Gedegang! gedegung! puas di hentaknya papan yangmengurungnya.
Sesak,sempit!. Air mata sudah kering. Suara jeritan sudahtenggelam.
Nafas juga semakin pendek.
Teringat semua saat ini. Menyesal!, ya dia sangat menyesal.Dia mahu
mengubahnya kalau boleh. Saat ini hanya tuhan sahaja tempat diabersandar
dan berdoa. Dia berharap akan keajaiban.
Gedegang! gedegung! di tendangnya lagi papan penutup yangsemakin
melendut itu. Takut? tiada ayat untuk di jelaskan saat ini.
nafasnyasemakin sesak dan lemas.
Serrr...bunyi tanah melungsur sedikit demi sedikit daricelahan papan.
Tiada sedikit cahaya. Hanya kegelapan. Ya, kegelapan yang selamaini dia
tidak peduli.
3 jam sebelum.
Kepalanya pening. Matanya cuba di buka, perit. Sebaik sahajamembuka mata
tiada apa yang kelihatan. Hanya kegelapan. Dia menjerit sekuathati.
Serta merta ketakutan menerpa. Hebat gigilan tubuhnya menggoncang.
Dia meraba. Tangan dan kakinya bebas tidak berikat.Tetapi...ruangnya
sempit. Dia terbaring. Di mana aku?. Soalnya sendiri.Tangannya
meraba-raba kegelapan. Tepinya dinding, kiri kanan. Atas dan bawah.Dia
terpinga. Aku dalam kerandakah?.
Tolong!!!!!!! dia menjerit sekuat hati. Namun lantunan gemasuaranya
hanya bergaung dalam ruang yang sempit itu. Dia menangis. Meraung
danmeronta. Hampa. Siapa yang akan mendengar jeritannya kala itu.
Share this novel