ARFAAZ yang baru memasuki ruang makan. Mula bersemuka dengan fikhree yang kebetulan sudah berada disitu.
"Morning tuan.. Tak pergi office ke?" tanya fikhree sebaik melihat kemunculan lelaki itu.
"Morning fikh.." balasnya sebelum melabuhkan punggung nya di kerusi.
"Okey, its okey.. Tuan breakfast lah. Saya dah siapkan dah" ujar fikhree sebelum mengisikan masakan nya di piring lelaki itu.
Sedangkan arfaaz hanya mengangguk dan memerhatikan lelaki itu.
"Kenapa tuan pandang dekat saya macam tu? " tanya fikhree sedikit pelik bila dari tadi arfaaz memandang ke arahnya.
"Kau dah tahu pasal kes semalam?" soal arfaaz pada lelaki itu. Sedangkan fikhree hanya mengangguk mengiyakan.
"Apa yang dah jadi semalam tuan?" tanya fikhree pulak. Ingin tahu kejadian semalam hingga buatkan semua orang tahu pasal kejadian itu.
"Tak ada apa.. " jawab arfaaz selamba dan terus menyuapkan makanan ke mulut nya.
"Kayla macam mana? Okey tak?" tanya fikhree lagi sedikit risau dengan keadaan gadis itu.
"Kau tak payah nak ambik tahu soal itu" balasnya datar dan hanya diamkan diri malas mahu menceritakan perihal kejadian semalam.
* * *
(10:21am)
Sedangkan kayla hanya mundar-mandir di dalam bilik dengan perutnya yang dari tadi tidak berhenti berbunyi.
"Laparnya.." gumamnya sambil meramas-ramas perutnya yang kelaparan.
Nak turun bawah makan pun dia tidak berani. Disebabkan kejadian dimana lelaki itu memarahi nya.
Sebelum tiba-tiba saja bunyi ketukan pintu biliknya kedengaran membuatkan kayla dengan pantas membuka pintu sedari mendengar suara bibik diluar.
"Ye bibik? Kenapa?" tanya kayla sebaik saja pintu dibuka.
dah terlihat bibik berdiri di depan pintu bilik dengan sedulang makanan dibawanya mengunakan troli.
"Bibik hantar kan makanan sikit untuk kayla, jangan lupa makan tau. Nanti perut tu masuk angin"
Ujar bibik sebelum meletakkan makanan diatas meja gadis itu sebelum meminta diri untuk keluar dari situ
"Terima kasih bik.." ucap dea sebelum memandang kepergian wanita tua itu. Dan terus menoleh ke arah makanan yang sudah disediakan diatas meja.
Sebelum dengan pantas Kayla menutupi pintu bilik itu semula dah terus membesarkan langkah pergi ke meja berhampiran katilnya untuk mengisi perutnya yang terasa lapar. nasib baiklah bibik itu tahu yang dia tengah lapar
* * *
"Macam mana? Dia dah sarapan?" tanya Arfaaz sebaik saja melihat bibik yang baru saja datang menghampiri nya.
"Dah tuan, bibik dah suruh dia makan" jawab bibik sebelum mengorak langkah pergi dari situ.
Sedangkan Arfaaz hanya mengangguk sebelum kembali membaca buku diruang tamu untuk menenangkan fikiran.
* * *
"Abang kita kena pergi jumpa dengan menantu abang tu! Takkan kita nak diam je? Takkan kita nak biarkan dia buat macam tu dekat anak kita!" ujar datin Elina tidak puas hati.
"Kamu ni jangan terpedaya dengan berita macam tu boleh tak ina? Kamu macam tak kenal dengan orang luar tu semua. Ada saja yang nak dikeluarkan berita yang tak ada benarnya."
"Tak benar abang cakap? Dah terang-terang gambar ni gambar menantu abang! habistu kenapa dia keluar dengan perempuan lain, bukan dengan anak kita?" soal datin Elina kembali.
"Ikut kamu lah ina, abang tak nak masuk campur, pandai lah mereka nak uruskan sendiri. " balas dato halim sebelum mengorak langkah keluar dari situ.
Sedangkan datin Elina hanya terkebil-kebil melihat suaminya yang sudah berlalu pergi meninggalkan nya disitu. Itulah suaminya tiap kali nak bercakap pasal menantunya ada saja yang nak di elak nya.
* * *
Sedangkan elbiena yang melihat kelibat suaminya. Dengan pantas berlari ke arah suaminya.
"You kejap! " jerit nya. sebelum langkah Arfaaz terhenti dan terus menoleh ke arah isterinya.
"Kau nak apa?" soalnya dingin.
"You masih marahkan i pasal kejadian tu lagi ke?..Arfaaz dah banyak kali i minta maaf. Takkan you nak biarkan i macam ni.? " ujarnya.
Sedangkan Arfaaz hanya mengendahkan saja sebelum mengambil langkah untuk pergi dari situ. Tapi sempat ditahan elbiena buatkan nya kembali menoleh ke arah wanita itu.
"I tahu you dengan budak tu keluar semalam kan? Tapi i tak kesah pun you, so please jangan abaikan i disebabkan budak tu. I pun dah minta maaf dekat dia." ujarnya lagi masih tidak mahu mengalah.
"So, please maafkan i, and kita lupakan semuanya." ucapnya sebelum meraih tangan suaminya itu.
Sedangkan Arfaaz hanya tersenyum sinis. Sebelum melepaskan pegangan isteri nya. Buatkan elbiena sudah memandang pelik pada suaminya itu.
"I dont care! dan aku tak pernah peduli dengan apa yang kau pikirkan pasal kejadian malam tadi! " jawabnya dingin sebelum berlalu pergi dari situ.
Sedangkan elbiena hanya terdiam memandang kepergian suaminya. Sebelum elbiena ikut berlalu pergi dari situ. Dia sendiri tak tahu harus guna cara apalagi untuk dapatkan perhatian lelaki itu.
[TWO MONTHS LATER]
SETIBANYA mereka di perkarangan sekolah. Kayla dengan terujanya mula membuka seat belt dan membuka pintu kereta.
"Thank abang wish, Kayla masuk kelas dulu tau.." ucap Kayla sebelum berlari memasuki pagar sekolah dengan segera.
"Kayla hati-hati, jaga diri tau.." jerit Darwish pada gadis itu.
Sedangkan Kayla hanya mengangguk sebelum melambaikan tangannya dan terus memasuki sekolah.
Darwish yang melihat kepergian gadis itu Hanya tersengih-sengih. Rasa bahagia melihat gadis itu begitu gembira dan teruja untuk kembali bersekolah seperti dulu.
[FLASHBACK]
"Ye tuan?" Soal Darwish sebaik saja mendekati lelaki itu.
Sebelum Arfaaz yang memandang kedatangannya terus memberikan beberapa helaian kertas putih pada lelaki itu. Dan terus diraih Darwish dari huluran lelaki itu.
"Apa ni tuan?" Tanya Darwish pelik Pada lelaki itu. Sebelum Darwish cuba membaca Tulisan di dalam surat itu.
"Untuk Kayla? Jadi Kayla akan Kembali bersekolah di situ?" Soalnya. Sedangkan Arfaaz hanya mengangguk dengan Pertanyaan lelaki itu.
"Aku nak Kau Hantar dia, Aku nak kau jaga dia faham? " Arahnya.
Sedangkan Darwish hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk beredar dari situ.
[FLASHBACK END]
Kayla yang baru saja melangkah masuk kedalam kelas. Banyak mata yang mula memandang terkejut padanya.
"Aargh! Kayla!..is that's you?!" Jerit amna tiba-tiba sedari melihat kemunculan sahabatnya itu. Sebelum amna berdiri dari duduknya dan terus berlari mendekati gadis itu.
Sedangkan Kayla hanya tersenyum lebar sebelum membalas pelukkan sahabatnya itu.
"Amna, Kayla.. Silakan duduk" Arah cikgu yang kebetulan baru memasuki kelas itu. Sebelum Amna membawa Kayla untuk duduk dimeja bersebelahan dengan nya.
"I miss you so much kayla! Kenapa you tak datang sekolah dah? You ada problem ke?" Bisik amna sebaik saja keduanya sudah melabuhkan punggung dikerusi.
"Nanti saya ceritakan dekat you okey.." balas Kayla seraya tersenyum nipis. Sedangkan amna hanya mengangguk.
"Rehat ni you ceritakan semua eh? " ujarnya. Sedangkan Kayla hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan.
* * *
Arfaaz yang baru saja melangkah keluar dari lif mula disapa bibik halwa.
"Tuan Taknak sarapan dulu ke?" tanya bibik halwa bila melihat lelaki itu terus melangkah pergi dari situ.
"No, i have to go now" balas arfaaz sambil meneruskan langkah nya.
Sedangkan bibik halwa hanya mengangguk faham dan memandang kepergian lelaki itu. Sebelum bibik halwa mengambil langkah menuju ke ruang makan.
Jeda-
"Eh kenapa kau tak sediakan breakfast untuk aku?"
jerkah elbiena yang sudah berada dari situ. Dan terus memarahi wanita itu sebaik saja bibik halwa memasuki ruang makan.
"Ma.. Maaf puan, saya dah sediakan di atas meja. Puan nak sarapan apa? " balas bibik pada wanita itu.
"Habis tu? Kau tak reti nak sediakan untuk aku ke ha? Tu pun nak kena ajar ke!?" jerkah nya
"Ba..baik puan.."
"Menyusahkan aku je! Semua benda nak kena suruh. Lain kali kalau dah tua tu tak payah nak kerja dekat sini, menyusahkan kau tahu tak! " bebelnya lagi masih tidak puas hati.
Sedangkan bibik halwa hanya mengangguk seraya meletakkan beberapa makanan untuk bersarapan di atas piring wanita itu.
Manakala elbiena hanya menatap tajam ke arah wanita itu. Usai melayaninya. Sebelum elbiena menyuruh pembantu rumah itu. Beredar dari situ.
"Rosak mood pagi aku! Kalau aku tahu dia tak sarapan pagi ni, tak adanya aku nak bangun awal!" amarahnya sendiri tidak puas hati.
* * *
(12:17pm)
"Kayla.. Lama lagi ke? Jom lah pergi kantin dulu, i dah lapar ni" ujar amna
"Hm.. Amna you pergi lah dulu, kejap lagi i pergi. You tunggu i dekat kantin je okey" balas kayla
"Haih yela.. Ingatkan nak ajak jalan sekali, ni you sure ke nak bagi i gerak dulu? Kalau tak i boleh tunggu" soalnya lagi.
Sedangkan kayla hanya Mendongak memandang sahabatnya itu. Sebelum kayla mengangguk mengiyakan nya.
"Okey you hati-hati okey.." Ujarnya seraya mengerling ke arah trio girl yang dari tadi memerhatikan mereka.
Dia tahu mereka semua tidak suka dengan kedatangan gadis itu semula.
"Dah pergi lah.. Nanti you tunggu i dekat sana okey" arah kayla pada amna. Sebelum amna Mengorak langkah keluar dari situ.
Sebelum kayla kembali Menyambung Menyiapkan beberapa kerja yang dia terlepas semenjak ketidak hadir nya
Jeda-
"Oh my god, beb.. Now perempuan tu dah muncul semula.." Ujar karmila seraya mengerling ke arah kayla yang masih berada di dalam kelas itu.
"Agaknya ada yang berubah tak? Haha.." Ujar jasmine mencelah apa yang dikatakan karmila.
Sedangkan sandra hanya Berdengus geram memandang ke arah gadis itu. Tak sangka gadis itu kembali datang ke sekolah itu. Kerana di sangka nya gadis itu tidak akan muncul semula setelah beberapa bulan tidak hadirkan diri.
Sandra merupakan ketua dari geng trio yang Diciptakan nya di sekolah itu. Yang diikuti oleh jasmine dan karmila yang selalu mengikuti Telunjuk nya oleh kerana keluarga sandra merupakan sumbangan terbesar di sekolah itu. Jadi apa yang dia mahu kan pasti dia akan dapatkan. Ter masuk lah dalam menambat hati lelaki yang menjadi pujaan hatinya.
Tapi satu masalah yang selalu menghalang ke inginan nya, bila dimana Pesaing terbesar nya kembali semula di sekolah itu. Membuatkan nya sudah mula tidak senang duduk.
"Tak sangka dia muncul semula" ujar karmila seraya tersenyum sinis.
"So sandra, you kena hati hati tau.. Takut nanti zahid berbalik pada kayla semula" beritahu jasmine pada gadis itu.
Dia tahu hanya kayla saja yang dapat mengalihkan perhatian sesiapa saja. Bahkan untuk mendapatkan perhatian zahid yang dulu nya begitu mahu mendapatkan gadis itu.
"Diam lah! Takkan sesiapa yang boleh rampas zahid dari aku, ingat tu!" Ujarnya tidak puas hati. Sebelum sandra berdiri dari duduk nya dan memandang ke arah gadis itu.
Sekarang ni pun dia sudah mendapatkan lelaki itu. Dia tidak mahu dengan ke munculan gadis itu, akan membuatkan zahid kembali mengejar kayla semula dan meninggalkan nya.
"Dah! Aku nak cari boyfriend aku dekat mana.. Kamu berdua ikut aku, cepat! " arahnya sebelum sandra Mengorak langkah keluar dari situ.
Sempat sandra memandang pada gadis itu yang langsung tidak Mengendahkan perbualan mereka tadi. Sebelum mereka menapak keluar dari situ.
Sedangkan kayla hanya memandang pelik ke arah mereka yang sudah berlalu keluar dari situ, seperti tidak puas hati padanya.
* * *
"Thanks zyan.."
Zayn hanya mengangguk dan terus meminta diri untuk pergi dari situ sedari kedatangan Darwish.
"Ye tuan?, ada apa?"
Tanya Darwish sebaik saja berhadapan dengan Arfaaz yang sudah menunggu kedatangannya di dalam pejabat lelaki itu.
"Macam mana dengan kayla?" Soalnya.
"Oh, Kayla dia okey Tuan.. Nampak dia suka sangat belajar dekat sekolah tu lagi." Balas Darwish
Arfaaz Hanya mengangguk. Dia tahu hanya dengan cara itu saja boleh mengembalikan keceriaan yang ada pada gadis itu. Sekurang-kurangnya Kayla tidak lah terlalu kesepian sendirian di rumah agam itu. oleh disebabkan kejadian beberapa bulan yang lalu. Dimana arfaaz memarahi gadis itu membuatkan Kayla sudah tidak berani menegurnya lagi.
"Tuan?, ada apa apa lagi nak tanya?" Soal Darwish sedari melihat lelaki itu dari tadi diamkan diri.
"Tuan?, tuan okey tak?" Tegur Darwish lagi bila dimana lelaki itu seperti tidak mendengar nya.
Sedangkan Arfaaz terus tersentak dan mematikan lamunannya sedari Darwish dari tadi tidak berhenti memanggilnya.
"Tak ada apa.. Kau boleh keluar" Arahnya pada lelaki itu.
Darwish hanya mengangguk dan terus meminta diri keluar dari ruang pejabat lelaki itu.
* * *
"Amna!.. Sorry lambat.. Ni you dah order?" Tegur Kayla yang baru datang mendekati meja amna yang dari tadi menunggu kedatangannya.
"Ada apa apa terjadi ke? Kenapa Kayla lama sangat tadi?, amna tak makan sebab tunggu Kayla sekali tau.." Soalnya sedikit risau.
"Tak ada apa.. Minta maaf sangat tau buat kau tunggu, asal kau tak makan je tadi?" Balas Kayla serba salah.
"Takpe amna tetap nak tunggu Kayla nak makan sekali hihi.. " Ujarnya sambil mengukirkan senyuman manis
"Takpe Kayla teman amna makan je okey.. Sebab Kayla tak makan, dah kenyang dah" balasnya sebelum mengarahkan sahabat nya itu membuat pesanan.
"Aip!.. Amboi mana boleh macam tu, amna makan Kayla kena makan juga.. Tak boleh makan sorang sorang!" Bantah amna.
"Ta.. Tapii! "
Belum sempat Kayla meneruskan percakapan nya, amna terlebih dahulu memotong.
"No! You makan i makan okey! Now amna belanja kayla.. Dah cepat pilih nak makan apa?" ujarnya mencelah apa yang cuba dikatakan gadis itu.
Sedangkan Kayla hanya mengangguk seraya tersenyum nipis pada sahabat nya itu. Dia bukannya taknak makan. Dia sendiri pun tak ada duit nak beli makanan.
"Pilih lah nak makan apa? Jangan termenung je.." sergah amna pada Kayla yang hanya diamkan diri memandang nya.
"Hmm.. Takpe amna pilih lah dulu.. Kayla nak pergi toilet sekejap eh.." ujarnya dan terus berdiri dari duduknya.
Sedangkan amna hanya mengangguk, sebelum Kayla terus beredar dari situ dengan secepat nya.
Jeda-
Baru saja Kayla memasuki tandas dikantin, Tubuhnya berlanggar dengan satu tubuh yang kebetulan melalui jalan itu. Sebelum makanan lelaki itu terjatuh ke lantai buatkan makanan itu berterabur dilantai.
"Ma.. Maaf sa.. Saya tak sengaja.." ucap Kayla kelam kabut dan mula menundukkan pandangan nya ke arah makanan milik lelaki itu yang terjatuh disebabkan nya.
"Zahid kau okey tak?" ujar kedua pelajar lelaki yang baru datang menghampiri mereka dengan menyebut nama lelaki itu.
sebelum mereka serentak memandang ke arah seorang gadis yang masih duduk menunduk dihadapan mereka
Sedangkan Kayla yang tadinya risau mula membolak mata terkejut bila mendengar nama lelaki itu dipanggil dengan gelaran seperti tidak asing baginya.
"Aku okey, tapi perempuan ni dah tumpah kan makanan tu." Balas zahid sambil menunjukkan gadis itu tanpa melihat wajah nya lagi.
"Saya minta maaf.. Takpe nanti saya akan ganti dengan yang baru.." ujar Kayla serba salah dan mula bangun dari duduknya tanpa mengangkat wajahnya menghadap ketiga lelaki itu.
Sedangkan Zahid hanya mengerutkan keningnya pelik pada gadis itu yang seperti menyorok kan wajahnya dari dilihat oleh mereka.
"Takpe, aku boleh beli lagi. Kau kenapa Taknak pandang dekat sini?" Soalnya.
Sedangkan Kayla hanya menggeleng kepala sebelum bertindak untuk pergi dari situ secepatnya.
Sebelum Zahid cuba untuk menahan tangan gadis itu dari pergi dan ingin melihat wajah gadis itu dengan pantas. Buatkan kedua dua mereka membolak mata terkejut.
"Kayla?.." Ujarnya sedikit tidak percaya.
Sedangkan mirul dan iwan hanya memandang sesama sendiri turut terkejut dengan kedatangan gadis itu.
Sedangkan Kayla tidak menbalas apa apa. Dia sendiri pun tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu di situ. Sebelum dengan pantas Kayla melepaskan tangannya dan pergi dari situ secepatnya.
"Kayla.. Tunggu! " Jerit Zahid sedari melihat kepergian gadis itu.
Dan baru sahaja Zahid cuba mengejar langkah gadis itu Mirul terlebih dahulu menahan tangan nya diikuti dengan iwan.
"Dah bro! Tak payah kejar dia.. Macam mana dengan Sandra? Dia dah tunggu kita untuk makan sekali dekat sana.. " Ujar mirul pada lelaki itu.
Sedangkan iwan Hanya mengangguk mengiyakan.
"Tak boleh! Aku kena pergi kejar dia.. Pasal Sandra tu, aku nak kau uruskan dia.. Nah!.. Ambil duit ni untuk ganti makanan Sandra yang jatuh tadi.. " Balas Zahid
kelam kabut dan terus mengeluarkan beberapa jumlah wang dan diberikan pada lelaki itu sebelum Zahid berlari untuk mengejar kepergian Kayla.
Sedangkan mirul hanya mengambil duit yang diberikan lelaki itu. Sebelum mirul saling berpandangan dengan iwan melihat kepergian lelaki itu.
"Macam mana ni wan?, apa kita nak jawab kalau Sandra tu tanya kita.." Tanya Mirul risau
"Dah abaikan jela.. Sekarang ni kita kena beli makanan baru. Aku lapar ni.. Geng trio tu pun mesti dah lama tunggu kita" Balas iwan sebelum membawa lelaki itu untuk memesan makanan itu semula.
Sedangkan Mirul hanya mengangguk sebelum kedua mereka beredar dari tempat itu.
Jeda-
"Kayla.. Tunggu! " Jerit Zahid cuba menahan pergelangan tangan gadis itu.
"Lepaslah!.." Ujar Kayla sebelum Kayla menepis tangan lelaki itu.
"Kenapa Kayla nak jauhkan diri dari saya? Apa salah saya ha? Kenapa Kayla taknak jumpa saya?" Soalnya.
"Saya risaukan awak Kayla.. Dah lama awak tak datang sekolah lagi.. Kayla pergi mana? Kayla ada masalah ke ha? " Soalnya lagi tanpa putus asa.
Sedangkan Kayla hanya diamkan diri tidak menjawab apa yang ditanyakan lelaki itu padanya.
"Kayla tolong jawab pertanyaan saya! Jangan pergi macam tu je!" Ujarnya ingin menahan gadis itu untuk pergi dari situ.
"Jangan ganggu saya! " balas Kayla sebelum melepaskan Tangan lelaki itu. Dan segera pergi dari situ.
Sedangkan Zahid terus terdiam dan memandang kepergian gadis itu. Yang seperti tidak mempedulikan nya. Entah kenapa dari dulu sampai sekarang gadis itu selalu menghindari nya.
Share this novel