Bab 20

Romance Completed 1278903

Syed Arman merenung kosong bunga lily di biliknya. Tangannya memegang buku yang di tinggal Nurlisa tadi. Sedari tadi dia tertanya tanya kenapa bunga lily, tidak bunga lain? Dia cuba merenung bunga lily di depannya. Cantik tapi dia tidak merasa apa apa related to bunga lily.
Syed Arman cuba memejam mata. Cuba ingatkan kembali mimpi dia yang terakhir. Di dalam mimpi itu, gadis itu terperosok di bucu bilik tu menangis. Rambutnya panjang, tapi kusut dan menutupi sebahagian mukanya. Ada darah di dahinya. Tiada suara kedengaran dari gadis itu, cuma tangannya mengigil meminta simpati. Setiap kali dia ingin menolong gadis tersebut, kakinya terikat, kepalanya sakit.
Apabila terlalu memikirkan gadis itu, kepalanya sakit. Kerana rambut yang menutupi separuh muka gadis itu, dia tidak dapat melihat keseluruhan wajah gadis itu. Syed Arman berharap mimpi itu akan datang lagi.
Mimpi itu biarlah bersama mimpi yang terbaru tentang gadis yang memegang bunga lily itu.
‘Begitu besar teka teki yang Allah berikan padanya’ Syed Arman mengeluh perlahan.
Buku pemberian Nurlisa di belek perlahan. Matanya tertacap kepaa tulisan yang muka surat yang pertama. Cantik tulisannya, detik Syed Arman.
‘Setiap permulaan, akan ada pengakhiran. Happy Ending, Insyallah’ itu yang tertulis.
Itu yang tertulis
Syed Arman terkesan dengan tulisan tersebut. Dia seperti pernah membaca ayat tersebut, tapi tidak tahu di mana. Tulisan itu juga seperti pernah di lihat, tapi dia tidak pasti. Mungkin tulisan Nurlisa terlalu biasa di lihat. Mungkin dia pernah melihatnya di café buku di Damsansara. Satu satunya café buku yang sangat di sukainya. Tempat yang damai, sunyi dan mengundang rasa untuk membaca.
Coffee di café buku itu juga menjadi sebutan di setiap pengunjungnya. Sedap dan merasa damai apabila mencium aromanya.
‘Siapa Nurlisa, kenapa dia boleh pengsan meilihat aku? Kenapa dia melihat aku seperti sesuatu’ Syed Arman tertanya tanya kepada dirinya sendiri
Syed Arman mencapai teleponnya dan mendail nombor Syed Adam. Abangnya pasti boleh menolong aku mencari maklumat tentang Nurlisa.
“Abang, kalau aku nak tengok profile staff aku, boleh kau tolong tak? Aku tak nak tanya Megat, nanti dia salah sangka pulak,” suara Syed Arman perlahan di telinga abangnya.
Syed Adam tersenyum, dia pasti Syed Arman maksudkan adalah profile Nurlisa. Siapa sahaja tidak terpikat dengan Nurlisa. Malah dia sendiri pernah memandang Nurlisa dengan penuh minat.
“Kamu boleh access HR systems using your staff number. Semua staff under your pillar boleh tengok. Password refer kat email kamu, rasanya IT dah hantar. Itu standard process for new staff,” terang abangnya
“Patutnya first day kerja, kena get all info about work, bukanlah cari makwe pulak. Atau hati dah tergoda lah tu,” usik Syed Adam sambil tersenyum. Sudah lama adiknya tidak teruja dengan perempuan, ini kali pertama selepas adiknya sedar dari koma. Sebelum ini adiknya takut dengan perempuan, sangat berhati hati.
Ketika Sakinah, iaitu jodoh aturan keluarga bertanya status mereka, Syed Arman dengan pantas menjawab yang dia tidak akan memberi komitment kepada sesiapa selagi mimpinya tidak terungkai. Sebab itulah Sakinah membuat keputusan untuk sambung belajar. Sebenarnya Sakinah ingin melarikan diri daripada Syed Arman. Syed Adam pasti itu.
Syed Arman pantas membuka laptopnya dan membuka access kepada systems HR. Tanpa banyak click, dia menjumpai profile Nurlisa. Alamat tempat tinggal adalah Johor Baharu dan belajar juga di Johor. Hobinya membaca dan menulis. Semuanya tertulis Johor.
Seperti yang MakZah beritahu, connection Syed Arman cuma mereka yang berada di England, Arau and KL. Tiada Johor di dalam cerita Syed Arman. Syed Arman mengeluh perlahan, maknanya bukan Nurlisa di dalam mimpinya. Bukan Nurlisa juga yang memegang bunga lily itu. Gadis di dalam mimpi tidak bertudung, tapi Nurlisa manis bertudung.
‘Pasti bukan Nurlisa’ detik Syed Arman
‘Jangan putus asa, one day pasti aku jumpa siapa dia’ omel Syed Arman sendiri.
Syed Arman sempat copy contact number Nurlisa daripada profile itu. Dia harus ada contact number Nurlisa untuk tujuan kerja. Dia tersenyum lagi
‘Tujuan kerja la sangat’ bibirnya murah dengan senyuman

Di kondo tingkat 30 itu, Nurlisa terjaga dari lenanya yang panjang. Melihat jam di dinding biliknya itu, jarum menunjukkan tepat pukul 4 petang. Nurlisa bingkas bangun, dia harus selesaikan urusan dia dengan Allah terlebih dahulu. Kunci kebangkitan Nurlisa juga adalah kerana taat kepada Penciptanya.
Usai menunaikan solat zohor, Nurlisa kembali ke katilnya. Nurlisa merasanya jiwanya sedikit santai, dadanya tidak terlalu laju mengepam apabila teringat Syed Arman.
Syed Arman yang seksi itu. Lelaki yang Nurlisa tergila gila sekian lama. Lelaki yang Nurlisa serahkan segala galanya, tidak tinggal satu pun. Nurlisa masih teringat bau badan dan bibir Syed Arman sebentar tadi. Bibir seksi itu suatu ketika dulu pernah membuatkan dia hampir gila, bukan hampir, memang sudah gila.
Nurlisa mencapai telepon apabila mendengar appliaksi whatapps berbunyi menandakan message baru masuk. Sambil baring Nurlisa mencapai telepon.
Apabila membaca textnya, badannya bertindak cepat, dia bingkas bangun dari pembaringannya. Airmatanya mengalir laju, sungguh murah air matanya sekarang.
“Jangan lupa makan ubat,” itu bunyi text tersebut dan dia pasti text itu datang daripada Syed Arman. Bagaimana Syed Arman mendapat numbernya tidak menjadi masalah kerana lambat laun pasti mereka akan tahu number telepon.
Nurlisa memandang telepon itu sepi, tidak tahu bagaimana untuk mengambarkan rasanya. Sedih? Allah sahaja yang tahu sebesar mana kesedihan itu. Happy? Nurlisa tidak pasti, sekian lama dia menunggu, jiwa rindunya tidak dapat di gambarkan. Bukan dia tidak ingat betapa dia benci kepada Syed Arman, rasa benci itu dia pupuk selama 5 tahun, Nurlisa hairan kerana rasa benci itu tidak sebati. Malah tidak pernah sebati.
Text yang kedua kedengaran lagi
“I dah minta Danish book your time for meeting after you back from mc. Later Danish will call you. We need to confirm a few tasks for event this weekend. But don’t worries, almost 90% already in place. Get well soon Lily”, itu yang tertulis dan Nurlisa membaca dengan linangan air mata.
Lily?
Lily?
‘Dia panggil aku lily? Maksudnya dia ingat aku?’ Dada Nurlisa berdegup kencang. Dia bingkas bangun dan melangkah ke tingkap biliknya. Suasana malam di Kuala Lumpur di tenung sepi. Air matanya masih laju membasahi pipinya. Kehairanan demi kehairanan menerjah jiwanya.
‘Kalau kenal aku, kenapa dia berlakun tidak kenal, kenapa mata dia tidak tajam seperti dulu, atau dia malu kenal aku?’ Nurlisa tercakap sendiri.
‘Perlu ke aku membalas textnya, dia tahu aku baca text dia. Atau aku buat tak kisah’ Nurlisa bermonolog dengan dirinya sendiri. Seperti biasa kalau dengan Syed Arman, Nurlisa akan melupakan jati dirinya. Dia akan senang berserah apa sahaja, itu sisi bodoh dirinya.
Dalam bermonolog yang belum selesai, tangan Nurlisa tanpa sedar meniap sesuatu dia teleponnya. Seperti biasa, perlakuan dia tidak selari dengan tanganya.
“Insyallah esok I masuk office. Thanks” ayat yang simple tu memberi seribu makna kepada kepada Nurlisa.
Esok dia berkira kira untuk melihat lagi lakunan Syed Arman. Dia berjanji tidak akan memulakan langkah sekali Syed Arman tidak membuka jalan. Biarlah hatinya meronta ronta ingin menanyakan seribu soalan, tetapi dia berazam menyimpan sedikit maruahnya. Kalau tidak banyak, biarlah sedikit tinggal untuk dirinya.
WhatsApp masuk lagi
‘No no no, tomorrow you rest. See you on Wed. Rest well Lily’ nama bunga itu di sebut lagi.
Mata Nurlisa melihat aplikasi whatsapp itu berkali kali. Cuba mencari makna di sebalik nama bunga itu. Sebolehnya dia tidak mahu ingat tentang keberkesanan bunga itu kepada kisah hidupnya. Walaupun bunga itu tidak mungkin boleh lepas daripada ingatannya, tetapi kisah sedih tentang bunga itu dia semahu mahu melupakan.
Belum sempat Nurlisa membalas WhatsApp itu, satu lagi text masuk, kebetulan Nurlisa ‘online’ and blue tick terus terbentuk. Alahai..Nurlisa mengeleng kepala.
‘ On Wed nanti, I ambik you kat kondo ya, kita kena pergi butik pepagi, nak carikan baju for us. We both akan jadi tuan rumah, we need look gojes la kan? Danish dah carikan butik tu, nanti kita pergi fitting jer, see u yeah’ panjang lebar, sangat panjang, nak baca satu nafas pun susah.
‘Aku, baju, fitting’ Nurlisa hampir gila, gila dengan terjahan daripada Syed Arman
‘Bagaimana harus aku membalas kepada text ini? , Nurlisa lemas, lemas dengan semua pertanyaan yang bertandang di dalam hatinya.
Siapa Syed Arman sebenarnya?
Kenapa dia pura pura tidak kenal aku?
Kenapa wajah dia tak sama dengan CEO, adik beradik patut muka sama?
Tapi Nurlisa pasti Syed Arman di pejabat itu adalah Syed Arman yang dia gila gilakan dulu. Sebab berpaksikan bau perfume itu, suara garau itu, bibir itu, dada seksi itu dan banyak lagi. Banyak lagi bukti yang mereka adalah orang yang sama.
Tangan Nurlisa mula menaip sesuatu di screen telepon itu.
‘Maaf, I pakai my baju kurung nanti. I dah beli that day’ jawab Nurlisa ringkas. Tanpa menunggu balasan daripada Syed Arman, Nurlisa mendail number Melissa. Dia harus meluahkan supaya sesak di dadanya berkurangan.
Tidak sampai 2 deringan, kakak iparnya menjawab panggilannya. Nurlisa pastinya Melissa masih berada di pejabatnya.
“Kaklong, Lisa sakit dada, sakit sangat”, tutur Nurlisa tanpa sempat memberi salam. Airmatanya terus mengalir deras. Dia teresak esak.
“What happened sayang, something wrong, adik jangan buat kaklong takut,” kedengaran suara risau Melissa.
“Adik ok tak? Nak kaklong pergi KL?” Melissa pasti ada sesuatu yang berlaku. Dia jelas mendengar esakan Nurlisa di hujung talian itu.
5 tahun dulu, dia lah yang menjaga Nurlisa tanpa pernah Lelah. Dia juga yang mencarikan doctor yang terkenal untuk merawat Nurlisa. Dia jugalah menyewa rumah di tepi pantai, memastikan Nurlisa di jaga pembantu 24/7. Dia jugalah yang memastikan jiwa Nurlisa terubat dengan berbagai bentuk terapi.
Melihat Nurlisa yang sekarang, dia sangat gembira, sangat sangat.
Tapi sekarang dia terasa sangat sakit apabila mendengar suara tangisan sayu Nurlisa.
Apabila suara esakan beransur hilang, Melissa bertanya lagi.
“adik sakit dada macam dulu ke? Sakit rasa macam nak pitam ke? Adik berpeluh tak? Cakap satu satu atau kaklong call Dr kat KL ya…” suara cemas Melissa tidak boleh hilang.
Lama lama suara Nurlisa kedengaran.
“Adik ok, tapi adik rasa macam lemas kaklong. Adik takut nak tempuh masa depan, adik takut adik kalah dengan cerita lama. Adik tak sanggup makan ubat macam dulu dah,” esakan Nurlisa bersisa. Derita makan ubat dulu hanya dia sahaja yang tahu.
Nurlisa berkata lagi.
“Kaklong, adik kena kuat kan? Kaklong jangan cakap dengan abang, Adik janji adik akan bangkit semula. Adik akan lawan sakit adik, adik janji. Kaklong jangan risau,” Nurlisa tidak sanggup mendengar suara Melissa risau, panik dan bimbang tentang keadaan dirinya.
“Macam tu lah adik kakak, Abang Long, kaklong dan Eiman perlukan adik. Adik kena kuat. Jangan lemah,” sambung Melissa memberi kata kata semangat. Dia sangat sayangkan Melissa.
Entah kenapa, Nurlisa dapat merasakan Melissa adalah sumber kekuatannya. Dapat bercakap dengan Melissa membuat dia sedar, resahnya boleh melantung keluar, lega dan rasa tenang.
Setelah berborak dan bertanya khabar Eiman, Nurlisa menamatkan panggilan dan menyambung rehatnya. Nurlisa berjanji untuk terus kuat demi masa depannya.
Nurlisa offkan teleponnya. Dia tidak berhajat untuk membaca atau membalas text daripada Syed Arman.
Dia ingin melihat sejauh mana onar Syed Arman.
Bersambung…
Kau suka sangat dengan bunga lily tu ya? Nanti aku belikan satu lori bunga lily untuk kau. Mulai sekarang, nama kau Lily, memandangkan aku tak nak ingat pun nama betul kau – Syed Arman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience