Tepat pukul 8.45 pagi, Lisa sudah terpacak di Menara Sri Endah. Bangunan 30 tingkat itu menempatkan syarikat Sri Endah Holdings Sdn Bhd. Syarikat yang berprestij, yang memang terkenal di dunia. Hasil dari bacaan Lisa semalam, Sri Endah mempunyai cawangan di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak. Sri Endah Holdings juga mempunyai Yayasan sendiri yang mempunyai ratusan client di bawah Yayasan tersebut.
Lisa mendekati counter di depan untuk mendaftar diri. Selepas staff di hadapan memasukkan details Lisa, dia menghulurkan passcard kepada Lisa.
“Cik terus ke tingkat 30 ya, keluar dari lift nanti, terus ke pejabat CEO. Di kiri itu ada bilik meeting. Cik boleh tunggu di situ,” kata gadis counter seraya tersenyum
Usai mengucapkan terima kasih, Lisa terus melangkah ke lift. Tapi Lisa pelik kenapa terus ke pejabat CEO. Walhal jawatan yang di terima tempohari adalah Pengurusan Sumber Manusia. Sepatutnya Lisa kena mendaftar di pejabat HR, bukan di pejabat CEO.
Mungkin pejabat mereka bersebelahan kot, Lisa berkata di dalam hati.
Dengan baju kurung kain cutton, dengan kasut tumit tinggi dan tas tangan simple, Lisa kelihatan sangat anggun. Beberapa mata memandangnya. Lisa teruja kerana tempat kerja bukan calang calang and rasa bertuah dapat melangkah kaki ke syarikat besar ini.
Selepas Lisa tamat ijazah, Kak Long Melissa pernah menawarkan kerja sebagai pengurus operasi kepada Lisa. Tapi Abang Long tak setuju kerana Abang long mahu Lisa bermula dari bawah. Lisa perlu tahu bagaimana menjadi seorang pekerja yang ada boss, yang perlu ikut arahan boss. Bukan mudah untuk Kak Long Melissa bersetuju dengan Along Long. Sampai kan mereka tidak bertegur sama kerana berselisih pendapat, tapi akhirnya mereka bersepakat untuk melepaskan Lisa berdikari.
Apabila Lisa keluar dari lift di tingkat 30, kelihatan seorang staff menunggunya di tepi lift. Lisa tersenyum kepada gadis itu apabil nama penuhnya di panggil.
“Cik NurLisa Sofea Binti Azman ya,” seraya menyalami Lisa.
“Hai, yer saya, terimakasih sapa saya dulu,” suara Lisa teruja dengan persekitaran office yang sangat mewah.
“Saya Laila Sari, PA kepada CEO. Cik Lisa boleh ikut saya”, Cik PA itu menunjukkan jalan ke depan. Mereka berjalan beriringan ke depan, melalui persekitan terbuka. Lisa terlebih teruja melihat bilik meeting dan meja santai di tingkat itu. Dengan sofa yang berselerak menampakkan suasana tidak terlalu keras, santai dan suasana kerja juga lebih rilex.
“Cik tunggu di bilik meeting ini ya, saya inform pejabat HR dengan pejabat CEO dulu”, kata Miss PA Laila Sari sebelum berlaku pergi. Lisa melangkah laju ke bilik meeting tersebut. Nama bilik meeting juga menarik, bilik meeting Alamanda. Di laluan tadi Lisa sempat membaca bilik meeting Akasia. Indahnya…Lisa tersenyum riang.
Lisa mengambil tempat duduk di kerusi paling hujung, sambil bermesra dengan telepon utk hantar whatapp pada group WA tentang keberadaan dia, supaya Abang Long bersama Kak Long tahu yang Lisa happy, teruja dan segala macam rasa.
“Assalamualaikum Cik Nurlisa Sofea, apa khabar?” sapaan suara lelaki itu mengejutkan Lisa. Lisa terus terbangun dari kerusi itu. Lisa pantas merendahkan badannya tanda menghormati sapaan tadi.
“Saya Eddie from HR, saya di tugaskan untuk brief you about your work on your first day here. Kita tunggu staff dari CEO office dulu ya, then we can start,” Lelaki chinese itu berkata sambil tersenyum mesra.
Handome, detik hati nakal Lisa.
Cantik, detik hati Eddie juga.
“Guys, sorry aku lambat, boss tadi minta aku call Yayasan dulu”, kedengaran suara lelaki juga, kali ini dengan nada yang termengah mengah. Lisa tersenyum lagi. Lebih mesra.
“Haiiii, saya Ezam, staff dari CEO office. Hai Cik Nurlisa, nasib baik saya sempat tengok fail awak tadi, boleh tahu yang full name. shall we start?,” sapanya mesra.
Mereka mengambil tempat masing masing. Kelihatan Eddie membuka file dan Ezam juga membuka filenya sendiri.
“Saya mulakan dulu ya”, kata Eddie
“Cik Nurlisa Sofea, ini surat offer letter you. Semasa interview di JB that day, kami offer you as Human Resouce Manager, but we change the offer based on your course. Baca dulu offer letter ni, if anything, we can discuss yaa”, kata Eddie sambil menghulurkan kertas A4 paper itu.
Lisa mengambil letter itu dan terus membaca position yang di tawarkan. Yayasan Public Manager dan gaji starting adalah RM12k. 12k? biar benar, Lisa berkata sendiri. Takkan Manager gaji RM12k? Lisa cuba mengurangkan kedut di mukanya.
“Kenapa Cik Lisa, are you ok?’, sapa Ezam setelah lama Lisa lama berdiam diri. Lisa tersenyum memandang mereka berdua.
“Ouh…. i terkejut tengok salary dalam letter tu. As fresh graduate, I rasa terlalu tinggi. But at the same time, excited pulak tengok angka duit, too banyak figure “0” ”, akui Lisa jujur
“Memang i ambik public relation semasa saya study dulu. Jadi I accepted this offer, and berjanji akan work hard for the company,” tambah Lisa lagi dengan senyuman paling manis. Lisa mengambil pen dari tas tangannya dan dalam masa seminit, surat offer letter itu bertukar tangan.
Ezam dan Eddie tersenyum dengan tingkah laku gadis manis itu. Manis sangat senyuman Lisa ni, memang malam nanti pasti susah aku nak lelap, Ezam berkata di dalam hati kecilnya.
“Ok Cik Lisa, kita proceed dengan briefing on your job description ya. Basically, kerja you fully on the Yayasan itself. You akan banyak liaise dengan CEO office and public relation Department. Anything regards to public relation and announcement, you yang akan handle. Staff you ada 5 orang. You juga akan represent company for any event related to Yayasan. I dah email details kat your email. By noon, staff IT akan hantar your laptop and details all your access to company systems. After this meeting, kita akan tunjuk your room, same floor with CEO office”, Terang Eddie panjang lebar.
“Ini pulak phsycial document from Yayasan Accounting. Saya kena pass to Cik Nurlisa sebab after this, Cik Lisa akan handle from A to Z, from accounting to management. A fews info dalam dokumen tu actually p&c, and if anything, Cik Lisa boleh tanya saya,” tutur Ezam satu persatu.
Yeah, as manager, Lisa faham ada something yang tidak boleh share dengan staffnya. Dia cukup faham itu.
“Ada apa apa nak tanya, sebelum kita gerak ke office you”, soal Ezam ramah. Matanya tidak berkelip memandang Lisa. Pilihan syarikat sangat tepat. Dengan wajah cantik dan berperibadian yang hebat, pasti keberadaannya akan menarik ramai orang. Wartawan pasti akan selesa dengan peribadinya.
“So far ok, actually banyak lagi jod scope I nak tanya, tapi let me check my email first. Study dulu apa job scope i, apa apa i cari u, boleh kan?’, Lisa memaniskan wajah lagi sekali.
“Boleh boleh”, jawab Ezam dan Eddie serentak. Mereka bangun dan mula keluar dari bilik meeting Alamanda itu.
“Dekat tingkat 30 ni, takde tea lady ya, sebab only us sahaja, with CEO office. Kalau official meeting with client, kita kena guna meeting room kat level 15. Surau ada 2, level 15 and Level 6. Café pun at Level 6. Jom…..,” kata Ezam lagi.
Eddie menjeling Ezam dengan senyuman tak puas hati. Ramah pulak mamat ni hari ni, kata Ezam dalam hatinya.
Mereka berjalan menyusuri ruang legar yang sangat teratur kedudukan perabut dan hiasan dalamannya.
Di sebelah lift, terdapat ruang pejabat yang sangat privasi. Hiasan dalaman pejabat juga sangat exclusive. Warna putih dengan bunga segar menarik perhatian Lisa. Sangat kebetulan kerana Lisa sangat suka warna putih dan warna pastel. Lisa juga suka dengan bunga segar. Bunga boleh menukar mood Lisa dengan cepat.
Mereka sampai di South Wing tingkat 30, yang menempatkan ruangan office yang santai, dengan sofa dan meja office yang menarik mood untuk berkerja.
Terdapat 6 ruang bekerja, dua pintu masuk ke bilik dan meja untuk open diskusi. Wow…. designer office ni mesti gembak, Lisa memuji di dalam hatinya.
Perjalanan mereka berhenti di ruangan itu.
Ezam menepuk tangan, untuk menarik perhatian staff di sini. Ya.. semuanya ada 5 orang. 3 lelaki dan 2 perempuan. Lisa menawarkan senyuman paling manis untuk mereka.
“Guys, kenalkan boss you guys, Cik Nurlisa Sofea. Cik Lisa, mereka akan berkerja dengan you for our Yayasan ya,” Lisa menghulurkan tangan mesra
“Saya Nurlisa, boleh panggil Lisa. Saya report duty today. Nanti boleh lah tunjuk ajar dan share idea ya. Nice to meeting you today.” Sapa Lisa mesra. Mereka semua masih muda, Lisa mengagak usia mereka tidak lari jauh.
Mereka berlima memperkenalkan diri masing masing, dan selepas mereka menunjukkan bilik Lisa, dua jejaka itu bersurai.
Selepas menutup pintu, Lisa terus ke kerusinya. Walaupun Lisa merasa tidak logic untuk mempunyai bilik sendiri, tapi Lisa abaikan perasan itu. Dan perasaan punya bilik sendiri juga sesuatu yang sukar di gambarkan. Lisa tersenyum bangga dan bersyukur. Allah memberi nikmat kepada mereka yang bersabar dengan ujiannya.
Semua ini akan diceritakan kepada abangnya nanti.
Lisa terkedu dengan hiasan dalam biliknya. Bunga lily seperti menyambut kedatangannya.
Bilik pejabatnya seperti dia berada di bilik tidur di kondonya, cuma tiada katilnya sahaja. Pejabatnya juga punya bilik air sendiri. Terdapat sofa bed yang berwarna putih, terletak di ruang kiri biliknya.
Lisa menuju ke meja utama bilik itu, tempat yang dia akan mencurahkan idea, tempat dia akan bekerja untuk syarikat itu.
Tangan Lisa memegang bunga lily segar di atas mejanya. Haruman “dia” seperti ada di sekeliling Lisa. Selama 5 tahun, dia cuba untuk tidak dekat dengan bunga Lily. Tetapi daripada kondo sehingga ke office, bunga itu kelihatan di mana mana.
Bunga itu juga yang mengikat cinta Lisa sampai ke hari ini. Cinta kelam yang membuatkan maruah Lisa tercamapak di kaki lima. Hinanya kedudukan Lisa ketika itu.
Air matanya tanpa sedar mengalir laju di pipinya.
Lisa memandang sekeliling sampai duduk di atas kerusi empuk itu.
Di sisi meja tepi, ada banyak bunga kektus. Semuanya putih, dari sofa, langsir dan dinding pejabat. Lisa senyum sendiri, putih mendamaikan. Macam tahu je aku suka putih dan bunga lily, Lisa mengomel sendiri, seraya menyapu airmata dipipinya.
Di sudut bilik juga terdapat rak buku yang cantik, berwarna putih dan penuh dengan buku. Lisa berjalan perlahan ke rak itu. Buku motivasi kesukaannya juga ada di situ. Buku Ilmiah juga banyak. Hurmmmmm, Lisa kehairanan kerana mereka yang mengatur pejabatnya seperti tahu buku kesukaannya. Kebetulan apakah ini, Lisa bertanya di dalam hatinya.
Lisa seperti tidak sabar untuk menelaah buku buku tersebut.
Lisa melihat jam di tanganya, sudah pukul 11am, tiba tiba perut Lisa berbunyi. Dia baru teringat yang dia hanya minum milo pagi tadi. Lisa melangkah keluar dari biliknya.
“Guys, I nak jumpa u guys sekejap, masuk bilik I ya,” Lisa memandang mereka sekaligus. Tanpa melengah masa, mereka terus mencapai buku nota masing masing dan melangkah ke bilik Lisa.
Setelah mereka semua duduk di meja diskusi yang boleh memuatkan 10 orang itu, Lisa memulakan bicara dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Dari angka gaji yang tebal, dengan office design yang mendamaikan, dengan bilik sendiri yang lumayan hebat, dengan bunga lily yang segar, dengan library kecil yang mendamaikan, tidak ada satu pun yang membuatkan Lisa kusut, walaupun bunga lily itu memberi tamparan berbeza, tidak juga menjadi sebab untuk dia sedih.
“I harap kita boleh berkerjasama ya, I cepat belajar, jangan risau. I tengah tunggu my laptop, tapi boleh u guys cerita kat I apa project kita sekarang? Boleh jugak kita sembang sembang santai,” Lisa cuba meramahkan diri.
Staff yang paling hujung, nampak paling senior meminta izin untuk bercakap.
“Pertamanya Selamat datang kepada Cik Lisa. Kamu teruja untuk berkerja dengan Cik Lisa. Kami 5 orang ini ada department masing masing. Saya, Adibah di tugaskan untuk menjaga cooperate event yang perlukan sponsorship, biasanya event for mengumpul dana for Yayasan. Ahmad pula more to sponsorship atau biasiswa for local atau oversea student. Aniq pulak more to management, buat proposal paper for any event, Zika jaga Finance, any in and out duit, Zika yang akan get approval from Cik Lisa and CEO. Danish pulak more to Public merangkap PA to Cik Lisa. Danish yang akan sechedule kan semua masa Cik Lisa and make sure semua in place. Tugas Syahmi lagi penting, sebab semua kerja admin under Syahmi,” panjang lebar Adibah explain satu persatu.
Pekerja yang bernama Adibah untuk memandang Danish, sebagai isyarat untuk menyambung percakapannya.
“Project yang kita tengah siapkan sekarang adalah event dengan cooperate company, nak tolong Yayasan untuk membina sekolah tahfiz dekat Arau, Perlis. CEO dah signed proposal paper, dana dari Yayasan dah confirmed. Kita akan ada dinner untuk mengumpul dana from syarikat corporate. Insyallah dalam masa dua minggu nanti. Event dah confirmed dah. Later saya email to Cik Lisa ya”, Danish menerangkan satu persatu.
“Petang ni ada meeting dengan CEO nak update on the progress. Cik Lisa dengan saya kena jumpa CEO, pukul 4pm nanti,” tambah Danish lagi.
Jumpa CEO, Lisa terkejut dengan cerita Danish. Patutlah gajiku lumayan, Lisa berkata di dalam hatinya.
“You dah ada semua work progress ke? Copy kan I satu, let me study dulu. CEO tahu tak I masuk today? Bukan apa, sat lagi CEO terkejut pulak tengok siapa yang ikut you jumpa dia”, tanya Lisa sambil bergurau
“CEO tahu Cik Lisa. Last week CEO ada mention pasal Cik Lisa pada saya. Don’t worries, saya copy kat Cik Lisa satu,” kata Danish sambil tersenyum. Perkataan yang keluar dari mulut Danish satu persatu, sesuai dengan keberadaannya di Yayasan, menguruskan kerja penting pada imej syarikat.
“Okey, Thank semua. Kita bersurai sekarang. Adibah dengan Danish tinggal sekejap ya, saya nak discuss berkenaan event tu,” kata Lisa sambil mengucap terima kasih.
Lisa meneruskan discussion dengan 2 orang staffnya. Memgambil tahu berkenaan project dari A to Z, termasuk proposal paper yang telah di luluskan oleh CEO. Selepas puas hati dengan penjelasan mereka, Lisa mengambil satu salinan proposal paper untuk di teliti lagi.
Share this novel