Rate

Chapter 1

Young Adult Series 1899

"My interpretation was right
that I couldn't sleep that night."
-yuki

Cahaya matahari yang menyelinap masuk dari luar beranda menganggu lenanya.Selimut tebal dibawa menutup kepala.

Hujung minggu merupakan cuti umum buat pelajar sekolah seperti River jadi dia berasa malas untuk ke mana-mana.

Playstation yang diguna semalam masih terpasang pada tivi.Cakera padat berserakan di atas lantai.Begitu juga sisa-sisa plastik keropok dan tin minuman.

Sinki dapur masih penuh dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci.

Apartment yang didiaminya sangat murah dan kecil untuk remaja lelaki sepertinya.River tinggal sebatang kara.Ibunya sudah lama meninggal.Selepas dihalau dari rumah oleh ayahnya,River membuat keputusan untuk berdikari.

Lelaki keparat itu tidak pantas untuk dipanggil sebagai bapa kandungnya.Lelaki itu lebih memilih keluarga baharunya dari River yang masih belia pada waktu itu.

River menguak selimut jauh dari wajah.Tangan dibawa ke atas dahi.

"Sudahlah..buang masa aku fikir benda macam tu.." Gumam River.

Jendela yang ditutup dengan langsir dipandang.Tangan dibawa ke arah cahaya yang berada di antara dua langsir yang separuh tertutup.

River diam seketika.Ligat dia berfikir.Jam yang berada di atas meja dipandang.9 pagi.

"Aku ada urusan ke hari ni?" Teka River sendiri.Berkerut dahinya memikir sehinggalah dia melihat sebuah nota yang melekat di dinding tempat dia belajar.

Jangan lupa tengah hari esok tolong auntie kat kedai bunga.Auntie tunggu!

from,
Auntie Yuna.

Terbeliak mata River.

Hampir dia terlupa akan pesanan Auntie Yuna.Semalam dia ada singgah di toko bunga Auntie Yuna dalam perjalanan balik ke rumah selepas pulang dari sekolah.Dia suka melepak disitu untuk menolong apa yang patut.

River terus mendadak bangun dari tempat tidur.Kepalanya diurut sekejap.Pening seketika.Lekas dia pergi ke dalam bilik air.Beberapa minit kemudian River kembali semula dengan wajah yang basah.Dilap muka sendiri dengan hujung lengan baju.

Rambut yang panjang ke depan dikuak ke belakang lalu diikat.Ikatan rambutnya menyerupai air pancut yang kecil.Segera River melipat selimut dan disusun bantal satu persatu.Dicabut plug playstation dan disimpan.Cakera padat yang bertaburan dikumpul semula.

Langsir dibuka seluasnya bersama cahaya matahari yang berebut-rebut masuk ke dalam.Matahari terlalu sirna hari ini.

River kemudian beralih ke dapur.Ruangan tempat tinggal yang kecil memudahkan kerja River untuk mengemas biliknya.

Apartment River muat untuk seorang sahaja memandangkan meja belajar River bersebelahan dapur yang kecil.Manakala tempat tidur berhadapan sebuah meja panjang yang diletakkan di tengah-tengah permaidani kecil.

Pinggan mangkuk yang penuh dalam sinki dicuci satu persatu.River seorang yang jarang memasak di rumah.Kedai runcit Family Mart yang berada di sebelah apartment acap kali menjadi tempat River memenuhi tembolok yang kosong.

River tidak memilih.Lagipun dia berjimat untuk bulan ini memandangkan duit gajinya habis untuk perbelanjaan dapur dan buku sekolahnya.

Biasiswa yang diberikan kepada River diguna sebaik mungkin.Anehnya,rumah yang River diami saat ini masih dibayar oleh ayah River.Mungkin itu merupakan amanat terakhir dari ibu River.

Sekurang-kurangnya masih terselit kebaikan dalam jahatnya seorang ayah itu.

Selesai mencuci pinggan,River terus mandi dan mencuci bajunya.Tidak mengambil masa untuk River berada di dalam bilik air memandangkan dia tinggal seorang diri.

Menjejak ke angka sebelas pagi,River berdiri di hadapan cermin yang lebar.

Dia hanya mengenakan tshirt hitam di dalam sementara jaket denim berwarna coklat tua disarung pada tubuh.

Tali pinggang dililit dan hujungnya disisip di tepi seluar.Rambut yang masih lembap digosok kasar agar tampak messy.

Beg sandang besar berwarna putih diisi dengan buku-buku dan alat tulis.Botol air yang sudah diisi turut diletak ke dalam beg.

River menyembur minyak wangi pada dirinya sebelum dia melihat lagi penampilan dia pada pagi itu.Sempat dia berkenyit mata pada pantulan cermin.Cun!

Kasut canvas putih disarung dan pintu rumah dikunci dari luar.Tiba-tiba terdapat beberapa orang lelaki berpakaian biru keluar dari apartment tidak jauh dari miliknya.

"Tumpang lalu dik." Salah seorang dari mereka menyapa River.Segera River memberi laluan kepada mereka.

Lelaki-lelaki itu sedang memindahkan barangan perabot dari apartment itu.Seorang wanita sibuk membuat panggilan di luar apartment itu.River mengemam bibir.

Nampaknya,seorang lagi tetangga yang menginap di kejiranan itu pindah.Beberapa minggu lepas,sudah tiga orang pindah dari apartment tersebut.

River hanya memandang dengan tatapan sedih dan mengeluh kecil.Segera dia turun ke bawah menggunakan tangga.Dia tidak boleh lama-lama.Auntie Yuna akan mengamuk kalau dia lambat.

tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience