LUM 03 | BACK TO MALAYSIA

Romance Series 652398

(TWO MONTH LATER.)

Harith yang baru melihat rakaman yang ditunjukkan oleh orang suruhan nya dimana isterinya diperkosa dan disiksa oleh lelaki yang sangat dikenali nya iaitu musuh ketatnya sendiri..air matanya mula memerah menahan amarah sebelum rakaman itu dibaling nya sampai pecah.

    "Sial! Macam mana rakaman ni ada dekat korang? And kenapa korang baru tunjuk dekat aku ha!"

Bentaknya pada kesemua orang suruhan nya yang hanya menundukkan wajah mereka tidak berani untuk memandang kearahnya.

     "Ma-maafkan kami tuan..rakaman tu memang sudah dihantar kan musuh sama hari dengan kematian puan tyara..kami memang nak bagi pada tuan tapi kami tidak berani untuk tunjukkan pada tuan sebab kami takut tuan tidak akan dapat menerima sebab itu kami cari masa yang sesuai untuk tunjukkan pada tuan"

Kata salah seorang orang suruhan nya sedangkan Harith hanya menatap tajam akan mereka.

    "Habis tu kau rasa masa ni sesuai ke untuk kau tunjuk kat aku rakaman tu? Apa kau ingat aku dah boleh lupa macam mana dorang siksa isteri aku?ha!

Tengking nya dengan rahangnya yang sudah bergerak gerak menahan amarah..

Mereka semua hanya diam kan diri sambil menunduk wajah mereka tidak ada yang berani mahu menjawab lelaki itu yang sudah pun dikuasai amarah nya.

Sedangkan ahmad mula rasa bersalah pada yang lainnya kalau bukan disebabkan dia mengarahkan yang lainnya untuk memberikan rakaman itu pada Harith sudah pasti lelaki itu tidak akan memarahi mereka.

     "Dah aku nak korang semua berambus dari sini aku taknak tengok muka kamu semua lagi pergi!"

Amarah nya sambil menendang semua barang dan menghalau kesemua orang suruhan nya hatinya begitu sakit bila mengenangkan isterinya diperlakukan sebegitu rupa oleh musuh ketatnya.

     "Ma-maafkan abang sa-sayang! Semua ni salah abang hiks..hiks..abang akan pastikan mereka dapatkan balasan atas apa yang dorang buat kat tyara hiks"

Katanya sendiri sambil air matanya mengalir laju kerna kesakitan hatinya yang begitu dalam kehilangan isterinya disebabkan dirinya.

    "Abang gagal..hiks..hiks abang gagal selamatkan tyara..abang tak ada masa tyara perlukan abang...abang memang lelaki tak guna!"

Tangisnya sambil memandang gambar nya bersama isterinya masa berkahwin dulu

* * *

[FRANCE AREA]

Arfaaz yang kebetulan berbincang dengan orang suruhanya mula menoleh kearah isterinya yang datang menghampiri nya.

   "elbiena Come here, I have something to say "

Panggil nya sedari melihat wanita itu berjalan kearahnya..

   "Ye you why? What's wrong?"

Tanya nya dan mula berjalan mendekati suaminya sambil cuba berdiri rapat disamping nya..sempat elbiena memandang kearah carlos yang berdiri disitu.

   " I want you to prepare everything..we will move tomorrow to malaysia"

Arahnya pada wanita itu sebelum bergerak bersama suruhanya tanpa menunggu balasan dari isterinya.
   
   "What!?...you seriously? Kenapa kita kena pindah malaysia?macam mana dengan show i dekat sini?"

Tanya nya dan mula menahan lelaki itu untuk pergi..elbiena cukup terkejut sedari lelaki itu tiba tiba saja memutuskan untuk berpindah ke malaysia dan meninggalkan semua disini..

arfaaz yang baru saja ingin pergi mula menoleh semula kearah isterinya itu dan menatap dingin padanya...dia paling tidak suka keputusanya di persoalkan.

  " Don't ask me! and don't question it" tegasnya

    "Ta..tapi you.."

Belum sempat elbiena meneruskan katanya arfaaz terlebih dahulu memotongnya.

   " I don't want to hear many excuses!"

Tegasnya dan menatap tajam akan wanita itu..

   "habis tu macam mana dengan model show el dekat sini?..el ada kontrak lagi setahun dekat sini"

Jelasnya lagi tanpa putus asa..walaupun dia tahu yang lelaki itu tidak akan mengubah keputusanya.

   " I want you to stop being a model!"

Arahnya tegas pada wanita itu sebelum berlalu bersama carlos meninggalkan wanita itu yang masih tidak menyetujui keputusanya.

sedangkan elbiena hanya diamkan diri memandang kepergian suaminya itu.. walaupun mereka sudah lama berkahwin tapi suaminya itu tidak pernah melayaninya layaknya seorang isteri.. walaupun sudah sering dirayu dan dipujuk lelaki itu selalu saja menolaknya...dan bersikap dingin padanya.

  "Carlos demain je vais en Malaisie s'il vous plaît préparez ce qui est bien"
[Carlos esok saya akan bergerak ke malaysia tolong siapkan apa yang patut]

Arahnya sebelum memasuki kereta terlebih dahulu

   "Eh bien, mon patron s'en occupe tout de suite."
[Baik bos saya akan uruskan dengan segera]

Carlos hanya mengangguk sebelum membukakan pintu untuk lelaki itu dan terus memasuki pintu memandu...sebelum kereta yang dipandu Carlos meluncur laju meninggalkan tempat itu

Sedangkan elbiena yang serabut memikirkan apa yang dikatakan suaminya terus menghubungi sahabatnya yang juga menetap disitu.

    "Hm what?...kenapa call i? Bukan you  suruh i tak ganggu you ke? Yela kan ada orang tu dia nak spend time weekend ni dengan suami dia haha"

jawab darikka..sempat orang dalam talian itu memerlinya sambil tergelak besar.

   "Rika please stop! Aku tengah serabut ni jangan lah tambahkan keserabutan aku boleh tak!"

amarahnya sambil menarik nafas nya cuba untuk menenangkannya dirinya yang tengah serabut.

    "Hahaa..okey sorry..ni kenapa ni?apa dah jadi..asal kau serabut?"

Tanya dan mula berhenti tertawa sedari mendengar elbiena seperti serious dengan nya.

   "Esok aku akan bertolak ke malaysia..dan mungkin akan tinggal sana terus"

Beritahunya selang beberapa minit mereka diamkan diri menunggu nya menceritakan.

   "Arh?eh why?..habis tu macam mana dengan show you dekat sini?you masih ada kontrak lagi kan?"

Tanyanya mula terkejut sedari mendapat tahu apa yang dikatakan nya.

   "Ye rika..esok aku kena pindah juga..pasal model aku kat sini maybe suami aku akan uruskan..sebab dia taknak aku jadi model lagi"

kecewanya dia sangat menyukai perkerjaan sebagai model and bukan senang untuk dirinya menaikkan namanya di france Walau macam mana pun dia juga harus mengikuti arahan suaminya.

darika didalam talian pun hanya mendengar keluh kesah kawannya itu dia pun tidak tahu berbuat apaa dia sangat kenal dengan suami elbiena nadra yang cukup terkenal dengan sifat dingin dan tegasnya.

* * *

[MALAYSIA AREA]

Two years later...

   "Haih! Mana pak mad ni?dah lewat macam ni tak datang lagi..taulah kayla suruh dia ambik lambat sikit..sebab kayla ada class tambahan..tapi ni dah lewat sangat takkan pak mad tak datang ambik"

Bebelnya sendiri sambil berjalan kaki untuk pulang ke rumah..nak tunggu pemandunya datang ambik memang lambat lah..tak pasal pasal sampai ke malam dia menunggu.

    "Kenapa kereta ni jalan slow ehhh?.."

Pelik kayla sedari melihat satu van putih bergerak perlahan dari belakang nya membuatkan gadis itu sedikit risau dan melajukan pergerakan nya.

Sudah jauh perjalanannya kayla kembali menoleh ke belakang dan van putih itu masih bergerak perlahan mengikuti perjalanannya membuatkan kayla sedikit merasa tidak sedap hati..belum sempat kayla melangkah dengan lebih jauh..dirinya terasa diheret dari belakang sebelum dimasukkan kedalam van putih itu

Kayla hanya meronta dan ingin saja berteriak tetiba saja orang itu menutupi mulutnya dengan kain putih yang sudah dicampurkan ubat tidur.

  [Mendail]

  "Bos..kami dah dapat budak ni...kita nak bawa dia pergi mana?"

Beritahunya pada orang dalam talian yang mengarahkan nya untuk menculik gadis itu.

   "hahaa..bagus..aku nak kau bawa dia digedung yang terbiar di tengah hutan tu..kau tau kan dekat mana? Aku nak kau bawa dia jauh dari situ."

Arahnya pada orang suruhannya didalam talian..

  "Okey bos..takpe kami akan uruskan budak ni..bos jangan risau"

Katanya pada lelaki yang berada didalam talian.

   "Ingat! Aku taknak korang sakiti budak tu! Jangan sentuh dia atau buat benda yang bukan arahan aku faham?!"

Katanya lagi..memberikan amaran pada orang suruhannya takut mereka akan menyakitkan gadis itu.

   "Baik bos.."

Jawabnya sambil mengangguk sebelum panggilan dimatikan.

Sedangkan marvel sudah tersenyum sinis bila mendapat tahu anak dari musuhnya itu sudah berada ditangan nya...lama dia menghilangkan diri menunggu keadaan kembali reda sebelum lelaki itu kembali dan menculik anak musuhnya pula.

   "Macam mana? Bos suka tak?"

Tanya salah seorang penculik itu sedari lelaki itu sudah memberitahu bos mereka.

    "Eh mestila..lagipun nak culik budak ni takdela susah mana pun..senang je"

Jawabnya sambil tersenyum sumbing diikuti yang lainnya yang turut tertawa senang

    "Mesti dapat bonus ni dari bos haha.."

Kata lelaki itu dan Disetujui mereka..dah mereka Tiptop buat kerja mesti lelaki itu akan menambah kan lagi bayaran mereka.

* * *

Arfaaz yang membelek belek file mula menoleh kearah telefon nya sedari mendapat panggilan masuk dan melihat siapa number yang tidak dikenali menghubungi nya.

  "Hello..bro kau apa khabar?

Tanya orang dalam talian itu hingga buatkan arfaaz sedikit mengerutkan dahinya memikirkan siapakah gerangan orang yang menghubungi nya tiba tiba.

   " Who are you?"

Tanya arfaaz pada lelaki itu..sedangkan orang yang didalam talian hanya tergelak kecil mendengar lelaki itu.

   "Haih bro..takkan dah tak kenal aku..taulah dah bahagia sekarang..kahwin dengan awek cun..takkan sahabat sendiri dah lupa"

Perlinya sambil tergelak didalam talian,

  "Wait!..kau harith ke? Weh har macam mana kau dapat number aku? Lama kau hilangkan diri?"

Terkejut arfaaz sedari mendapat tahu itu adalah harith sahabatnya..walaupun sebenarnya arfaaz memang sudah dapat mengetahui siapa pemilik suara itu cuba dia sengaja ingin memastikannya.

   " aku tak hilang pun..aku ada je cuma aku nak bawa diri kejap..lagipun aku taknak lah ganggu kau buat masa sekarang mesti kau pun nak berbahagia dengan isteri kau "

Jelas harith pada lelaki itu..dia tahu semenjak mereka mempunyai rumah tangga mereka masing masing, mereka semakin tidak rapat.

Dulu harith dan arfaaz memang sangat rapat dari zaman bujang mereka..sampai lah mereka berkahwin hubungan persahabat mereka masih kekal walaupun perbezaan umur mereka beza empat tahun.

   "Jap cakap pasal kahwin isteri kau tiara dah takde ke?kenapa kau tak cakap yang dia dah meninggal?"

Tanya arfaaz pada lelaki itu cuba memastikan bila mendapat tahu isteri sahabatnya sudah mati dibunuh kejam oleh musuhnya..itupun arfaaz mendapatkan maklumat dari orang suruhannya...dan itulah salah satu sebab lelaki itu berpindah ke malaysia.

lama harith diamkan diri dalam talian dengan pertanyaan arfaaz padanya sebelum lelaki itu menarik nafas panjang dan menjawab pertanyaan lelaki itu.

   "Ye..tiara dah tak ada az..dia mati sebab aku"

Beritahunya dengan suara nya yang sudah mula berubah seperti ingin menangisi kepergian isterinya itu...harith masih rasa bersalah dengan kematian isterinya yang masih belum dapatkan keadilan.

Sedangkan arfaaz hanya diamkan diri mendengar sahabatnya itu memberitahunya apa yang sudah terjadi pada keluarganya.

   "Har...kau jangan risau aku akan bantu kau untuk dapatkan balasan pada orang yang dah hancurkan keluarga kau..aku minta maaf sebab masa kau perlu kan aku..aku tak ada disitu bantu kau"

ucapnya sedikit merasa bersalah pada sahabatnya itu..yang sudah pun dianggap abang kandung nya sendiri..jadi cubit peha kanan peha kiri mesti akan terasa sakitnya.

     "Tak bro...ini semua tak ada kene mengena dengan kau..aku tak salah kan sesiapa atas apa yang dah jadi..semua tu berpunca dari aku..biar aku yang akan dapatkan sendiri lelaki itu dan hancurkan dia dengan tangan aku sendiri."

Katanya dengan penuh dendam..selagi dia tidak dapatkan lelaki itu selagi itu hidup nya tidak akan tenang dengan kematian isterinya.

    "Jadi mana kau hilang kan diri selama ni? Aku dah cuba cari kau tapi orang orang aku kata kau dah clearkan data kau..dan aku pun dapat dengar pasal HF KNIFE dah tak macam dulu.? "

Tanya arfaaz ingin tahu sedari mendapat tahu lelaki itu tidak lagi munculkan dirinya dan berhubung dengan nya selama bertahun tahun.

    "Aku bawa diri aku dengan anak aku selama ni..dan pasal HF KNIFE aku dah lama cuci tangan..aku nak fokus dekat kerjaya aku sebagai dokter sendiri sekarang"

Beritahunya pada lelaki itu..semenjak kepergian isterinya harith tidak lagi berani berbuat kerja lamanya kerna takut akan terjadi hal buruk pada anaknya.

Sedangkan arfaaz hanya mengangguk faham..dia tahu lelaki itu masih dihantui rasa bersalah pada isterinya dia tahu bukan senang nak lupakan peristiwa buruk itu.

   "Takpe bro..aku tahu ada sebab kau buat semua ni.. Everything will be fine..ada apa apa kau call je aku..aku akan sedia bantu kau"

Katanya pada lelaki itu..sedangkan harith hanya tersenyum nipis didalam talian..dia tahu ini yang terbaik untuk keluarga nya..dia tidak mahu sampai akan terjadi buruk pada anaknya sama seperti yang menimpa isterinya.

  "Thanks bro.." Ucap harith ringkas pada lelaki itu

   "Wait!..kau cakap tadi pasal anak kau?..kau dah ada anak ke bro? Wah kemain eh kau har..laju buat kerja haha"

Sakatnya diikuti gelakan kecil dari mereka..

   "Ye az..aku dah ada anak perempuan dengan tiara..dan anak aku sorang je yang jadi semangat aku untuk teruskan hidup bro..kalau tak de dia agaknya entahlah bro"

Katanya sambil tersenyum kecil..hanya anak nya saja yang jadi penyemangat untuk nya teruskan hidup

Sedangkan arfaaz hanya diamkan diri mendengar sahaja apa yang dikatakan lelaki itu dengan wajahnya yang sudah memerah menahan amarahnya nampak nya arfaaz tidak lagi berdiam diri dengan apa yang terjadi pada sahabatnya itu..

   "Dah har..pasal lelaki tu biar aku yang akan bantu kau untuk dapatkan dia..ingat musuh kau musuh aku juga.. Jadi aku nak kau fokus je jaga anak kau"

Ujarnya cuba untuk menenangkannya.. Dia kenal siapa lelaki yang dimaksudkan harith itu..jadi tiada yang mustahil baginya untuk menjejaki lelaki itu.

   "Takpe az..ni masalah aku dengan dia..aku taknak kau masuk campur biar aku sendiri yang akan cari dia..aku taknak susah kan kau bro.."

Arfaaz hanya tersenyum sinis mendengar apa yang dikatakan lelaki itu..

  "Tapi aku nak minta tolong sikit dekat kau az..tolong jaga anak aku kalau jadi apa apa dekat aku nanti.. Aku percaya kan kau dan aku pun dah anggap kau macam adik aku sendiri.."

Ucapnya lagi sedikit sebak dia tidak tahu apa yang akan terjadi padanya nanti..dan dia tahu anak perempuan nya tidak akan mungkin boleh hidup tanpa sesiapa jadi andaikan ada terjadi sesuatu buruk padanya akan ada yang menjaga anak perempuan nya itu.

   "Dah bro..apa kau merepek ni..dah jangan cakap macam tu..anak kau masih perlukan kau lagi..jadi jangan buat kerja gila kau tu"

Bantahnya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan lelaki itu..ye dia tahu perangai harith macam mana harith cukup lemah jika berkait orang orang yang dia sayangi sebab harith juga sudah pernah kehilangan kedua ibu bapanya disebabkan kejadian yang sama.

  "Aku harap sangat yang kau boleh tolong aku..itu pun kalau kau anggap aku ni lebih dari sahabat kau..kalau jadi apa apa dekat aku..tolong jaga anak aku..lindungi dia kalau aku tak ada nanti..okeylah az..aku ada hal aku gerak dulu jumpa kau lagi bro"

Ucapnya sebelum mematikan panggilan..sedangkan arfaaz hanya berdengus perlahan mendekati meja sebelum telefon nya diletakkan diatas meja dan mula meraup kasar wajahnya.

"Kau memang sial marvel! kau betul betul nak cari mati dengan aku!"

Ucapnya sambil mengetap gigi menahan amarahnya..sebelum lelaki itu kembali mencapai telefon nya dan menghubungi orang suruhannya merangkap orang kepercayaannya.

Mendail..

    "Ye tuan? Ada apa?"  Tanya orang dalam talian

   "Aku nak kau tolong aku cari dimana seorang lelaki ni..dan aku nak kau bagitahu aku secepat mungkin"

Arahnya pada lelaki itu..dia tahu hailex boleh mencari tahu dimana lelaki itu bersembunyi.

   "Baik tuan...nanti tuan bagi semua maklumat pasal dia..ada apa apa lagi ke?"

   "Tak ada...saya hanya inginkan maklumat lelaki itu saja"

Hailex hanya mengangguk faham didalam talian akan perintah lelaki itu .

  "Satu lagi.. Aku nak nanti kau bawa orang orang yang lain untuk menyerbu tempat itu dan mencari tahu apa perancangan mereka.

  " baik tuan..kalau macam tu saya cari sekarang."

Kata lelaki arfaaz hanya berdehem sebelum panggilan dimatikannya.

   
* * *

Beberapa jam tidur kerna pengaruh ubat tidur kayla mula tersedar dah perlahan lahan membuka matanya melihat sekeliling rumah itu yang sudah kelihatan usang dan lama ditinggalkan.

    "Arh! Kayla kat mana?" Gumamnya

Baru saja kayla ingin bangun kayla mula tersedar yang kaki dan tanganya terikat dengan tali membuatkan gadis itu susah untuk melepaskan dirinya.

Terdengar bunyi suara tapak kaki dengan pantas kayla menutupi semula matanya berbuat seolah masih tertidur disitu dan tiba tiba saja terasa air sejuk menyirami wajahnya membuatkan gadis itu terkejut dan membuka matanya melihat lelaki yang sudah berdiri dihadapannya itu.

   "Dah kau bangun! Kau ingat kau dekat hotel ke nak tidur lama?"

Bentaknya sambil membalingkan ketepi baldi yang dibawanya untuk mengejutkan gadis itu yang sudah pun basah kuyup

   "Abang...ni si..siapa?"

Tanyanya pada lelaki itu sedari kayla tidak mengenali siapa lelaki itu dan mengapa dia dibawa ke tempat seperti ini.     

   "Nah!..ambik makanan kau! Jangan ganggu Aku!"

Tanpa menjawab pertanyaan gadis itu alex terus melemparkan satu bungkus makanan dan air didepan gadis itu

Sedangkan kayla hanya diamkan diri saja melihat makanan yang diberikan lelaki itu tanpa ingin mengusiknya..kayla masih tertanya kenapa lelaki itu mahu menculiknya..malah memberikannya makanan.

   "Woi! Aku bagi kau makan tu bukan nak suruh kau tengok! Makan lah! "

Bentaknya lagi sedari gadis itu belum menjamah lagi makanan yang diberikannya...

kalau bukan disebabkan arahan bos nya tak ingin alex mahu menjaga atau memberi makan pada gadis itu..dahlah disebabkan dia alex jadi terpaksa ada disini sebabkan bos nya itu tidak percaya pada anak buahnya yang lainnya..karna takut akan mencederakan gadis itu.
  
  "Macam mana kayla nak makan..abang ikat tangan kayla"

Jawabnya sambil menunjukkan tangannya yang terikat pada lelaki itu..kalau bukan sebab tangannya yang terikat dah lama kayla mahu memakan makanan itu..dahlah perutnya dari tadi berbunyi.

Sedangkan alex yang melihat tangan gadis itu hanya berdengus perlahan sebelum datang menghampirinya dan melepaskan ikatan gadis itu.

   "Dah cepat makan! ingat eh..kau jangan nak terpikir untuk larikan diri ingat kalau kau nak lari aku akan pastikan yang kau takkan jumpa jalan keluar! Ingat tu"

Katanya tegas memberikan amaran pada gadis itu sebelum kembali duduk di tempat duduknya.

Sedangkan kayla hanya mengangguk faham sebelum menyuapkan makanan kemulutnya dengan tangannya yang masih terketar ketir takut akan tatapan lelaki itu.

   "Abang..tak"

Baru sahaja kayla ingin bersuara tetiba saja lelaki itu memotongnya.

   "Dah! Jangan ganggu aku!"

Katanya dingin dan merenung tajam kearah gadis itu sebelum kembali menyambung menonton film horn dalam telefonnya.

Sedangkan kayla terus mencuci tangannya sebelum menyuapkan makanan kemulutnya tanpa henti seperti orang yang kelaparan.

Sedangkan alex yang perasan gadis itu melahap makanan itu hanya mengelengkan kepalanya.

   "Lapar sangat ni"

Gumamnya sedikit pelik dengan gadis itu..takkan lah ayahnya tidak memberikan nya makan?

Beberapa minit menunggu kayla sudah pun menghabiskan makannya tanpa sedikit tersisa ditambah dengan air yang sudah habis diteguknya membuatkan gadis itu mula meramas ramas perutnya yang sedikit membuncit itu.    

   "Huargh!..hehe thanks abang.."

Ucapnya..sempat gadis itu bersendawa sambil meletakkan bekas makanannya ketepi.

Sedangkan alex dari tadi hanya memandang telefon tanpa mempedulikan gadis itu..tak ada masa dia mahu melayan tak pasal pasal kesabarannya menurun.

   "Abang..kita dekat mana? Boleh tak abang hantar kayla balik? Ayah kayla mesti dah cari kayla dekat mana."

Katanya lagi sedari lelaki itu tidak mempedulikan nya dan hanya sibuk menekan layar telefon nya.

   "eh budak! Kau boleh diam tak!..tadi aku suruh kau jangan ganggu aku kan? Lagi satu aku bukan abang kau! Tak payah nak berabang abang dengan akulah geli kau tau tak!"

Tengkingnya pada gadis itu kerna sudah menganggu kesenangannya.

Sedangkan kayla hanya menundukkan wajahnya takut akan tatapan tajam lelaki itu yang dari tadi hanya memarahinya membuatkan nya mengigil tidak berani bersuara lagi.

   "Ha tau pulak nak diam..haih menyampah betul aku nak kena jaga kau malam ni..dah mari sini tangan kau biar aku ikat balik.."

Katanya dan mula mendekati gadis itu sebelum tali diambilnya dan mula mengikat tangan gadis itu semula..sedangkan kayla hanya menurut saja dan membiarkan lelaki itu mengikat tangan nya.

   "Ke kau nak aku tutup mulut kau tu sekali biar diam?"

Ugutnya pada gadis itu..sedangkan kayla dengan pantas mengelengkan kepalanya sebelum menundukkan wajahnya semula tidak berani bertatapan mata dengan lelaki itu.

* * *

Elbiena yang menunggu diruang tamu mula berdiri dari duduknya sedari melihat kedatangan suaminya diikuti kedua bodyguard nya.

   "Hai..you..lewat balik malam ni"

Tegurnya dan mula datang mendekati lelaki itu sebelum meraih tangannya

Sedangkan arfaaz hanya mengendahkan wanita itu sebelum didatangi beberapa pengawal dan terus menanggalkan courtnya beserta beg kerja     

    "Jom kita dinner dulu..i dah lapar tunggu you balik"

Katanya dan mula memeluk lengan lelaki itu dibawanya ke ruang makan.

Arfaaz terus menepis kasar pautan wanita itu sebelum berlalu dari situ tanpa mempedulikan nya dan terus memasuki lif

Sedangkan darwish dan arxie hanya memandang sesama sendiri menahan tawa mereka..sebelum mereka menunduk semula sedari elbiena merenung tajam kearah mereka.

   "Asal! Nak gelakkan saya ke ha! "

Tengkingnya pada kedua lelaki itu..sedangkan darwish dan arxie hanya tundukkan wajah tidak memandang kearah wanita itu.

   "kenapa dengan tuan az huh? Mesti korang dua ni ada buat masalah kan sampai dia stress macam tu"

Tanya nya lagi masih tidak puas hati bila dimana arfaaz tidak mengendahkan nya.

 Sedangkan darwish dan arxie hanya mengelengkan kepala mereka tidak tahu.

    "Dah tak ada mulut ke nak cakap!"

Bentaknya lagi hingga buatkan darwish menekan dada nya terkejut akan teriakan wanita itu.

   "Ni perempuan ni mak lampir ke apa.. Nak jerit jerit je dari tadi"

Bebel darwish sambil matanya memandang atas bawa wanita dihadapannya itu..nasib baiklah kau isteri tuan arfaaz kalau tak dah lama kau ni.

    "eh dah tak ada guna pun tanya orang bawahan macam korang dua ni"

geramnya sebelum berlalu dari situ meninggalkan kedua lelaki itu yang menambahkan lagi amarahnya.

   "ih seram dho mak lampir tu hikhik"

Kata darwish sambil Terkekeh kecil sedari wanita itu sudah pun berlalu pergi dari situ.

     "Eh kau..dia dengar kang..tak pasal pasal telinga kita ni bernanah kena bebel dengan dia..dah jom"

Bidas arxie sebelum membawa lelaki itu untuk beredar dari situ sedari sudah ramai pengawal disitu memandang kearah mereka.

darwish hanya mengikuti saja langkah lelaki itu dengan sisa tawanya yang masih tergeli hati Mengingat kan perangai wanita tadi

Siapa je tak kenal dengan isteri tuan arfaaz itu..ada saja yang tidak kena dimatanya..bahkan orang yang tak ada kene mengena boleh jadi tempias nya..dah orang tak layan tu terima jela..jangan salahkan orang lain

jeda-

sedangkan elbiena terus menuju kearah bilik suaminya sebelum mengetuk pintu berulang kali.

   "You open the door!"

Jeritnya dari luar meminta lelaki itu untuk membukakan pintu untuknya.

Sedangkan arfaaz yang baru sahaja keluar dari bilik mandi mula memandang pelik akan arah pintu sedari mendengar jeritan dari luar biliknya.

   "You! Cepat buka pintu ni!"

Jeritnya lagi tanpa putus asa sedari lelaki itu masih tidak membukakan pintu untuk nya.

Elbiena sudah nekad ingin memujuk lelaki itu memberikannya hak sebagai seorang isteri kepada lelaki itu.. Yang tidak pernah menyentuhnya bahkan tidurpun tidak sebilik dengan nya..dah lama dia cuba untuk bertahan dengan perangai lelaki itu tapi kali ini dia harus pertegaskan miliknya.

sedangkan arfaaz yang belum sempat Berpakai dan hanya memakai tuala paras lutut dengan langkah yang malas membukakan pintu untuk perempuan itu.

    "Ah kau nak apa!"

Tanyanya mendatar sedari melihat wanita itu sudah berdiri didepan pintu biliknya dengan wajahnya yang sudah memerah menahan amarahnya.

Sedangkan elbiena hanya memandang pelik akan suaminya itu sedari pintu hanya dibukakan kecil olehnya dan hanya menampakkan wajahnya.

    "Kenapa you buka macam tu?

Arfaaz tidak menjawab pertanyaan wanita itu sebelum mengerutkan dahinya ingin tahu apa yang dimahukan wanita itu.

" kau nak apa cepatlah!"

Sergahnya sedari elbiena hanya diamkan diri memandang kearahnya sebelum dengan tiba tiba elbiena menolak pintu biliknya membuatkan buah pintu terbuka dengan luas dan jelas terpampang tubuh milik suaminya yang hanya mengenakan tuala mandi membuatkan elbiena membolak mata terkejut dan menelan air liurnya

Dengan nekadnya elbiena terus memasuki bilik lelaki itu tanpa izin darinya..selain dari tidak menyentuhnya arfaaz juga tidak pernah membenarkannya masuk kedalam biliknya.

sedangkan arfaaz mula terkejut sedari wanita itu sudah pun memasuki biliknya dan dengan tiba tiba pintu ditutupnya membuatkan arfaaz hanya diamkan diri dengan tindakan diluar kawalan wanita itu.

"Elbiena! Keluar sekarang! "

Arahnya dan kembali membukakan pintu untuk wanita itu keluar dari biliknya.

Sedangkan elbiena terus menahan suaminya dari membuka pintu sebelum tangannya perlahan lahan menjalar di tubuh milik suaminya itu..

untuk pertama kalinya elbiena memandang nya tanpa berpakaian..dan jelas terpampang tubuh seksi milik lelaki itu dengan badan nya yang memilik six pack membuatkan nya menjilat bibir bawah nya berulang kali

"Stop it!"

Bentaknya dan mula menepis tangan wanita itu dari menyentuh dada bidang nya yang terdedah.

"You please..kalini je you layan i okey"

Rayunya lagi dan kembali menyentuh dada nya sambil mengigit bawah bibir nya untuk mengoda lelaki itu...sebelum wajahnya didekatkan dengan wajah lelaki itu ingin mencicipi bibir merah suaminya

Belum sempat elbiena mendekatkan bibir nya dengan lelaki itu dengan pantas arfaaz menolak tubuhnya untuk menjauh dari perempuan itu.

* * *

Sedangkan harith yang baru sahaja ingin duduk di kerusi luar mula terkejut sedari ahmad berlari menuju kearahnya dengan wajahnya yang sudah panik.

"Ahmad kenapa ni? Kau okey tak?"

Tanya harith pelik sedari lelaki itu sudah datang mendekati nya dengan nafas nya yang tercungap cungap.

"Tu..tuan har..cik kayla dah balik ke?"

Tanya nya risau sedari baru balik dari sekolah ingin menjemput kayla..tapi malahan gadis itu sudah tiada disitu.

Sedangkan harith hanya mengerutkan dahinya tidak faham akan apa yang dikatakan lelaki itu..

"Maksud kamu? Bukan ke kayla ada dengan kamu?"

Tanyanya semula pada lelaki itu masih tidak faham..sebab apa yang dia tahu lelaki itu sudah ditugaskan untuk menghantar jemput anak nya.

"Tak sekarang ni dah lewat malam..dah ambik kayla dari sekolah kan? Kamu bawa dia pergi mana? Sampai lewat malam macam ni baru balik"

Katanya lagi sambil melihat dimana anak gadisnya itu.

Sedangkan Ahmad sudah menepuk dahinya..jadi maknanya kayla belum balik lagi..dan kemana gadis itu pergi..

"Ahmad..kenapa diam? Kayla mana?"

Tanyanya lagi pelik sedari lelaki itu sudah bertukar risau sedari dia bertanyakan keberadaan anak perempuan nya.

"Cik..kayla tak ada tuan..saya dah ambik dia dekat sekolah tapi orang kat sekolah tu kata kayla dah balik awal lagi"

Jelasnya takut akan wajah lelaki itu tetiba saja bertukar terkejut bila mendengar apa yang diberitahunya..salah nya juga kerna telah lambat menjemput gadis itu kerna tidak tahu bila kelas tambahannya akan habis.

"Kau cakap apa ni mad!..kayla mana! Macam mana dia boleh tak ada dekat sana! Kau ambik dia pukul berapa mad!"

Bentaknya dan mula memegang kedua bahu lelaki itu menanyakan keberadaan anaknya..

"Kau tahu kan kayla tak tahu jalan sendiri..kalau dia hilang macam mana ha! Aku bayar kau untuk jaga dia mad..kenapa kau tak jaga anak aku!"

Tengkingnya lagi sambil menolak tubuh lelaki itu yang juga serba salah dengan kecuainnya.

"Ma..maafkan saya tuan..saya salah saya betul betul minta maaf atas apa yang dah jadi hiks."

Ucapnya serba salah dengan air matanya yang sudah jatuh membasahi wajahnya..

Sedangkan harith tidak mempedulikan lelaki itu dengan pantas harith memasuki rumahnya dan menghubungi pihak berkuasa untuk mencari dimana keberadaan anak nya..

Ahmad yang melihat kepergian lelaki itu hanya menangis teresak esak disitu..dia sendiri pun risau bila mendapat tahu Kayla sudah tiada disitu..jika sampai terjadi apa apa pada gadis itu ahmad tidak akan bole memaafkan dirinya lagi.

    "Maafkan..pak mad cik kayla.."

Katanya sendiri disitu sebelum Ahmad mengesat air matanya dan terus memasuki rumah itu ingin membantu tuannya mencari dimana keberadaan kayla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience