuh kecil anak buahnya itu.

Syed Daniel ketawa mengekek kegelian. “Gelilah Angah! Hahaha!”

“Ha, rindu Angah ke tak? Kalau tak Angah geletek lagi sampai Daniel nangis. Cepat cakap rindu.” Syed Farees pura-pura mengugut.

Dalam tawa kerana masih kegelian, Syed Daniel mengangguk-angguk. “Rindu. Daniel rindu Angah!”

“Ha, macam tu lah. Tokpa dan Nekma di LA pun rindu Daniel dan adik Danish juga tau. Diorang tak sabar nak jumpa. Ni hadiah untuk Daniel dan adik Danish daripada Tokpa dan Nekma.”

Syed Farees menghulurkan paperbag berukuran besar mengandungi hadiah berupa permainan yang dikirim istimewa oleh Datuk Syed Faizudin dan Datin Norish buat cucu mereka di Malaysia.

Tak tunggu lagi Syed Daniel terus membuka bungkusan hadiah berkenaan. Mimik mukanya terus ceria dan teruja melihat permainan yang diidam-idamkan berada di depan mata.

“Suka tak?” Syed Farees bertanya.

“Sukaaaa!!” Syed Daniel menjerit girang lalu membawa mainan itu pergi ke satu sudut untuk bermain.

Syed Farees sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat telatah anak saudaranya itu.

Syed Ferhad menyertai Syed Farees di ruang tamu tidak lama kemudian sambil mendukung si kecil Syed Danish. Isterinya Syarifah Amirah berada di dapur sedang menyiapkan juadah untuk dihidangkan sebentar lagi.

“Nanti kita pergi LA jumpa Tokpa dan Nekma ye. Abi busy sikitlah sekarang ni,” ujar Syed Ferhad kepada anak sulungnya yang leka bersama permainan barunya.

Sejak kembali semula ke Malaysia bebanan tugasnya memang bertambah setelah dia dinaikkan pangkat. Kadang-kala tiada masa untuk bersama keluarga. Ini kebetulan dapat meluangkan waktu di rumah seketika.

“Papa dan mama kata nak ikut datang ke Malaysia kalau free nanti. Diorang tunggu Nadira masuk kolej dulu.” Syed Farees memaklumkan.

“Nadira dah pilih ke kolej yang dia nak di sana?” Syed Ferhad mengambil kesempatan bertanya mengenai adik bongsu mereka.

“Hurm budak tu biasalah. Cerewet. Nak belajar di kolej yang dekat dengan rumah je. Siap minta driver hantar dan ambilkan. Anak manja! Rees dulu pergi kolej naik teksi je.” Syed Farees meluahkan perasaan tidak berpuas hati. Dia memang ‘anti’ sikit dengan adik bongsunya itu. Perangai tak semenggah.

Mendengar luahan kata itu, Syed Ferhad ketawa. Sudah acapkali melihat perbalahan antara kedua adik beradiknya itu. Selalunya dialah yang kena jadi ‘referee’.

“Alah, zaman dia tak sama dengan zaman kita. Lagipun, dia perempuan. Memanglah papa dan mama caring lebih dekat dia. Tambah pulak tinggal di LA tu. Bahaya.”

Syed Farees mencebik. Masih sakit hati dengan kerenah si adik bongsu. “Urgh, ni nasib baik Rees datang sini. Kalau tak 24 jam mengadap muka dia kat rumah. Hari-hari bergaduh. Mama pulak asyik ‘backup’ dia. Makin naik lemaklah budak tu.”

Syed Ferhad menggelengkan kepala sekali lagi. Haih, macam-macam. Dia kemudian mencari-cari topik lain untuk dibualkan bersama si adik.

“So, apa perasaan Rees kembali semula ke Malaysia? Seronok? Excited?”

Syed Farees menggosok-gosok dahinya tanda tidak tahu ingin memberi jawapan yang bagaimana. Seronokkah dia dapat kembali semula ke tanah tumpah darahnya ini? Mungkin seronok sedikit kerana ada si cinta hatinya Nayli di sini. Selain daripada itu tiada apa yang menarik bagi Syed Farees.

“Hurm bolehlah. KL nampak makin serabut berbanding sembilan tahun lepas. Banyak jalan-jalan yang Rees dah tak kenal. Kalau nak drive di sini nanti rasanya kena guna ‘Waze’.”

“Hah, Rees macam tak tahu. Jalan di KL ni memang sentiasa berubah pun. Abang yang dah balik ke sini setahun yang lepas pun belum expert lagi nak drive di KL. Pening tengok.”

“Nasib baik company baru Rees tu ada sediakan driver nanti. Kalau tak rasanya Rees pergi kerja naik LRT je kot. Mahu sesat kat tengah KL kalau drive sendiri.”

“Rees jangan nak buat lawak. Mana ada CEO kat Malaysia ni pergi kerja naik LRT. Kalau susah sangat nanti abang atau Kak Mira boleh hantarkan Rees ke office baru tu.”

“Eh, takpe-takpe. Rees tak naklah susahkan sesiapa. Lagipun, Nayli ada. Rees boleh tumpang dia kalau apa-apa.”

Syed Ferhad mengangguk. Dia tidak meneruskan lebih lanjut topik berkenaan. Sebaliknya mengambil peluang menyebut sesuatu untuk melihat reaksi adiknya.

“Rees balik sini tak nak cari ‘dia’ semula ke?”

Syed Farees mengerutkan dahi tidak memahami.

“Dia? Siapa?”

“Izelda. Bekas isteri Rees.”

Mendengar nama itu disebut, riak muka Syed Farees terus bertukar tona. Sukar digambarkan perasaannya waktu ini.

“Buat apa nak cari dia? Kami dah lama berpisah. Entah-entah dia dah kahwin lain. Dah ada life sendiri. Dia dah tak ada kaitan dengan Rees.” Pantas Syed Farees menepis.

Syed Ferhad menyepi seketika sebelum kembali bersuara.

“Sebenarnya abang ada terserempak dengan Izelda bulan lepas. Tapi, masa tu abang tengok dia dari jauh ajelah. Dia tengah jalan-jalan kat shopping mall sambil pegang tangan seorang budak perempuan-“

Belum habis si abang berbicara, Syed Farees terlebih dahulu memintas.

“Ha, kan Rees dah cakap. Mesti dia dah kahwin lain. Budak tu anak dia dengan suami barulah tu. Hurm dahlah. Rees tak nak ambil tahu lagi tentang dia. Rees dan Zelda tak ada apa-apa kaitan lagi. Titik!”

Melihat riak muka Syed Farees yang tegang, Syed Ferhad terus mendiamkan diri. Tidak mahu melanjutkan bicara berkenaan topik tadi lagi. Faham bahawa adiknya masih marah dan sakit hati dengan perpisahan bersama Izelda yang berlaku beberapa tahun lalu.

Kebetulan waktu itu Syarifah Amirah muncul untuk menjemput mereka sekeluarga menikmati makan malam. Lantas Syed Ferhad bersama Syed Farees berlalu ke ruang makan bersama si kecil Syed Daniel dan Syed Danish. Topik yang dibualkan tadi tidak diungkit lagi.

Share this novel

maizah
2024-08-07 13:51:59 

kenapa chapter 4 ni dia lock

maizah
2024-08-07 13:50:59 

kenapa nk terus ke chapter 4 tak boleh asyik keluar top coin ja

Guest User
2024-08-06 19:43:12 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience