Rate

Bab 1

Romance Series 5246

" Tapi mengapa?!" Maylisha tidak mampu menahan air matanya. Air yang lama bergenang di matanya mulai gugur.
'Sampai hati awak putuskan hubungan kita...'

" Sudahlah Nana, buat apa lagi nak simpan mamat yang tak sedar diuntung macam dia itu." Patricia cuba menenangkan sahabat baiknya. Dia tahu yang sahabat karibnya amat mencintai lelaki itu. Maxwell! Lelaki pertama yang mewujudkan perasaan cinta dalam diri Maylisha serta perasaan benci juga.

'Aku tak percayakan mana-mana lelaki lagi selepas ini. Semuanya sama saja! Dayus!'

Manusia yang digelar lelaki dianggapnya seperti pengecut. Hanya tahu membuat perempuan menangis sahaja. Fikiran Maylisha mulai kusut. Memikirkan lelaki yang dahulunya dianggap mampu beri kebahagiaan kepadanya, tetapi rupa-rupanya lelaki yang bermahkotakan cemburu buta di dalam hati. Cetek sungguh pemikiran orang lelaki ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience