Bab 33

Romance Completed 1281374

Tepat pukul 10 malam, Nurlisa menapak perlahan ke tingkat 32, kediamannya di Damansara itu. Puas dia memujuk agar Haiqal tidak perlu menghantarnya ke atas, kerana bimbang Haiqal akan salah faham sekiranya terjumpa Syed Arman. Dia tidak bersedia untuk bercerita dengan Haiqal kerana hatinya masih beku, dia perlu mencari kekuatan untuk mendedahkan segala isi cerita silamnya, yang tidak mungkin akan memberi senyuman kepada Haiqal dan keluarganya.
Dengan langkah yang sangat perlahan, dia membuka pintu kondonya dan membuka lampu ruang tamu. Matanya melilau mencari kelibat Syed Arman. Kasut Syed Arman juga tidak kelihatan, bermakna Syed Arman tiada di rumah.
Syed Arman tiada di situ, dia bersyukur. Nurlisa membuka tudungnya dan meletak di atas sofa di ruang tamu itu. Matanya tertancap dengan jambangan bunga Lily di atas meja coffee itu dan jiwanya mulai resah memandang bunga itu.
Kasar dan romantic suaminya terbayang di matanya. Terang dan masih jelas
Tangannya mencapai bunga itu dan membawa ke hidungnya. Wangi dan bau Syed Arman masih melekat pada bunga itu
‘Dia kesini rupanya tadi, pasti dah balik’ detiknya.
‘Pasti dia bosan menunggu aku, arrrhhhhgggg aku jer yang mengharap,’ Nurlisa bermonolog dengan dirinya sendiri
‘Sofea tidak pernah berhenti menyintai abang, Sofea bersumpah hanya abang yang ada di dalam hati Sofea,’ Nurlisa berkata perlahan, entah kenapa dia merasa selesa setiap kali meluahkan cintanya, biarpun tidak kedengaran oleh sesiapa.
Dia memeluk Bunga lily itu perlahan, dia sangat rindukan bau itu.
Tapi untuk hari ini …. biarlah Syed Arman tiada di sini..
Bolehlah dia memberi ruang kepada dirinya untuk bersendiri malam ini, mencari kekuatan untuk pagi esok. Dia perlu mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Syed Arman.
Nurlisa terus ke dapur, mengemas buah tangan daripada keluarga Haiqal. Dia mengambil buah rambutan dan meletakkan di atas meja makan, menyimpan ikan jeruk ke dalam peti sejuk, juga menyimpan asam pedas di peti sejuk juga. Dia tiada mood untuk berbuat apa apa, melainkan ingin merehatkan badannya.
Nurlisa meletakkan kotak yang di pesan dengan Haiqal di tepi dapur itu, dia berniat untuk membuka kotak tersebut keesokkan harinya. Dia sudah terlalu penat.
‘esok sahajalah call Eiman, mommy dah penat sayang, mommy nak rehat’ kata Nurlisa sendirian.
Dengan langkah yang longlai dia menuju ke biliknya. Dia harus menyiapkan baju dan tudung yang akan di pakai keesokkannya. Dia juga perlu mengemas biliknya, sudah beberapa hari katilnya tidak di kemas rapi. Dia juga perlukan bau Syed Arman untuk tidurnya lena.
Apa yang perlu dilakukan hanya lah menyempur perfume YSL itu, itu sudah cukup membuatnya lena. Dia sudah terbiasa dengan bau itu sepanjang 5 tahun yang penuh rindu.
Dengan membekalkan lampu dapur, Nurlisa membuka pintu biliknya, menuju ke katil empuknya dan menghempaskan badan dengan jiwa yang sangat penat.
Tapi untuk kali ini, badanya tidak menjamah tilam, tapi Nurlisa merasakan ada tangan yang memeluknya kemas. Dia bingkas bangun, tapi tangannya di tarik kuat, sehingga dia terhempas di atas badan yang terbaring di atas paling tepi itu.
“Sayang pergi mana sekarang baru balik, I nak mati dah tunggu dari siang tadi,” suara itu sangat selesa meresap ke telinganya.
Nurlisa sudah keras kejung, dia sudah tidak boleh bernafas normal. Dia sudah sesak nafas, oksigen juga sudah tidak lagi memberi kerjasama. Tangannya dan dahinya sudah berpeluh.
Nurlisa menahan nafas, dia hampir menangis dengan kejutan itu.
Kenapa Syed Arman berada di rumahnya waktu ini, soalan itu bergema di dalam jiwanya.
Dia cuba mengawal hatinya agar tidak pergi jauh, dia harus terus bertahan.
“Sayang, kenapa diam? Sayang pergi mane? Siapa lelaki tadi?,” soalan Syed Arman itu bukan hanya dimulut tapi tangannya juga kemas memeluk Nurlisa yang sudah terbaring di sebelahnya.
Syed Arman cuba sedaya upaya untuk tidak berbuat sesuatu yang membuatkan dia akan menyesal, tapi gelodak jiwanya sudah sampai ke laut biru.
Nurlisa cuma diam, tidak berkutip, senyap..
Syed Arman juga tidak mendengar suara daripada bibir seksi itu, cuma nafas Nurlisa yang tidak keruan. Dia tahu Nurlisa sedang bertabah dengan perbuatanya.
“I minta maaf, I salah, apa yang you nampak tadi cuma salah faham, I akan betulkan semua salah faham you, I berjanji,” suara Syed Arman terasa sangat dekat dengan telinganya.
Nurlisa dapat merasa nafas Syed Arman di tepi telinganya. Sangat dekat..
Dia masih cuba bertenang apabila terasa bibir Syed Arman sudah mendarat di telinganya. Terasa bibir itu memcium lembut telinganya dan terus mendarat ke lehernya.
Lama dan deras nafas Syed Arman mengetar jiwanya. Nurlisa sudah tidak keruan. Peluh di dahinya sudah menitik. Dia hampir lemas dengan gelodak jiwanya. Airmatanya sudah merembas keluar, deras..
Dan Nurlisa sudah hanyut kembali ke dalam dunianya, walaupun dia sudah berpulas menahan diri.
“Abang, Sofea rindu abang, bertahun Sofea tunggu abang, Sofea rindu nak peluk belakang abang masa tidur, Sofea rindu nak letak bibir Sofea kat belakang abang. Sofea nak abang,” suara Nurlisa sudah bergema dengan tangisan di bilik itu.
Nurlisa memusing badanya mengadap Syed Arman dan terus memeluknya kemas. Bibirnya melabuhkan kucupan dibibir jantan Syed Arman. Kemas dan kejap. Nurlisa dapat merasakan Syed Arman membalas kucupannya, bibir Syed Arman sudah bergerak menikmati kucupan itu.
Dan kucupan itu memberi nikmat yang tidak terbilang kepada Syed Arman, namun Syed Arman cuba bertenang.
Dia tahu Nurlisa yang mengucupnya bukan Nurlisa yang sebenarnya, ini berdasarkan panggilan abang sekejap tadi. Tapi untuk kali ini, dia ingin sekali menikmati kucupan daripada bibir yang sudah lama dia mimpikan. Dia mahu menjadikan ini adalah kucupan yang pertama dalam ingatannya.
Bibir Nurlisa sudah galak bergerak ke lehernya. Dia dapat merasakan perlakuan Nurlisa itu memberi nikmat yang sangat luarbiasa. Dia perlu hentikan Nurlisa sebelum Nurlisa memarahi dirinya yang mengambil kesempatan terhadap dirinya yang tidak terletak di dunia sebenar.
Dia mendengar nafas berat Nurlisa, memberi makna Nurlisa sudah penat.
“Abang, kenapa stopkan Sofea? Sofea nak abang, dah lama Sofea rindu kat abang. Please jangan tinggalkan Sofea. Kali ini please stay, Sofea janji takkan buat abang marah lagi,” tangan Sofea pantas membuka kancing baju kemeja Syed Arman.
Syed Arman sangat terkejut dengan tindakan pantas Nurlisa
“Sofea nak belakang abang jer, Sofea nak kiss belakang abang, please abang, lepas kiss Sofea janji tak kacau abang dah,” baju Syed Arman sudah terlondeh ke bawah. Debaran Syed Arman kian kencang, dia juga tidak keruan.
Sofea menarik baju kemeja Syed Arman dan memcampak ke tepi katil. Terserlah badan sasa Syed Arman yang menjadi kegilaan Nurlisa, sudah lama dia merindui badan itu. Syed Arman dapat merasakan tangan Nurlisa mengosok dadanya, membelai perlahan sampai mencium tengah dadanya.
Syed Arman sudah hampir pitam. Jiwa lelakinya sudah hampir roboh. Dia merasakan bibir Nurlisa sangat lembut dan terlekat penuh di bulu dadanya.
Syed Arman juga hampir lemas dengan perlakuan romantik Nurlisa
Dia berusaha sedaya upaya untuk mengawal dirinya, sehabis usaha, jiwa lelakinya sudah hampir luncai..
Keadaan mereka masih di atas katil, masih berkeadaan duduk di katil empuk itu. Nurlisa memusingkan badan Syed Arman. Dia memeluk Syed Arman daripada belakang dan mencium belakang Syed Arman mesra. Tangannya terletak dia kedua dada Syed Arman. Kemas dan kejap.
“Abang, Sofea rindu sangat dengan belakang abang. Belakang abang besar, Sofea boleh letak kepala Sofea sini, barulah boleh tidur,” Nurlisa melonggarkan pelukannya dan pegangan tangan di dada Syed Arman juga semakin longgar, kelihatan peluhnya sudah membasahi belakang Syed Arman.
Syed Arman memegang Nurlisa dan membaringkan ke katil. Dia pantas menyarungkan bajunya dan menuju ke bilik air.
Nurlisa harus di sedarkan, detik hatinya, walaupun jiwa lelakinya sudah hampir tewas
Aku tidak boleh ambik kesempatan di atas kesakitannya, detik hati itu lagi
Syed Arman membasahkan tuala kecil yang di ambil di bilik air dan meletakkan ke pipi Nurlisa, mengosok perlahan sehingga ke dahi dah leher Nurlisa. Dia mahu Nurlisa sedar dan mereka boleh berbincang dengan tenang.
Dalam beberapa minit, Nurlisa masih juga tidak sedar dan dia mendengar dengkuran halus dari bibir gadis yang sangat di cintai itu.
Mata Nurlisa juga masih terpejam dan dia mengagak Nurlisa sudah tidur kerana kepenatan dengan melawan kesakitan sebentar tadi. Dia pantas menarik selimut dan menguatkan aircond di bilik itu. Dia memandang Nurlisa dengan pandangan yang penuh simpati, dalam masa yang sama cintanya tidak terhingga kepada gadis jelita itu.
Tangan Syed Arman membelai mesra wajah Nurlisa, tangannya mengosok perlahan bibir seksi Nurlisa, tangannya melekat di situ lama.
‘I akan fight untuk kita, I nak you jadi isteri I’ suara Syed Arman kedengaran lemah apabila mengingati Sakinah dan Uminya.
‘Tidur dulu sayang, nanti kita kena berbincang’ Syed Arman mencium mata dan dahi Nurlisa, penuh kasih sayang
Dia harus menunggu sehingga Nurlisa bangun dari tidur untuk mereka berbincang.
Dia tidak boleh tunggu sehingga esok. Dia tidak mahu suasana tidak selesa antara dia dan Nurlisa di meja mesyuarat esok.
Syed Arman menapak ke bilik air, dia berkira untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat isyak. Dia harus mandi kerana perbuatan Nurlisa tadi sudah mewajibkan dia mandi sebelum solat.
Syed Arman tersenyum sendiri, dia bahagia.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurlisa terjaga daripada lenanya apabila mendengar notifikasi masuk ke iphone tu. Beberapa kali notifikasi masuk, membuat dia terjaga dari lenanya.
Nurlisa bingkas bangun, jam menunjukkan pukul 12.00. Dia mencapai telepon di sebelahnya dan cuba untuk membuka dengan menekan password, tetapi gagal. Nurlisa memegang telepon dengan kemas dan cuba membuka lagi dan lagi, tapi masig gagal.
Apabila Nurlisa melihat di skrin telepon, dia dapat membaca message yang masuk dan seperti yang bukan untuk dirinya.
Melalui notifikasi itu, dia mula membaca satu persatu, dengan jelas dan terang. Dia scroll ke atas dan membaca dari text yang pertama.
~Arman, I rasa you tahu I ni penyabar, and I boleh tunggu more than 6 years. You tahu kan?~
~and I rasa you pun tahu yang sabar tu ada batas dia, sabar tu ada penghujung dia~
~I tak nak ugut you, I tak nak marah you, I cuba nak cakap yang I tak boleh selamanya bodoh~
~Jadi, starting from today, you will see Sakinah yang lain, yang boleh buat you melutut minta maaf dengan i~
~Kalau you tak nak umi you mati bunuh diri, balik rumah sekarang~
~Bila I kata sekarang, mean NOW NOW~
Dan semasa telepon itu berada di tangan Nurlisa, ada panggilan masuk yang tertera nama “ADAM”
Nurlisa terperanjat dan dia sedar telepon ditangannya adalah bukan milik dia. Dia bingkas bangun daripada katil dan mencari tuan punya telepon tersebut, sambil mulutnya memanggil nama Syed Arman.
“Kenapa Sayang? I tengah masak, kejap lagi kita makan. Sayang pergi mandi dulu,” Kelihatan Syed Arman memakai apron dengan tidak berbaju. Dia tersenyum manja memandang Nurlisa yang tercungap cungap berlari ke dapur.
“Baru tinggal sekejap, dah rindu, sweet sangat sayang I ni…,” gurauan itu tidak mendapat balasan daripada Nurlisa.
Nurlisa memandang ke arah ruang tamu, dia tidak memandang Syed Arman yang sangat mengoda itu, sambil menghulurkan telepon kepada Syed Arman. Semasa Syed Arman menyambut huluran tangan Nurlisa, telepon itu sekali lagi berbunyi.
“Ya…what!!!!...,”
“ok ok. Aku gerak sekarang,”
Kelihatan Syed Arman panik, sambil dia menanggalkan apronnya.
“Sayang, ambikkan baju I kat bilik. I kena ke hospital, Umi tak sihat,” suaranya itu kedengaran sangat panik. Nurlisa terus ke bilik dan membuka lampu bilik. Kelihatan kemeja Syed Arman tersangkut dia penyidai tuala itu.
“Cepat sayang,” Nurlisa berlari ke depan sambil menghulurkan kemeja itu kepada Nurlisa. Syed Arman menghulurkan tangan untuk Nurlisa menyarungkan kemeja itu. Mata Syed Arman tajam memandangnya. Nurlisa dengan pantas membutang baju itu sambil matanya memandang ke bawah. Dia tidak sanggup memandang mata Syed Arman
Tangan Syed Arman memegang muka Nurlisa, mengucup bibir seksi itu dengan laju dan kasar sehinggakan Nurlisa tergerak ke belakang.
Kucupan itu lama, penuh dengan cinta.
“Sayang, I pergi dulu. I nak you tahu I sayang you,” kucupan itu dilepaskan dan dia berlalu pergi selepas menyarungkan kasut.
Nurlisa menutup pintu perlahan, melangkah longlai ke sofa itu, sambil mencapai bunga Lily itu dan mencium kemas.
‘Aku perlu bertabah lagi, sehingga pelangi yang aku tunggu datang’ dia berkata perlahan
BERSAMBUNG
Semasa jejaka itu tidur, gadis itu membalikkan badan jejaka itu. Sudah seminggu mereka berkahwin dan malam tadi adalah malam pertama mereka. Semasa mereka bersama, jejaka itu merentap tangan si gadis itu apabila tangan gadis itu menyentuh belakangnya.
Si gadis itu terkejut apabila melihat belakang badan jejaka itu penuh dengan parut. Dia mengosok perlahan di tempat parut itu dan meniup perlahan. Dia sangat simpati dengan jejaka itu.
Dia mencium parut itu dengan bibirnya, tidak pula mengejutkan jejaka itu. Dia berjanji akan memastikan belakang itu akan menjadi miliknya satu masa nanti.
Dia bangun dari katil itu dan menuju ke tingkat bawah. Dia perlu menghormati permintaan jejaka itu agar mereka tidak tidur sekatil kerana jejaka itu tidak suka orang asing.
Gadis itu tersenyum sambil berjalan dengan lemah. Ari arinya masih sakit kerana peristiwa malam tadi. Dia juga perlu berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience