Rate

Chapter 2

Young Adult Series 1899

It's like a big black hole
in my heart,
I'm trapped in the dream.
-l.dami

Wanita Serani 50-an yang mesra disapa Auntie Yuna meletakkan sepinggan kecil kek lobak di atas meja.River yang sedang mengubah bunga di dalam pasu memandang sekilas.

"Auntie ni asyik-asyik bagi kek lobak.Cubalah kasi River makanan lain ke?At least River kenyang.Makan kek mana nak kenyang.Gigi rosak adalah." Omel River sambil sengih kecil.

Berubah masam wajah Auntie Yuna.

"Ish budak ni!Banyak komplen pula dia hari ni.Dah tu je auntie reti buat.Karang bagi makan batu dengan kayu marah pula kamu."

River tergelak.

"Gurau je Auntie."

Wanita itu kemudian melabuhkan punggung dihadapan River.Cangkir yang berisi teh peach disisip sesaat lalu diletak ke bawah.

"Ni apa cerita dekat apartment kamu tu?Tadi auntie tengok ada lori masuk sana.Pindah lagi eh?"

River berhenti dari meneruskan kerja.Dia tersenyum kelat pada Auntie Yuna sebelum menyambung kembali perkerjaanya.

"Macam tu lah auntie."

Kini Auntie Yuna pula yang menaruh simpati pada River.Remaja yang berusia 17 tahun ini masih muda lagi.Dia sudah menganggap River seperti anak lelaki sendiri memandangkan River hanya sebatang kara.

Kadang-kadang Auntie Yuna menyuruh River untuk bermalam di rumahnya memandangkan kedai bunga yang dia miliki bersambung terus dengan rumah wanita itu.

Kring!Bunyi loceng yang berdeting di depan kedai mengejutkan lamunan wanita tersebut.Kelibat River sudah tiada di depan meja.River sudah ke kaunter depan.Kek lobak yang tinggal separuh dipandang sepi.

...

River berjalan seorang diri di kaki lima selepas habis kerja di kedai bunga Auntie Yuna.Tali beg sandang digenggam dengan sebelah tangan manakala iris coklat itu menekur jalan.

Tiba-tiba bulu kuduknya merinding.Seakan ada sesuatu yang memerhatinya.Pantas River menoleh ke belakang.Kosong.

Yang ada cuma kedai yang hampir ditutup tidak lama lagi.River menggosok belakang leher.Perasaanya tidak enak.Lantas dilajukan langkah ke jalan yang lebih terbuka.

River membuat keputusan untuk membeli makanan di kedai runcit Family Mart.Ramen,beberapa onigiri serta botol susu yogurt perisa pisang diambil dan dibayar.

Meja yang berada di belakang menjadi destinasi River untuk makan dengan aman.Sambil itu,novel dari beg dikeluarkan dan dibaca.

River tidak mempunyai sebarang peranti elektronik kecuali ipod dan komputer sahaja.Dia lebih selesa hidup tanpa telefon.

River tergelak kecil saat membaca adegan yang menjadi kegemarannya.Tiba-tiba,ada seorang lelaki duduk dihadapannya.River tidak ambil peduli.Matanya masih melekap pada muka surat novel.

"River Lee.."

Saat namanya dipanggil terus River mendongak muka.Ditoleh kiri kanan.Mencari kelibat yang duduk dihadapannya tadi.

River menjadi gugup.Tak semena-mena perasaan takut itu datang kembali.Jantungnya pun berdetak pantas.

'Siapa tadi tu?' Desis hatinya.

Segera River menghabiskan makanan.Dia sudah tidak merasa selamat dengan apa yang baru sahaja berlaku tadi.Lebih baik dia pulang ke rumah.

Habis sahaja makanan,dia segera mengemas meja dan keluar dari kedai runcit tersebut.River berlari laju ke kejiranan mereka.

Butang lif ditekan berkali-kali tapi sayang sekali,ia tidak berfungsi.Memandangkan apartment River berada di tingkat tiga lelaki itu membuat keputusan untuk mendaki tangga sahaja.

Dia hampir kehabisan nafas.Nasib baik dia sempat langkah dua tangga terakhir sebelum bergegas ke apartment miliknya.

Kunci segera dicari.Pada saat itu deruan angin malam mencucuk kulit epidermis River.Serta-merta River terjatuhkan kunci apartment.

Saat membongkok untuk mengambil kunci,satu suara mendayu seakan memanggil-manggil namanya.

"River..River..River..River Lee.."

Dari kejauhan,seorang wanita dengan baju dan seluar yang rabak berjalan perlahan.Percikan darah tiba-tiba memenuhi dinding dan lantai apartment.

Penglihatan River menjadi kabur.Dia tidak dapat mengecam wajah wanita itu tapi saat dia melihat darah pekat yang tersembur keluar dari kepala wanita itu,River mati kata.

Lelaki itu terkedu.Peluh jantannya menitik ke bawah.Terasa lemah lutut River.Cepat-cepat River membuka kunci pintu rumah lalu River bergegas masuk.Pintu ditutup rapat dan dikunci.

Dengan terkocoh-kocoh kasut dilempar ke tepi.River segera menyorok di bawah selimut.Telinga ditekup rapat manakala mata dipejam rapat.

Ketakutan menyelubungi jiwa remaja ini.Dalam fikiran hanya mahukan mendiang ibu sahaja dan pada waktu yang sama River mencarut.Berulang kali.

"Shit!Matilah aku,matilah aku,matilah aku."

Bibir River membiru dan mengigil teruk.Wajahnya pucat.Jadi rumor yang pernah beredar di kejiranan mereka ternyata benar.

Ada roh wanita yang tidak aman sedang bergentayangan di kejiranan mereka.Disebabkan itu satu persatu penghuni yang pernah menetap di situ berpindah ke tempat lain.

River tahu akan rumor itu.Tetapi dia seorang yang sangat tidak mempedulikan orang-orang di sekelilingnya.Baginya,tidak perlu untuk mencampuri urusan hidup orang lain.

Uruskan hidupmu yang sudah sedia kacau-bilau.Itu sahaja yang berada di benaknya.Buat River,rumor hanyalah sekadar khabar angin yang dibawa dari mulut ke mulut.

Jika perlu,ditambah beberapa perisa agar khabar angin itu bertambah pedas.

tbc

(hi im really sorry sebab lambat update i was too busy with my life and jarang nak update kat sini.i usually update faster kat since im more adapt to the app however since dah bulan puasa ni life i agak busy so kepada yang muslim di luar sana selamat menyambut bulan Ramadhan ni??)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience