Rate

Prolog

Mystery & Detective Series 659

Kedengaran suara seorang gadis yang berusia 14 tahun sedang bercakap di telefon.
"Baik, tuan saya akan buat penyamaran itu bersama kawan-kawan saya.Ada apa-apa nanti saya akan bagitahu tuan"Suaranya kedengaran begitu serius.
Suara di dalam telefon itu menjawab,
"Bagus.Apa-apa nanti kamu bagitahu saya.Jangan pergi berseorangan, bahaya.Selesaikan tugas ini,berkumpulan. "
"Baik,tuan"
Panggilan telefon pun ditamatkan.Dia menelefon rakan-rakannya.
"Assalamualaikum,Airin"
Suara di dalam telefon menjawab,
"Waalaikumussalam, Rissa.Ada apa call aku malam-malam ni?"
"Airin,aku nak kau panggil semua FIMADIZA, sekarang.Suruh diorang tunggu aku kat bilik mesyuarat.Pukul 11 malam ni.Pastikan tak lambat, walaupun seminit."
"Okey, Rissa."
Panggilan telah ditamatkan.
'Yeah, a new job!"hatinya bersorak gembira.
Dia mandi.Kemudian bersiap memakai hoodie berwarna hitam terdapat lambang FIMADIZA di tengah-tengah hoodie tersebut.Dia memasukkan tudung kedalam baju, lalu bersalam dengan emaknya.
"Assalamualaikum, mak.Rissa dapat job baru.Kena pergi vila mak."
"Laa baru 2 hari balik sini, harini nak balik sana dah?"ujar Puan Dahlia sambil menjawab salam tersebut di dalam hati.
"Haa'h.Betul kata mak kamu tu.Baru 2 hari duduk sini nak balik sana dah?", sampuk Encik Dahlan.
"Nak buat macam mana mak, ayah.Dah kerja kami kan macam kerja polis.Sekejap ada, sekejap takda.Takpa, minggu depan Rissa balik sini lagi erk?Rissa pergi dulu, Assalamualaikum"
"Hmmm yelah.Waalaikumussalam. Hati-hati tau, Rissa.Kerja kamu ni risiko tinggi macam kerja polis.", nasihat Puan Dahlia kepada anaknya.
"Jangan risau, mak.Nanti Rissa call eh.", ujar Farissa kepada mak dan ayahnya.
Dia memakai jaket motor, sarung tangan. dan helmet full face dan memecut laju menuju ke Vila FIMADIZA.Dia menelefon Irina Darwina atau Airin.Dia menggunakan bluetooth untuk menjawab telefon.
"Assalamualaikum, Airin.Suruh semua siap-siap.Lebih kurang 20 minit,aku sampai."
"Waalaikumussalam, Rissa.Okey.Aku suruh FIMADIZA yang lain bersiap."
"Ok.Cun.Assalamualaikum. "
"Hmmm.Waalaikumussalam. "Panggilan ditamatkan.
Motornya meluncur laju kejalan raya.'Aku akan pastikan job aku sempurna'ujarnya di dalam hati sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience