Rate

Bab 2

Romance Series 5246

* setahun kemudian

"Semua pelajar tingkatan 1 diminta senyap!" Suara garau En. Lu, guru kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Julau. Maylisha yang sedang membaca buku, tersentak apabila mendengar suara guru kaunseling itu.

Hari itu adalah hari pertama Maylisha menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Namun perasaannya pada masa itu tidaklah teruja sangat kerana dia sudah terbiasa dengan sekolah itu sejak dari kecil lagi. Ibunya seorang Penolong Kanan Pentadbiran di sekolah itu. Tidak hairanlah dia lebih banyak mengenali latar belakang sekolah itu terlebih dahulu.

Matanya yang meliar tadi tiba-tiba terpaku melihat seorang lelaki berpakaian t-shirt ungu yang lebih dikenali berjawatan Pembimbing Rakan Sebaya. Susuk tubuh dan wajahnya memang Maylisha kenali sejak dari dulu lagi. 'Dia taklah tinggi sangat, tak juga pendek sangat. Tapi dia comel.' hatinya mula berbisik.

" Hoi apa kau pandang tu?!" Mata Maylisha yang tertumpu pada lelaki itu mula mengalihkan pandangan. " Ish kau ni! Sibuk betullah minah ni! Tumbuk kang." Maylisha rimas dengan rakan baiknya itu yang suka menyakatnya. " Kau pandang lelaki tu buat apa?" " Mana ada aku pandang lelaki! Parut kat dalam hati ni pun tak sembuh lagi, inikan pula nak cari lelaki lain." marah Maylisha.

Semua pelajar tingkatan satu sudah dibahagi mengikut kelas masing-masing. Maylisha yang ditempatkan di 1 Bijak mengambil tempat duduk di hadapan sekali.

" Helo semua! Saya adalah guru kelas kamu. Nama saya Puan Marissa." Guru bertubuh kecil molek itu memperkenalkan dirinya. Hari pertama Maylisha di sekolah menengah baharunya berlalu dengan indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience