Chapter 5

Romance Series 2676

"Ibu, Lia nak keluar dengan Wani dan Arissa ni, "
"Pergi mana? "
"Release tension lepas exam hehe, "
"Baiklah, hati-hati, "

Pipi gebu ibuku, aku cium setelah bersalaman. Aku menuju ke kereta Alza hitam milik Arissa.

"Firstly, kita pergi tengok wayang dulu. Next, makan McD. Pastu... " belum sempat Arissa menghabiskan ayatnya, Wani menyampuk.
"Bookstore,please. Then, kita makan Subway. Dah lama teringin, "
"Berapa banyak kali kau nak makan, Wani? " soalku.
"Sampai perut hilang, "
Jawapan Wani membuatkan kereta riuh seketika. Wani memang seorang yang kuat makan. Oleh sebab itulah badannya sedikit gempal. Namun, kulitnya putih dan flawless. Memang cantik.

"Dah sampai!! " jerit Arissa riang.

Aku dan Wani berbual sementara menunggu Arissa membeli tiket wayang.

"Lia, Aku nak bagitahu ni. Tapi malu la, "
"Zaman bila malu dengan aku ni? "
"Uhmm
.Aku... "
"Kau? "
"Aku dah jatuh cinta.. "
"Waaahhhhh!!! Dengan sape? "

Berita Wani kali ini agak menggembirakan aku. Wani tidak mudah jatuh cinta kerana dia sukar mempercayai lelaki.

"Dengan.... " baru saja excited nak tahu jawapan, Arissa menepuk bahu Wani.
"Jom, " ajaknya.

~~~~~~~~~~

Tempat duduk belakang sekali sentiasa menjadi pilihan kami apabila tengok wayang. Nasib aku tidak berapa baik kali ini kerana orang yang duduk di sebelah aku ialah lelaki.

Sedang khusyuk menonton filem, perhatian aku diganggu oleh cahaya telefon pintar lelaki di sebelah aku. Come on la. Takkan dia tak tahu yang apa dia buat boleh ganggu orang lain. Benda basic kot. Aku berdehem berkali-kali tanda marah. Dia tidak memperdulikan isyarat aku.

Tiba-tiba telefonnya jatuh di tepi kaki kiri aku. Puas hati aku. Kalau diikutkan nak je aku sepak, tapi aku mengambil keputusan untuk ambil dan berikan semula kepada pemiliknya.

"Nah, "
"Thank you, "
"Lain kali dalam tempat wayang jangan main telefon. Awak mengganggu orang lain, "
"Baik, Cik Stalker, "
Mataku membulat terkejut. S-Siapa lelaki ini? Suasana gelap membuatkan aku sukar melihat wajahnya dengan jelas. Hatiku terus tidak tenteram. Syarif ke? Tapi suara Syarif macam lagi kasar dari yang ini. Siapa dia ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience