BAB 5

Thriller Completed 388

"Lima ratus" dia menjawab. Terbuntang mata sigadis mendengar. Tanpa
banyak tanya dia mencapai topi keledar yang di hulurlantas memanjat
belakang motosikal. Lelaki itu hanya ketawa galak. Galak keranasi gadis
bodoh bernafsu serakah senang betul masuk perangkap.

Lelaki itu membawanya ke sebuah hotel murah. Merekaberseronok dan hilang
dalam dunia maksiat rekaan syaitan. Kemudian dia tidakingat lagi apa
yang berlaku. Perkara terakhir dia hanya rasa mengantuk sangatsebelum
tidak sedarkan diri.

1 jam sebelum.

Dalam ruang yang sempit dan padat itu dia baharu tersedar,pinggangnya
pedih. Entah bius atau apa sudah semakin hilang kesannya. Diakesakitan.
Kesakitan yang amat. Terasa ada cairan hangat meleleh. Bau
hanyirdarahnya sendiri mengembang dalam ruang sempit.

Matanya? arghhh...sebenarnya dia sudah tiada punya mata.Lompong. Kedua
bebola matanya telah di korek. Kenyataan yang dua kali gandalebih
menakutkan. Apa yang lelaki itu lakukan pada dia?.

15 minit sebelum.

Nafasnya semakin pendek dan sesak. Kesakitan bersatu denganrasa lemas
yang semakin mencengkam. Cakarannya semakin lemah. Kukunya
sudahpecah-pecah kerana mencakar dinding papan. Hentakan kakinya juga
semakin lamasemakin perlahan.

Dalam sesak nafas di tenggorok. Dengan kesakitan mencucuk dipinggang dan
matanya yang sudah tiada. Nafasnya makin pendek-pendek. Airahdapat
melihat bengisnya malaikat yang akan datang mencabut nyawanya.

Dia menggelupur. Meronta sebelum senyap. Koma. Dalam komanyadia berharap
akan dapat memberitahu ibunya dia di mana. Dan kalau mampu saatini hanya
pengampunan dari kedua ibu bapanya sahaja yang di pinta.

Selepas 24 jam.

Kawasan hutan itu semakin riuh. Bunyi anjing menyalakkedengaran. Di
bawah pokok yang tidak berapa rendang. Di pinggir bandar. Dalamsemak samun.

Pihak polis mendapat laporan seorang wanita yang tiba-tibasahaja menerpa
balai polis. Di katanya mendapat mimpi. Si anak di kuburhidup-hidup.
Mulanya tiada siapa peduli. Namun rayuan si ibu tidak berhenti.
Digambarkan tempat dan kawasannya sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience