Rate

Bab 1

Fantasy Series 367

"Vell!Kau dah siap ke?"Soal Maria menoleh ke arah seorang gadis yang sedang mengemas bajunya.Nama sebenar gadis itu adalah Valleria Vytrus.Dia tidak mengenali gadis itu dengan lebih dalam kerana apabila ditanya soal latar belakangnya,gadis itu akan diam dan tidak bersuara.Maria hanya tahu nama dan umurnya sahaja.Tetapi yang lebih membuatkan Maria hairan dan tertanya tanya adalah warna rambut gadis itu dan matanya.Warna rambut Valleria adalah hitam,sangat berbeza dengan manusia biasa.

Pernah sekali dia terserempak dengan gadis itu pada waktu tengah malam.Gadis itu sedang duduk di atas jendela biliknya.Secara tidak sengaja dia mengintai Valleria,dia terpijak sehelai daun hijau yang berada di atas lantai luar pintu bilik Valleria.Pada masa yang sama pintu bilik gadis itu terbuka separuh.Apabila dia terpijak daun tersebut serta merta menghasilkan bunyi yang agak perlahan tetapi dapat didengari oleh gadis itu.Valleria menoleh dan pada masa itulah Maria terperasan mata gadis itu bewarna merah.Valleria hanya diam dan tidak berkata apa apa dan kembali menoleh ke luar jendela.Maria berdebar debar pada mulanya.

Tapi apabila melihat Valleria menoleh semula,dia berasa lega semula.Dia tidak boleh meneka sama ada Valleria adalah vampire ataupun manusia.Lebih-lebih lagi separuh manusia dan separuh vampire.Persoalannya kalau Valleria adalah vampire,mengapa dia bekerja sebagai pemburu vampire?Bagi Maria itu adalah tidak masuk dek akal lansung.Gigi taring Valleria juga dia tidak nampak kerana pada masa itu gadis itu tidak berkata apa apa.Ianya mustahil sama sekali.

"Maria.."

Panggilan dari Valleria menyentak lamunan Maria.Dia menggelabah melihat Valleria dihadapannya bersama bag roda ditangan.Mata kiri Valleria berwarna hijau manakala kanan pula biru.Kadang-kadang kedua belah mata gadis itu boleh berubah hijau atau biru.Dia juga hairan tentang itu.

"Ah?Vell?Kau dah siap ke?"Soal Maria pura-pura tenang.

"Hmm..dah"Balas Valleria dua patah.

"Hah?Tunggu apa lagi,jom kita pergi jumpa Madam Fairana cepat!"Maria menarik tangan Valleria keluar dari rumah agam itu menaiki sebuah kereta kuda yang disediakan khas dari Madam Fairana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience