Chapter 4

Romance Series 2676

Ibu meminta aku untuk menemaninya ke rumah rakan karibnya. Fuhhh!! Memang malas la aku nak hadap mulut makcik-makcik ni. Ini bukan pertama kali aku ikut ibu jumpa rakan-rakannya. Macam-macam cerita gosip makcik-makcik ni. Namun apakan daya, aku tak nak jadi anak derhaka. Aku ikut saja permintaan ibuku itu.

Setibanya di rumah itu, aku kagum. Mulutku ternganga. Tidak pernah aku fikir yang ibu ada rakan karib sekaya ini. Rumah banglonya besar dan mewah. Halaman rumahnya luas. Memang bagaikan rumah impian. Berdebar-debar jantungku setelah dijemput masuk oleh seorang wanita.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamunya selepas bersalaman dengan wanita tadi. Wanita itu terus memperkenalkan dirinya. Datin Marziah menceritakan padaku bahawa dia sudah lama berkawan dengan ibuku. Dari sekolah rendah lagi. Namun, selepas sekolah menengah, mereka mengikut haluan masing-masing dan tidak berhubung antara satu sama lain. Sehingga lah mereka bersua secara tidak sengaja di pejabat pos. Aku hanya mengangguk faham.

Setelah panjang lebar berceloteh, tiba-tiba muncul satu suara yang tidak asing bagiku.

"Ma, Syaf keluar dulu, "

Lantas aku memandang pemilik suara. Seperti yang aku sangkakan. SYARIF!
Syarif menoleh ke arahku. Aku tersipu seketika.

"Apa stalker ni buat kat sini? " soalnya selamba.
"Syaf, kenal dia ke? " balas ibunya.
"Maybe. She is a moron, a pervert stalker, "

Babun dia cakap macam tu depan mak dia. Jatuh air muka aku ni. Aku cuma mampu menahan marah dan malu. Aku memandang ibuku yang sedang menggelengkan kepalanya sambil memandang tajam arahku. Datin Marziah hanya ketawa melihat keadaan itu.

"Come here, dear"
"For what? Syaf nak keluar lah ma, "
Datin Marziah berdiri lalu memeluk erat lengan anaknya itu.
"Let's have a talk together, "

Syaf mencebik namun dia tidak membantah kehendak ibunya itu.
Datin terus bercerita panjang tentang anak tunggalnya itu. Ibuku juga tidak mahu mengalah menceritakan tentang aku. Ada saja yang ibu nak ungkit pasal kisah hidup aku semasa Datin cerita tentang Syarif.

"Ma, I'm sorry but I really need to go. Syaf dah janji nak jumpa dorang ni, " minta Syarif.
"Haih, yelah" keluh Datin Marziah.
Syarif terus hilang dari pandangan setelah mencium tangan ibunya.

"Dah ada calon ke? "
Soalan ibuku itu memeranjatkan aku. Amboi ibu ini.
"Ye dah ada, " jawab Datin.
Entah kenapa jawapan Datin sedikit mengecewakan aku. Benarlah kisah novel hanyalah khayalan. Ibu hanya mengangguk kekok.
"This girl lah, " tambah Datin sambil mengusap lenganku. Ibu tersenyum lebar. Wait. Adakah Datin maksudkan aku calonnya? Jantungku berdegup laju. Apa ni?!! Janganlah bergurau macam ni. Aku dah berharap pulak.

"Mar,kami minta diri dulu lah, "
"Eh, dah nak balik ke? "
"Ya, banyak lagi kerja kena siapkan, "
"Kalau ada masa datang lah lagi, "
"Insyaallah "

Setelah bersalaman, kami pun bergerak pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience