Rate

Bab 2

Fantasy Series 367

"Oh?Inilah Valleria yang kamu cakapkan haritu?"Soal Madam Fairana pura-pura gembira padahal dia tidak mahu beriak sedemikian tapi sekadar hanya mengambil hati Maria.Cawan yang berisi air tea di atas meja restoran itu diambil lalu hirup.Pandangan Madam Fairana jatuh pada kedua belah mata Valleria.Hijau dan biru?Tidak pernah sebelum ini dia melihat warna mata seperti itu.

"Haah,inilah Valleria yang saya ceritakan dekat Auntie Fairana haritu,cantik tak orangnya?"Soal Maria gembira tanpa menyedari riak sebenar Madam Fairana.

Valleria yang berada disebelah Maria memandang kedua manusia dihadapannya itu.Dia tahu apa yang difikirkan oleh Madam Fairana tentangnya.

"Ya cantik seperti yang Maria cakap dekat auntie haritu"Madam Fairana tersenyum kepada Maria.Dia melirik pada Valleria.Riak gadis itu tidak menunjukkan apa-apa.Kosong.Madam Fairana sedikit terkejut namun dia kawal reaksinya sebaik mungkin.Gadis itu memandang diluar tingkap restoran.Dia juga hairan dengan rambut berwarna hitam gadis itu.Sebelum ini dia tidak pernah melihat rambut mana-mana wanita seperti itu.Kemungkinan gadis itu bukan calang-calang orang yang dia gambarkan sebelum ini.Jaket hitam yang tersarung ditubuh gadis itu juga menggambarkan yang dia adalah pemburu vampire kerana ada lambang anak panah menusuk seekor kelawar.Dia sudah diberitahu akan hal itu.

"Auntie Fairana?"Madam Fairana tersentak apabila Maria memanggil namanya berkali-kali.Sedangkan dia leka melihat wajah Valleria yang tidak dapat dinafikan ianya cantik dan menawan.Cuma reaksi sahaja yang kosong seolah-olah tiada perasaan.Satu soalan berlegar-legar di dalam kepalanya.Siapakah Valleria yang sebenarnya?

"Umm...Maria,Auntie rasa dah lewat sangat ni,apa kata kamu balik dulu"Cadang Madam Fairana.Memang benar sudah 2 jam mereka berbual kosong di dalam restoran itu sehingga mahu senja.

"Eh!Takpelah Auntie,Maria tumpang mana-mana tempat penginapan je la"Tolak Maria.Dia memadang Valleria yang dari tadi diam tidak berkata apa-apa disebelahnya.

"Bolehkan Vell?"Soal Maria.Matanya bersinar-sinar mengharapkan persetujuan dari Valleria namun hampa.Valleria hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju.

"Aku balik,kau tinggal"Jawab Valleria.Madam Fairana dihadapan hanya mendengar perbualan mereka berdua.

"Tapi Vell...aku.."Walau apapun alasan yang diberi oleh Maria,Valleria tidak akan memberi persetujuan kerana dia ada banyak perkara yang perlu dilakukan.Reaksi Maria jelas kecewa.Dia hanya mengangguk perlahan-lahan.

Valleria bangun lalu berkata.

"Saya balik dulu Madam Fairana,Maria"Setelah berkata sedemikian,Valleria mengambil pisau memburu MUELA nya lalu disangkut ditepi pinggang seluarnya.Dia berjalan keluar dari restoran itu tanpa menoleh.Hari semakin senja,manusia di Kota Erf juga semakin berkurangan.Tanpa membuang masa dia melajukan langkahnya.Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu aura yang lalu disebelahnya.

Valleria mahu menoleh tetapi akalnya melarang.Dia mula berlari meninggalkan kota itu menuju ke rumah agam Marquis Pedro.

"Well...I dah jumpa you akhirnya..Puteri Valleria Vytrus.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience