Bab 6

Family Series 4898

Selepas waktu isyak Ammar membawa semua buku kerjanya dan Assigment pelajarnya ke meja panjang di ruang tamu..

"Encik Ammar nak chek Assigment ke?"aku teruja...Ammar hanya menganggukkan kepala...hiss sombong...

"Nama Medina Azzahrah bt Dato Daruss bagi markah lebih eh Encik Ammar..."Aku kenyit mata kepadanya bila dia memandangku...Ammar telan liur..pantas dia melarikan pandangannya.
Aku sengaja duduk di kerusi sebelahnya....

"Saya rasa lebih baik awak duduk kat sofa tu zara...tak manis pula kalau ibu nampak awak duduk rapat2 sebelah saya ni..."Ujar Ammar serius...dengan budak tak makan saman macam ni kena direct je sound!sedangkan tadi waktu makan pun berani bergesel kaki..inikan pula duduk sebelah2...entah apa dia nak gesel nanti!

"Duduk sebelah pun tak boleh ke?bukan buat apa pun!"balas ku sinis

"Jaga kelakuan awak zara,beradab dan bersopan sikit bila di rumah orang...orang tua awak tak ajar ke?"Ammar bersuara sinis...dia betul2 geram saat itu...

"Apa encik Ammar ni main sebut2 orang tua...saya tahu la saya ni sosial!"aku merengus kasar....jangan babitkan papa dan mama okey!

"Ikut suka awak la Zara...."balasnya acuh tak acuh..ciss..gaya macam malas nak layan aku...Tiba2 muncul mak Munah dengan dulang berisi air panas dan kuih karipap...

"Minum Am,Zara..."Pelawa mak munah..

"Terima kasih ibu.."aku memeluk mak munah spontan...Ammar memandangku kaget....Mak munah hanya tersengih...

"Sama2 zara..."rambutku di usap lembut oleh mak munah....sayu pula hatiku...

"Ibu nak menjahit sikit kat bawah...Zara kalau penat tidur awal ye..."Saja Mak munah memesan..mungkin sebab tak manis dara dan teruna berdua duaan...Aku hanya tersenyum...karipap di sumbat ke dalam mulut....aku masih setia duduk di sebelahnya memerhati...

"Tolong duduk jauh sikit..tak senang saya nak chek Assigment ni.."Ammar rimas bila di perhati sebegitu sekali.

Terus aku berganjak ke kerusi hujung...

"Kat sini boleh?"Soalku nakal..

Ammar memandangku..pantas aku kenyitkan mata beserta senyuman mengoda...laju saja dia larikan pandangan matanya...i like it.....malu2 kucing!Kalau lelaki lain..habis aku di rangkulnya...

"Ya Allah..lindungi lah diriku ini ya Allah...dari perkara yang tidak elok...."Doa Ammar di dalam hati...

"Oleh kerana Encik Ammar ni sombong plus tidak peramah..so saya masuk tidur dulu lah....so boring..."Ujarku terus masuk ke dalam bilik fatihah....bosan pula bila tidak di layan sembang...

Ammar menghela nafas lega...Alhamdulillah...

~~~~
Tepat jam 4 pagi perutku memulas mulas pula...entah aku tersalah makan apa pun aku tak tahu...sudah la hujan di luar rumah...

Tok..tok..tok..tok...

"Encik Ammar..bangun Encik Ammar!."jeritku...

Ammar membuka pintu bilik sambil mengosok matanya...

"Awak buat apa ni zara..pagi2 buta?"Soal Ammar separuh sedar...ngantok mata ni zara oii..da la tadi tido pukul 1 pagi...

"Saya nak buang air besar ni...macam mana ni?tandas da la kat luar...hujan pulaknya..."aku sudah tak tentu arah menahan perut...

"Marilah..saya kejutkan ibu.."

"Encik Ammar jelah temankan..."balasku laju..

"Tak manis sayang oii....kalau pun saya temankan..ibu pun harus berjaga....faham?"ujarnya terus berlalu ke dapur..mengejut ibu...aku mengeluh....erm..baru nak berdua duaan...

Oleh kerana hujan,ibu menyuruh Ammar yang menemaniku...pantas sekali aku senyum meleret...lagi2 kami berkongsi payung menuju ke tandas yang terletak di belakang rumah...Selesai semua urusanku...sekali lagi kami beriringan...kali ini dengan tidak sengaja aku hampir tergelincir..nasib Ammar sempat memaut tubuhku...habis baju ku basah separuh kerana payung yang di pegang ammar tersenget akibat memaut tubuhku...terasa ada kejutan elektrik bila tubuh kami bersatu....hampir2 aku ingin menciumnya...

"Awak okey tak ni?"Soal Ammar cuba mengelak...jantungnya berdegup laju ketika itu...

"Saya okey..tq.."Jawabku sambil menunduk..segan pula...

Terus kami masuk kedalam rumah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience