SMIM 02-Juwita

Family Completed 26986

Johari masih belum melelapkan nata, esok majlis konvokesyen untuk kelasnya. Tetapi Johari sebenarnya tidak gementar untuk menerima ijazahnya, cuma Esok Johari bakal bertemu ibu bapa Juwita buat pertama kali. Bermula dari cinta pandang pertama sewaktu minggu orientasi mereka berdua ibarat merpati dua sejoli,menjadi pasangan kekasih paling agung di fakulti pendidikan University kebangsaan Malaysia itu. Johari bakal bergelar pemegang ijazah sarjana muda pendidikan (Matematik) manakala Juwita pula bakal memegang ijazah sarjana Muda pendidikan (Sains). Mereka berdua sudah berjanji untuk memeterai ikatan mereka sebagai suami isteri, esok ibu dan bapa Juwita akan hadir ke majlis konvokesyen anak sulung mereka dan ini peluang Johari menyuarakan isi hatinya. Antara sebab kenapa Johari suka pada Juwita ialah sikap lemah lembut Juwita yang mempunyai naluri keibuan, mereka berdua bakal bergelar guru dan masing masing dari negeri yang sama. Johari seorang yang segak dan baik hati sekaligus menjadi pujaan dara di University tetapi cintanya tetap utuh kepada Juwita.
Kata hati Johari: kau boleh buat Jo, inilah masanya.
Juwita membawa Johari bertemu ibu dan bapanya.
Mak, ayah ni kawan Ju, nama dia Johari. Johari bersalaman dengan ayah Juwita, Encik Zahari dan menundukkan kepala sambil tersenyum ke arah Karimah.
Zahari: Ju kata nak perkenalkan kami dengan bakal menantu kami.
Johari: pak cik, saya suka pada Juwita dan mahu mengambilnya sebagai isteri saya.
Karimah: kita ada adab dan budaya, bulan depan bawa ibu bapa kamu jumpa pakcik dan makcik.
Johari pulang ke kampung berbincang dengan ibu dan bapanya Encik Jamal dan Puan Hamidah untuk pergi meminang Juwita.
Johari: Jo dan Juwita akan mula lapor diri sebagai guru pada awal tahun depan, Kalau boleh Jo nak kahwin dengan Ju dalam musim monsoon 1 bulan lagi.
Jamal: nak kahwin masa bah. Berhujan la tetamu kita.
Johari: kita boleh buat majlis dalam dewan ayah.
Hamidah:kita uruskan jer ayahnya, dia dah nak berbini, biar dia tahu erti tanggung jawab tu.
Urusan perkahwinan berjalan lancar walaupun sederhana dan kesuntukan masa, satu kelebihan hidup di dalam komuniti yang rajin dan bertimbang rasa. Semua gembira dengan perkahwinan Johari dan Juwita kecuali seorang gadis, Salina.
Kata hati Salina : Sal dah tahu abang Jo pasti mungkir janji, abang Jo janji nak kahwin dengan Sal bila tamat belajar tapi sekarang bukan setakat Ijazah, abang bawa pulang isteri. Tetapi Salina tidak tahu janji yang di beri oleh Johari cuma lah Janji dari sebuah permainan pondok pondok. Johari tidak pernah nenganggap Salina lebih dari seorang adik,

2 tahun melayari bahtera rumahtangga,
Saat Juwita mengkhabarkan berita gembira mengenai kehamilannya ialah hari paling gembira dalan hidup Johari. Anak sulung itu diberi nama Johari. Selang 2 tahun Jasnita pula dilahirkan. Keluarga kecil Jo dan Ju sudah lengkap, tetap juga berita kehamilan anak ketiga di sambut penuh kesyukuran. Anak ketiga di beri nama Jufri lahir sewaktu Jasnita berumur 3 tahun , Jasmin di lahirkan selepas umur Jufri 3 tahun. Pada ulang tahun perkahwinan Johari dan Juwita yang ke sembilan mereka dikejutkan dengan berita kehamilan ke 6 Juwita. Johari semakin sibuk memegang pelbagai jawatan di sekolah. Johari sudah pun bergelar guru penolong kanan Hal Ehwal Murid.

Selepas melahirkan Hamzi,
Juwita : abang, barang dapur banyak dah habis, esok teman Ju shopping groceries.
Johari: esok ada meeting untuk program bina semangat pelajar PT3, SPM dan STPM.
Juwita: Ju pergi sendiri lah klu macam tu.
Juwita yang nasih dalam pantang pergi ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang barang dapur. Sewaktu Juwita memasukkan barang beliannya ke dalam bonet muncul seorangvlelaki bersenjatakan pisau rambo
Perompak: serahkan semua duit pada aku. Juwita menyerahkan beg tangan nya, kepada perompak itu, Sebelum nelarikan diri perompak itu. Telah menikam perut Juwita, darah membuak buak keluar, pengawal keselamatan yang baru menyedari kehadian itu selepas melihat Juwita terbaring kaku telah menghubungi ambulance dan Johari.
Johari menerima panggilan sebaik sahaja tamat mesyuarat, Johari bergegas pulang dan mengambil anak anaknya. Mereka segera pergi ke hospital, tetapi malangnya, Juwita gagal di selamatkan. Dia telah meninggalkan suami dan 6 orang anak. Lebih malang kerana anak bongsunya baru saja di lahirkan. Johari menyesal kerana melebih kan pekerjaan berbanding kebajikan isterinya.
Che da :ini kisah dari kisah benar, kemalangan yang sebenarnya ialah kejadian kren tumbang di masjidil haram beberapa tahun lalu, salah seorang mangsa ialah jiran che da dan ini kisah tentang suami dia. Cikgu Jo memang ada 3 isteri tetapi ini bukan kisah madu 3. Terima kasih sudah baca novel che da ni. Ada komen apa apa che da sangat mengalu alukan. Che da ada nasalah dgn notification so maybe lambat sikit reply komen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience