BAB 1

Romance Completed 14831

Suasana tenang di sebuah hospital di ibu negara bertukar cemas apabila mereka menerima laporan mengenai kemalangan ngeri yang berlaku tidak jauh dari penempatan para pesakit di situ. Beberapa buah ambulans dan juga beberapa orang petugas hospital mula bergerak ke tempat kejadian.

Para jururawat juga tidak menang tangan untuk menyediakan kelengkapan untuk menghadapi mangsa-mangsa yang dibawa ke hospital itu nanti. Harapan masing-masing agar tiada kehilangan jiwa yang berlaku. Perkara itulah yang kerap ditakuti mereka kerana setiap kejadian itu pasti akan memberi kesan yang besar terhadap petugas-petugas di hospital.

“Nurse, boleh saya tahu di mana wad Encik Kamil?”

“Tunggu sekejap ya, cik,” Jururawat di kaunter mula menaip sesuatu di keyboard komputer. “Encik Kamil bin Hassan?”

“Ya. Ada?”

“Wad Encik Kamil di hujung sana, di sebelah kanan.”

Jururawat muda itu menunjukkan ke arah wad orang yang dicari oleh seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan kaunter.

“Terima kasih, nurse,” ucap perempuan itu sambil memberikan senyuman sebelum berlalu ke wad yang dimaksudkan.

Jururawat itu membalas senyuman manis milik si bertubuh langsing itu. Gaya pelawat itu kelihatan loaded. Pasti dia dari keluarga orang berada. Pesakit yang dicari itu sendiri merupakan seorang yang berpengaruh besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience