SMIM03-Salina

Family Completed 26996

Salina binti Harun tinggal selang 4 buah rumah daripada rumah keluarga Johari. Anak sulung kepada pasangan Harun dan Samiha. Kenangan masa kecil, Salina akan pergi ke rumah Johari untuk bermain.
Salina: mak, Sal nak ke rumah abangJohari ya?
Samiha:ya, pergilah jangan tak balik ke rumah ni pulak. Salina menuju ke rumah Johari dengan gembira kerana hari ini sekali lagi Johari terpaksa berlakon sebagai bapa dan Salina melakonkan watak ibu, adik adik yang masih kecil akan berlakon menjadi anak anak mereka.

Salina: abang Jo, Sal suka pada abang. Sal nak kahwin dengan abang tau.
Johari : ok, esok kita main lagi, Sal jadi isteri abang ok.
Salina: betul ni abang nak kahwin dengan Sal.
Johari : ya betul
Johari berusia 2 tahun lebih tua dari Salina. Tamat SPM Johari pergi belajar di UKM, Salina pula telah di pinang oleh Rizuan sebaik peperiksaan SPMnya tamat.
Samiha: Keluarga Rizuan datang nak pinang Sal.
tetapi Salina tolak kerana masih menunggu Johari.
Samiha: kenapa Sal tolak pinangan Rizuan.
Salina: sebab Sal cintakan abang Jo, Sal nak kahwin dengan abang Jo.
Samiha: takde maunya Johari dapat bini macam kamu ni Sal,dahlah pemalas, masak pun tak reti. Kemas rumah memang haram tak buat.

Salina: tapi abang Jo dah janji.
Samiha: kuat berangan kamu ni Sal, Bila Johari tu dah bawa bini cantik balik menangis la kamu.
Salina: abang Jo dah janji dia tak boleh mungkir janji..
Samiha: apa apa la Sal.
Tamat 3 tahun pengajian, Johari kembali membawa isterinya Juwita, Salina rasa tertipu lalu memujuk Rizuan untuk berkahwin. Salina berkahwin dengan Rizuan dan menimang 3 orang cahaya mata. Namun begitu Salina masih mengimpikan untuk menjadi isteri Johari, tetapi Juwita telah menjadi penghalang cita-citanya.
Kata hati Salina: Aku perlu hapuskan semua halangan aku termasuklah Juwita.
Satu hari Juwita menjadi mangsa rompakan dan meninggal dunia. Salina pula memujuk Rizuan untuk menceraikan dirinya. Dalam masa yang sama Salina cuba mendapatkan perhatian Johari. Namun kehadiran Ruzila hampir menidakkan usaha Salina, tetapi Ruzila akhirnya telah menghilangkan diri. Salina, muncul di sisi Johari sebagai seorang Penyelamat.
Johari: pengasuh baby abang dah melarikan diri.
Salina: kesian anak bongsu abang, tiada kasih seorang ibu dan kesian anak anak Sal, tak daoat kasih seorang ayah. Rizuan ceraikan Sal walaupun Sal takde buat salah apa apa pada dia.
Johari merasa simpati atas nasib Salina lalu berkata.
Johari: apa kata, abang masuk meminang Sal?
Salina: kecik tapak tangan pulau borneo Sal tadahkan. Johari meminta ibunya Hamidah menguruskan perkahwinannya bersama Salina. Teruskan mengikuti sambungan kisah ini, apakah Salina ada kaitan dengan kematian Juwita dan ke pergi an Ruzila. Mengapa Salina meminta cerai daripada Rizuan?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience