Rate

Bab 2

Mystery & Detective Series 659

Hari Isnin adalah hari pertama Fazura Adelia menjejakkan kaki ke sekolah barunya,'Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya'ujarnya di dalam hati.
Dia berjalan masuk ke dalam sekolah itu.Dia ingin duduk di tempat duduk awam berdekatan dengan pondok guard itu.Dia ingin menunggu rakan-rakannya yang lain.Iaitu Iryani Dania, Nur Aimi Mastura, Nurul Arissa Darwisya, Dania Qistina, Izzara Nafeesah, Nurul Zulaikha Safina dan Nur Adeena Balqis.Memang ramai rakan karibnya yang sama sekolah dengannya.
Dia berfikir sambil berjalan ke kerusi berdekatan dengan pondok guard itu.Tidak sampai 1 minit dia melabuhkan punggung, tiba-tiba kerusi itu ditendang oleh seorang lelaki yang lagaknya seperti samseng sekolah.
Nasib baik dia sempat mengimbangkan badannya,jika tidak,pasti dia akan terjatuh seperti nangka.Darah menyerbu naik ke mukanya.Mukanya merah kerana marah.Fazura mencekak kolar baju sekolah lelaki itu dan menumbuk muka lelaki itu.Dia sempat membaca tag nama lelaki itu,'Megat Areeq Haseef.Hmm nama sedap tapi sayang perangai macam babi hutan.Asal nampak orang yang tak dikenali terus dia nak tanduk,'Fazura mengutuk lelaki itu di dalam hati.Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu'Hah.padan muka.'hatinya mengejek lelaki tersebut.
Muka Megat Areeq Haseef kelihatan merah.Menahan malu dan geram.Mahunya dia tak geram.Selama dia bersekolah di situ tak pernah lagi dia dimalukan sebegitu.Dahlah kena tumbuk depan ramai orang lepastu kena tumbuk dengan seorang gadis pula tu.SEORANG GADIS kot!!!! Perghh..Malu gila!Kawanya yang lain pula kelihatan terkebil-kebil melihat adegan drama sinetron 1 minit itu.
Tanpa mengucap apa-apa Fazura pergi kepada rakan-rakannya yang baru sampai itu.
"Lia, apa yang kau buat dekat mamat tu? Apasal dia jatuh? Apasal semua orang macam terkejut je tengok kau dengan dia?" tanya Izzara Nafeesah ataupun Zara.
Fazura pun ceritalah apa yang berlaku sebentar tadi.
Semua rakan-rakannya ketawa sehingga mereka sampai di hadapan kelas tingkatan 2 Perdana.Mereka dikenalkan dihadapan semua yang berada di dalam kelas itu.Kemudian mereka belajar seperti biasa.Sewaktu balik mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah masing-masing.

Di Sekolah Menengah Seberang Jaya, Megat Areeq Haseef, Nik Emeriz Lufias, Ammar Aryan, Khairy Rayyan Haikal,Tengku Iqram Hafiz,Syed Asyraf Shah, Nik Muhammad Furqan, Megat Aaron Rykarl dan Adam Alexander berkumpul di belakang sekolah selepas habis sekolah.Mereka sememangnya terkenal di sekolah itu kerana perangai samseng, kumpulan kaya dan kerana kekacakkan mereka.
Mereka ingin membalas dendam kerana telah dimalukan dihadapan ramai orang sewaktu pagi tadi.Jadi mereka sedang berfikir bagaimana ingin membalas dendam itu terhadap budak perempuan yang telah memalukan mereka.
"Wei, apa kata kita ajak diorang berlawan?"
cadang Nik Emeriz Lufias ataupun Nel.
"Ok gak tu.Macam mana, Seef? Okey tak?"tanya Khairy Rayyan Haikal atapun Khai.Seef pula adalah nama panggilan untuk Megat Areeq Haseef.
"Aku ok je tapi aku tak nak ajak.So,siapa yang nak ajak?"tanya Haseef kembali.
"Apa kata kita suruh Alex je,"cadang Tengku Iqram Hafiz ataupun Am.Alex panggilan kepada Adam Alexander.
serentak dengan tu, semua memandang ke arah Alex sambil tersenyum penuh makna.
"No, no, no and no.Jangan suruh aku pergi ajak diorang .Aku dah serik kena ejek romeo pasal kena ajak budak tu lawan punya pasallah sampai sekarang aku kena ejek," Alex membangkang.
"Alaa..Bukan salah kitorang yang kau kena ejek tu.Kaulah, kami suruh tulis surat and then letak bawah meja perempuan tu,bukannya ajak dia face to face.So,apa pun yang jadi,kau kena ajak diorang.Pakai surat! paham tak?"tanya Khai.
"Fine!! Huhh,"keluh Alex.'Aduhh..Macam mana ni?! Aku bukannya tahu pun kat mana meja budak kecik tu!'keluh hati Alex.
"Tapi aku tak tau kat mana meja diorang,"ujar Alex lagi.
"Takpe.Aku tahu kat mana meja budak yang tumbuk muka kau tu,"sampuk Syed Asyraf Shah atau Aisy.
"Kat mana!"tanya Alex dengan teruja.
"Jawapannya...Kat sini,"sambil menunjukkan kearah lubang hidungnya sebelum ketawa seperti bapak gorilla.Serentak satu tangan menumbuk perutnya.
"Aduhhhh!! Sakitlah bongok!"marah Aisy.
"Padan muka! Aku serius, kau boleh main-main" ujar Alex sambil menjelirkan lidah.
"Dahlah korang ni.Macam anjing dengan kucing! Hishh.Aku suruh cari meja perempuan tu, korang pulak...Haihhh,"Ujar Nel.Pening dia dibuatnya.Macam budak 2 bulan! 'Padahal dah 14 tahun dah pun!'ujar Nel dalam hati.
"Hah! Apa kata kita check semua kelas tingkatan 2!!!!,"kata Haseef dengan riak dan suara yang teruja.
tiba-tiba....
"OH MAK AKU MASUK TINGKATAN 2!!!," terkejut semua yang berada di situ.Rupa -rupanya, mak cik cleaner yang tengah sapu sampah terkejut pasal suara Haseef tadi.
"Alamak..LARI!!,"serentak tu semua bangun cabut lari sambil tergelak-gelak.
"Hahaha...Lawak siot.Apalah kau ni Seef.Yang kau menjerit tu apehal,"marah Nik Muhammad Furqan atau A'an.
"Bukannya aku saja nak menjerit, cuma aku teruja pasal aku punya idea tu,"ujar Haseef membela dirinya.
"Jap...Apa tah kau punya idea tadi, aku lupalah...,"ujar Megat Aaron Rykarl atau Aaron.
"Aku dah agak dah.Mesti kau tak dengar,waktu aku cakap tadi, kau tenung lembu Pak Mail tu macam boleh bertukar jadi pari-pari kayangan.Peliklah kau ni.Aaron yang aku kenal, tak suka fikir sangat melainkan benda tu sangat-sangat urgent.Apa yang urgent sangat tu? Nak share tak? Lagipun kitorangkan kawan karib kau?,"tanya Haseef,serentak itu semua mengangguk setuju.
"Entahlah aku pun tak tahu..Aku rasa macam kenallah semua budak perempuan tu..Tapi aku tak ingat siapa diorang tu..Huhh,"keluh Aaron.
"Haa'h...Aku pun sama.Sebab tulah, waktu Haseef kena tumbuk tu,aku macam terkejut.Pasal aku rasa macam kenal diorang tu, sapa,"ujar Khai.
'Siapa korang sebenarnya?'tanya Haseef didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience