Bab 56

Romance Completed 1445138

Nurlisa memeluk Puan Nurlisa kemas, dia menangis teresak esak, sedari tadi tiada satu patah perkataan yang keluar dari bibir seksi itu, cuma tangisan yang mengisi malam mereka.
Begitu juga dengan Ammar Ziyad, dia tidak terkata, terduduk selimpuh di karpet itu, dia cuma memandang ibunya di peluk Nurlisa. Dia menahan airmata jantannya keluar, tapi matanya sudah berkaca, sendu jiwanya sudah sampai ke dadanya.
Dadanya sesak Allah sahaja yang tahu, dia sudah pun memegang Syed Arman yang sedang sakit, tetapi dia tidak tahu itu abangnya, orang yang dia rindukan sepanjang hayatnya. Orang yang dia ingin bertemu, berkongsi semua rasa selama 23 tahun dia sendiri, tidak punya adik beradik.
“Ibu, Am dah jumpa abang rupanya, Am tak tahu pun dia. Am teringin nak peluk dia ibu,” akhirnya tangisan untuk terhembur juga. Puan Embun duduk dan memeluk anaknya kemas. Dia turut sama menangis.
“Ibu, semasa ibu datang ke bilik kami, ibu kenal ke itu anak ibu?,” soal Nurlisa selepas dia berdaya untuk duduk dan bertenang.
Puan Embun memandang Nurlisa dengan jiwa yang sebak tapi sedikit tenang, mungkin kerana dia berdaya untuk menamatkan ceritanya setelah sekian lama.
“Tidak, semasa ibu masuk ke bilik tu, Ibu tidak memakai kaca mata ibu, sebab ibu panik apabila mendengar siren kecemasan. Tapi apabila terpandang Arman, ibu dapat rasa dia dekat dengan ibu, ibu dapat rasa aura Arman tu kuat. Ibu cuma tahu apabila Ibu melihat registration details di portal registration tu.. ibu melihat details sebab ibu ingin membuat kek untuk tetamu, biasanya ibu buat sendiri. Semasa melihat nama itu, Ibu terperanjat, hampir terjatuh dari kerusi. Ibu tidak boleh teruskan buat kek, ibu terus masuk tidur, ibu tak sabar menunggu esok, kerana ibu ingin melihat anak ibu di depan mata. Tapi malam itu Arman pergi, tinggal Lisa sendiri,” Puan Eumbun menarik nafas perlahan, walaupun tidak dapat berjumpa dengan anaknya, dia dapat berbakti kepada menantunya.
“Daripada hemat Ibu, ada sesuatu yang berlaku antara Lisa dan Arman, kan? Melihat Lisa menangis, ibu tahu sesuatu yang berlaku, tapi ibu bahagia kerana Arman sudah beristeri, punya menantu yang lembut dan baik, buat ibu bahagia,” Dia mencapai tangan Nurlisa dan mengosok perlahan.
“Ammar bolehlah panggil Kak Lisa, dia kakak Am, isteri abang Arman, Ibu sudah rasa bahagia walapun bahagia yang sebenar itu belum ibu capai,” Nurlisa kembali teresak apabila mendengar Puan Embun memangilnya menantu, isteri Syed Arman.
Dia bahagia, pasti Allah membalas semua kesabarannya apabila Allah menghadirkan seorang ibu mertua yang baik.
“Am, perkara pertama yang ibu akan buat adalah menukar nama Ammar kepada Syed Ammar Ziyad Bin Syed Awaludin. Apa yang dia buat ibu, ibu tidak boleh nafikan dia Babah kepada Ammar. Ibu akan buat ujian DNA, kalau dia tidak percaya Ammar anak dia. Ibu tidak mahu sesiapa menganggap Ammar anak dari luar perkahwinan,” Puan Embun memeluk lengan Ammar Ziyad, anaknya yang mewarisi perilakunya, tidak banyak kerenah, mendahulukan orang lain daripada diri sendiri.
“Rupa paras anak anak ibu sama, kacak dan tinggi, tegap dan berkarisma. Ibu bahagia,” sisa airmata itu dia mengelap perlahan. Dia tahu Allah akan memberi semua satu persatu, dia tahu itu.
“Ibu, Lisa perlu beritahu ibu cerita kami, seringkas mungkin, cerita yang panjang nanti Lisa akan ceritakan kemudian,” Nurlisa kembali duduk di sofa itu, setelah tadi dia bangun kerana terkejut dengan pengakuan Puan Embun
“Ibu, ini berkenaan Syed Arman. Abang hilang ingatan setelah bangun daripada koma 5 tahun lepas, dia tak ingat Lisa, tak ingat perkahwinan kami. Tiada yang tahu kami berkahwin ibu, hanya Lisa dan abang sahaja, sebab kami kahwin kat Thailand 5 tahun dulu, masa umur Lisa 18 tahun. Ada sebab yang membuat kami kahwin, kami hidup bersama hanya 2 bulan, lepas tu Abang balik KL sebab nak uruskan umi dia, then accident, then…….. seperti yang ibu tahu, dia koma and lupa siapa Lisa,” Nurlisa harus berterus terang kerana dia tidak mahu Puan Endun menganggap dia seperti pasangan lain.
Puan Endon memeluk Nurlisa mesra, dia memaksa dirinya untuk tidak memberi respon kepada cerita Nurlisa, walaupun dia terkejut dengan pengakuan Nurlisa. Dia kasihankan gadis itu, dia seperti melihat dirinya 28 tahun dulu.
“Lisa jangan fikir sangat, ibu tahu Arman tak ingat semua, Insyallah akan sampai masa Arman akan ingat, ibu bersyukur kerana Arman berkahwin dengan gadis sebaik Lisa. Ibu nak Lisa cerita dengan ibu kesemuanya, walaupun hanya 2 bulan Lisa bersama Arman,” tutur bicara Puan Embun lembut menyapa telinga Nurlisa.
“Ibu, Lisa akan ceritakan semuanya, satu masa nanti Lisa akan bawak Syed Arman jumpa ibu, Lisa mahu dia tahu siapa yang melahirkan dia, siapa wanita hebat yang sangat rindukan dia. Lisa akan kenalkan adik lelakinya, insan hebat yang menjadi tulang belakang ibunya,” Nurlisa terlibat masih terkejut dengan pengakuan Puan Embun sebentar tadi. Dia mengamati Puan Embun dan percayai rupa paras Syed Arman memang mewarisi daripada ibunya.
Begitu juga dengaan Ammar Ziyad, bentuk muka dan hidungnya menyamai Syed Arman. Tinggi dan bentuk badannya juga sama, suaranya juga hampir sama.
“Dah pukul 2 pagi ni, Lisa pergi tidur dulu. Ammar pun sama. Ibu pun dah penat, esok ibu sediakan breakfast. Ammar ada janji dengan kawan Ammar kan? Sebelum keluar, kita breakfast sesama,” Puan Embun bangun daripada sofa itu, dia juga perlu meletakkan kepalanya, supaya jiwanya dapat berehat.
“Good Night Ibu, Lisa bersyukur sebab ibu ada dengan Lisa. Abang Arman belum sedar, secretary Lisa baru call tadi. That dia operation buang darah beku kat kepala, tapi dah 5 hari, tapi belum sedar. Ibu doakan ya, doa ibu adalah pintu segala doa,” Nurlisa juga bangun, dia mencium Puan Embun.
“Lisa, ibu tahu keadaan Arman sebab Uncle Lee update ibu setiap hari. Kawan Uncle Lee kerja dia hospital itu, Uncle Lee minta tolong dia updatekan, sebab itulah ibu mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Lisa. Ibu harap Lisa rahsiakan daripada sesiapa ya, ibu nak tunggu Arman ingat ibu balik, sebab masa itu dia dah 5 tahun, sepatutnya dia boleh ingat. Kalau dia sedar nanti, bila dia ingat balik, ibu akan ceritakan. Cukuplah dia tahu yang ibu tidak pernah membuang dia, ibu terpaksa,” Puan Embun mengambil semua pinggan dan gelas, dia menghantar ke dapur.
“Lisa ke bilik dulu ibu, Lisa sayang ibu,” Nurlisa berlalu ke dapur, dia perlu berehat, perlu tenangkan dirinya.
Apabila keadaan tenang nanti, dia akan menceritakan kesemuanya, daripada kisah mereka, bagaimana dia hampri gila, bagaimana dia ke KL, bagaimana surat cerai dan segalanya.
***************************************
Syed Awaludin masih di hospital itu, dia tiada mood untuk balik kerumah. Dia masih teringat pertanyaan Sharifah Teha sebentar tadi.
“Babah, sepanjang babah berkahwin dengan ibu kepada abang Arman, pernah tak papa rasa papa sukanya dia, cintakan dia seperti pasangan isteri yang lain?,” soalan itu seperti bom jangka, dia memandang Sharifah Teha dengan pandangan yang tenang.
“Babah tak perlu fikir panjang untuk jawab soalan adik. Selama bertahun tahun Babah tanya diri Babah, apa yang Babah rasa, apa yang Babah fikirkan. Sebenarnya Babah terlalu selesa dengan cinta dia pada Babah, Babah tahu dia cintakan Babah, kerana dia tidak pernah meninggi suara pada Babah, dia isteri yang hebat. Kerana dia tahu dia isteri ke dua, dia sedar diri. Untuk jawab saoalan adik, maaf kalau Babah menduakan Umi kamu. Ya..setelah Embun pergi, Babah sedar yang Babah cintakan dia, cinta Babah itu yang membuatkan Babah menderita bertahun tahun sehingga kini,”
“Dia isteri yang tiada cacat cela, tiada satu pun perkara atau perbuatan dia yang Babah rasa kesal, tiada langsung. Babah minta maaf kalau sekali lagi Babah memburukkan umi kamu, kalau tidak kerana makanan kotor itu, Babah mungkin dapat mengemudi masalah Babah dengan betul,”
“Babah akan ceritakan semua kepada Syed Arman, kesemuanya. Babah akan minta dia carikan ibunya, kalau sudah meninggal, pasti ada kuburnya. Kalau masih hidup, Babah nak sangat jumpa dia. Babah nak minta maaf, Babah nak minta ampun. Babah nak mati dengan tiada rasa bersalah,”
Syed Awaludin bangun dan menghampiri Syed Arman yang masih terbaring kaku. Dia dapat memahami kenapa anaknya mulai selesa dengan Nurlisa. Sifat tenang dan lembut Nurlisa itu persis Embun. Lontaran kata kata dan butir bicaranya juga sangat menyenangkan.
“Babah minta maaf sebab menduakan umi kamu. Babah juga telah menyakiti umi, dia juga terseksa apabila mengetahui Babah ada isteri lain,”
Dia masih teringat bagaimana isterinya melepaskan amarah kepada Syed Arman, sehinggakan anaknya seperti sekarang.
Semua yang berlaku adalah salahnya, salah dirinya.
*********************************************
Syed Awaludin mendapat panggilan daripada Sharifah, selepas hari ke 6 Syed Arman berada di hospital.
“Babah, abang Arman dah bukak mata, Dr pun dah tengok tadi. Abang kenal adik, abang tanya mana Abang Adam dengan Babah. He’s look ok, tapi abang minta adik panggilkan Sakinah. Canne tu Babah?,” suara Sharifah Teha memanggilnya pada pukul 4am itu sangat mengembirakannya. Dia bergegas ke hospital yang mengambil masa 30 minit untuk sampai.
“Maaf Babah, Arman ambil masa lama untuk bangun. Adik kata Arman tidur hampir 6 hari. Sekarang Arman rasa ok, tak sakit kepala lagi. Babah jangan risau kan Arman. I’m ok,” Syed Arman bersuara perlahan apabila dia melihat Syed Awaludin mengelap air matanya.
Syed Arman tidak tahu apa yang patut di lakukan. Di dalam tidurnya yang lama, dia mendengar semua cerita Syed Awaludin, tentang ibunya, tentang uminya, tentang semuanya.
Dia tahu pasti ada sebab yang kukuh kenapa selama ini semua menyembunyikan perkara yang sebenar berkenaan dirinya. Dia bertekad untuk membetulkan semuanya.
Sebagai anak yang penyebab kepada kegagalan di dalam perancangan, atau kesakitan kepada perbuatan, dia ingin bertanggungjawab keatas semua. Selepas bangun dari tidur yang panjang, dia berusaha untuk ingat semua yang terjadi.
Tetapi ingatannya cuma terarah kepada zaman kecilnya, zaman kanak kanak yang sangat menyakitkan. Kini dia tahu kenapa uminya bertindak sejauh itu, semua itu terjadi kerana kesakitan yang dialami hasil daripada perbuatan ibu kandungnya.
Dia harus membetulkan semua kesilapan masa lalunya, agar uminya tidak selamanya menyalahkan wanita yang mengandungkannya. Rasa untuk dirinya harus di tolak ke tepi, nanti nanti dia akan fikir bagaimana bentuk bahagia yang dia mahu.
************************************
Sharifah Sakinah duduk dia sofa hospital itu, dia terkejut apabila Sharifah Teha menghubunginya menyatakan Syed Arman ingin berjumpa dengannya. Selama Syed Arman berada di hospital, dia tidak di benarkan melawat, semua itu atas arahan Syed Awaludin.
Kelihatan Syed Awaludin dan Syed Adam juga berada di bilik itu, mereka menunggu doctor yang merawat Syed Arman menyelesaikan lawatannya. Menurut doctor yang berbangsa Chinese itu, kalau keadaan beransur pulih, dalam 3 hari lagi Syed Arman boleh pulang ke rumah.
“Babah, Arman bercakap daripada katil ya, Maaf Sakinah susahkan you datang early morning. I ada sesuatu nak beritahu you dan semua kat sini,”
Syed Arman melihat wajah Syed Awaludin penuh dengan kesedihan, dia harus memberi bahagia kepada wajah itu, kerana bertahun tahun dia menderita.
“Babah, Arman setuju dengan pilihan umi. Selepas Arman sihat, Arman akan kahwin dengan Sakinah. Kalau Babah setuju, 6 bulan daripada sekarang, bolehlah buat majlis nikah. Arman tak nak majlis besar, cukup akad nikah sahaja,” kata kata Syed Arman itu membuatkan Sharifah Sakinah terkejut. Dia bangun daripada sofa dan mendekati Syed Arman.
“Betul ke Arman? You tak salah cakap kan? Alhamdulilah, umi mesti happy dengar ni..akhirnya you buat keputusan yang terbaik,” tanpa rasa segan, Sharifah Sakinah memeluk Syed Arman mesra, dia menangis dengan keputusan Syed Arman tadi.
Syed Arman tidak membalas pelukan itu, dia memandang Syed Awaludin yang memandang ke lantai, tiada tindakbalas dengan keputusan yang dia buat sebentar tadi.
Syed Awaludin dan Syed Adam cuma diam tidak berkutik, mereka cuma memandang Syed Arman dan Sharifah Sakinah tidak berkelip.
“I akan kotakan janji I, you jangan risau, sekarang you boleh balik dulu, I nak borak dengan Babah sekejap,” Syed Arman tidak mahu terlalu excited kerana keputusan pasti mengundang respon yang berbeza daripada Syed Awaludin dan Syed Adam.
“Maaf Babah, Arman perlu mengembalikan semua kebahagian keluarga kita. Semua yang terjadi adalah di sebabkan oleh wanita yang melahirkan Arman. Arman dengar semua cerita Babah. Di dalam memori Arman, Arman masih ingat tentang wanita itu, walaupun dia wanita hebat seperti kata Babah, tetapi dia merampas kebahagian umi. Arman harus memberi semula kebahagian umi bagi pihak wanita itu,”
Syed Awaludin memandang anaknya dengan penuh tandatanya. Bagaimana anaknya mendengar semua ceritanya, sedangkan dia terbaring tidak sedarkan diri.
“Tidak pernah sehari pun dia mencari Arman sepanjang Arman dengan Babah, usia Arman sudah 28 tahun, entahkan dia hidup atau mati, jadi Arman tidak mahu berfikir tentang mereka yang tiada dengan kita. Arman perlu bahagiakan umi, sebab itu yang umi minta sedari dulu, Arman kena berkahwin dengan pilihannya,”
“Babah, Arman ingat semua penderaan Umi kepada Arman. Kesemuanya……Arman tahu dengan perbuatan umi itu yang menjadikan Arman selalu memberontak. Umi sudah mendapat balasan apa yang dia buat, tapi tak adil kan kalau kita salahkan umi, sedangkan umi bertindak kerana hartanya di rampas, jadi sebagai anak kepada wanita itu, Arman harus bertanggungjawab,” suara itu tegas, Syed Awaludin tidak pernah mendengar suara anaknya seyakin itu.
Syed Adam hanya mendiamkan diri, dia tidak mahu berkata lagi, kerana dia mahu mendengar apa yang berada di dalam hati adiknya.
“Arman, bagaimana dengan Nurlisa? Babah tidak mahu Arman menjadi lelaki yang pandai bermain kata, memberi harapan, jangan jadi seperti Babah,” dia tahu anaknya menyintai gadis itu, dia tidak mahu anaknya membuat keputusan tanpa berfikir panjang
“Arman akan minta maaf dengannya, dia bukan sesiapa pada Arman, dia orang luar, jadi hubungan kami masih baru, Arman akan tamatkan nanti,” suara itu sangat tegas.
Selepas dia bangun, dia banyak berfikir tentang uminya, jadi nama Nurlisa berada di garisan paling belakang. Dia hampir terlupa kewujudan gadis itu.
“Apa keputusan yang Arman buat, bukannya Arman membalas dendam dengan sesiapa, Arman cuma ingin membetulkan keadaan. Bagi Arman masa 6 bulan lagi, Arman akan betulkan kesemua kesan wanita itu tinggalkan. Hati Arman tidak penting, apa yang Arman rasa juga tidak penting, apa yang Arman mahu juga tidak penting, tetapi umi yang paling penting. Arman kena kembalikan kebahagian dia. Babah tidak boleh menyalahkan umi kerana bertindak begitu, kerana Babah tidak berfikir tentang sakit umi,” suara Syed Arman mendatar, dia yakin dengan keputusanya.
“Arman, wanita itu adalah ibu kandung Arman. Dia yang melahirkan Arman, dia yang membesarkan Arman. Babah yang merampas Arman daripadanya, Babah yang bersalah, jadi Arman jangan salahkan dia. Dia wanita yang tersepit dengan keadaan. Kefahaman Arman tentang ibu Arman itu salah, Babah tidak mahu Arman menganggap ibu Arman itu perampas, cara Arman berfikir itu salah,” Syed Awaludin tidak boleh mendiamkan diri kerana terlihat Syed Arman meletakkan wanita hebat itu disisi yang salah.
“Maaf papa, Arman mungkin salah, tetapi Arman cuba letakkan diri Arman di dalam kasut umi. Ini pertama kali Arman bercakap secara lelaki dengan Babah selepas 5 tahun. Arman tetap dengan keputusan Arman. Arman tidak mahu Nurlisa menjadi seperti wanita itu, jadi Arman kena tamatkan apa sahaja rasa dengan Nurlisa,” Syed Arman berkata perlahan. Fikirannya berputar teringat tentang Nurlisa, gadis manis yang berjaya mencuri hatinya.
Dia tidak lagi mahu lari daripada reality. Dia perlu bangun dan membetulkan keadaan. Dalam perjalanan membetulkan semula segala derita yang Syed Awaludin tinggalkan, pasti ada perasan yang terkorban. Untuk cerita ini, pasti Nurlisa yang akan terkorban.
“Lepas Arman keluar daripada hospital, Arman nak berehat dengan nenek. Arman minta cuti 3 bulan, boleh kan Abang Adam? Arman perlukan tenaga dan ketenangan untuk Arman betulkan semuanya,” anak muda itu kelihatan sangat nekad.

Syed Adam memandang adiknya dengan penuh kasih sayang, dia selalu berdoa semoga adiknya peroleh bahagia, setanding dengan deritanya.
“Arman, abang rasa Arman kena fikir balik apa yang kamu lakukan. Kamu rehatkan dulu, mungkin selepas kamu sembuh, kamu boleh fikir lagi. Abang akan sokong kamu, apa sahaja yang kamu buat, abang akan sokong,” akhirnya Syed Adam bersuara.
Dia juga tidak sangka apa yang Syed Arman katakana tadi. Dia sangat tidak sangka.
“Babah, kita balik dulu, biar Arman berehat, Babah juga kena rehat. Insyallah Allah dah mengatur semua untuk kita. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. Babah jangan risau,” Syed Adam memeluk Syed Awaludin kejap, dia tahu Babahnya kecewa dengan keputusan Arman, menghina ibunya sendiri.

BERSAMBUNG

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-08 18:50:59 

sedih nyer, i dear...ksien nur lisa

YAZNI-ERNIE
2021-01-08 15:20:44 

hi dear. tqvm. lama i'm waiting. miss u so much


NovelPlus Premium

The best ads free experience