Isnin
Tepat pukul 7.30 pagi Lisa sudah terpacak di Menara Endah. Lisa berkira kira untuk meletakkan bunga lily dan buku motivasi di bilik bossnya sebelum pukul 8. Oleh kerana waktu bekerja pukul 8.30 pagi, pada hemat Lisa, Bossnya akan sampai pukul 8 pagi. Jadi waktu meletak barangan dan meninggalkan office ketuanya sangat tepat.
Dengan kurung Pahang berwarna pastel, bertudung biru gelap, berkasut tinggi, Lisa kelihatan seperti model di pentas peragaan. Walaupun tinggi Lisa tidak seperti model, tapi lengkapan cantik Allah kurniakan pada Lisa sangat sempurna. Lisa tahu tentang cakap cakap staff di Menara Endah tu. Danish ceritakan semua gossip itu kepada Lisa. Dengan status single, nama Lisa menjadi sebutan semua staff. Lisa tahu itu, tapi mereka tidak tahu status sebenar Lisa.
Lisa mengeluh perlahan.
Apabila sampai di pejabatnya, Lisa meletakkan buku di rak kecil library itu. Lisa juga membuka jambangan bunga Lily dan di letakkan di dalam dua pasu kaca itu. Satu untuk biliknya, satu lagi untuk bilik bosnya. Dua buku motivasi karya Prof Muhaya dan The Power of Positive Thinking yang ditulis oleh Norman Vincent Peale. Kedua dua buku itu menjadi koleksi peribadinya sekian lama. Semasa hampir tersungkur dulu, ini juga peneman kepada duka dia, cara Lisa untuk bangkit.
Dengan mengelek buku di ketiak, tangan pula memegang pasu bunga lily itu, Lisa berjalan pantas ke bilik bosnya. Jarak bilik Lisa dengan bilik bosnya tidak sampai 10 meter, jarak itu adalah ruangan berkerja staffnya yang seramai 5 orang itu. Ruangan mereka adalah ruangan terbuka.
Tepat pukul 7.45 pagi, Lisa membuka bilik bosnya. Mengikut cerita Danish, seorang secretary akan di tugas kan oleh menjaga bosnya. Mungkin hari ini secretary itu akan melapurkan diri. Menurut Danish juga, secretary yang menjaga bossnya adalah salah seorang PA daripada pejabat CEO.
Lisa meletakkan dulu bunga Lily di atas meja utama bilik itu. Selepas selesai membetulkan kedudukan bunga itu, langkah Lisa berganjak ke rak buku di sudut kiri pejabat itu. Kelihatan beberapa buku Yayasan sudah berada di rak itu. Beberapa buku Yayasan juga berada di bilik Lisa. Cerita Yayasan Endah sudah lama dibukukan oleh Danish atas arahan founder Yayasan itu iaitu Syed Awaludin. Mengikut cerita Adibah, cerita Yayasan itu adalah sebuah cerita yang hebat, yang senantiasa segar di mata semua pekerja Endah Holdings.
Selepas selesai menurunkan tandangan di kedua buku itu, Lisa meletakkan dengan penuh cermat, seperti meletakkan kaca di sudut paling tepi. Lisa menguis guis habuk kecil di tepi rak itu. Lisa tersenyum puas. Puas kerana setiap buku sangat bermakna padanya.
“You siapa? Buat apa dalam bilik I,” suara yang tidak merdu menerjah telinga Lisa.
Seperti terkena renjatan elektrik, Lisa bingkas bangun. Lisa terkejut bukan sahaja kerana suara itu, juga kerana bau perfume yang jelas menusup hidungnya.
Lisa masih tidak memandang kepada suara itu, Lisa mula mengigil, peluh habis mula keluar dari dahinya. Keadaan sangat jelas yang Lisa ketakutan. Tapak kaki suara itu perlahan menghampiri Lisa. Jarak mereka sangat dekat berdasarkan kepada bau daripada tuan badan itu.
Dek kerana ketakutan, tangan Lisa sudah basah dengan peluh, jantung Lisa juga sudah mengepam dengan laju. Lisa menahan air matanya daripada keluar.
“Excuse me, suara I tak cukup kuat atau you yang pekak?,” terjah suara itu sangat dekat dengan telinga Lisa. Sangat dekat. Ya, suaranya sangat serupa, baunya juga.
‘Jangan Kau temukan aku dengan dia di sini Ya Allah, aku tak kuat Ya Allah’ Lisa menangis di dalam hatinya.
Lisa tidak boleh berfikir, akalnya berhenti berkerja..
Lisa cuba sedaya upaya untuk bertenang, Lisa mengagak itu adalah bosnya, kerana dia menyebut tentang biliknya. Ya Allah, beri aku kekuatan. Tolong aku Ya Allah, jiwa Lisa merintih. Apa apa Lisa harus menjawab pertanyaan itu. Tidak manis kalau tidak di jawab.
Dengan perlahan Lisa mengangkat muka untuk memandang suara itu. Lisa mengurut dadanya perlahan.
Sebelum kepala Lisa betul betul lurus, suara Lisa sudah kedengaran dengan mengigil ketakutan.
“Maafkan saya Tuan, saya letak buku tadi di sini, saya minta maaf kalau masuk bilik tuan tanpa izin. Maafkan saya,” Lisa menundukkan kepala tanpa memandang wajah itu. Lisa bergerak cepat ke arah pintu. Kaki Lisa sudah hampir lembik, tetapi Lisa gagahkan diri.
‘aku harus keluar dari bilik ini’, rintih Lisa di dalam hatinya.
“Hello, jangan takut lah, aku tak makan orang, aku makan nasi macam orang lain juga,” ujar suara itu sekali lagi. Sah, memang suara dia. Lisa tiada pilihan, dia harus mengangkat muka. Lisa tidak boleh lari lagi.
Dengan perlahan Lisa memandang ke arah suara itu. Matanya membulat. Yaa. Memang dia. Itu memang dia. Aku tidak salah, itu memang dia. Kenapa dia berada di sini? Kenapa? Kenapa? Lisa menjerit di dalam hatinya.
Telinganya berdengung, Lisa tidak dapat mendengar lagi
Jantungnya berhenti, betul betul berhenti. Telinganya cuma dapat menangkap suara kasar itu cemas. Ya..Lisa pengsan di bilik itu.
Lisa pengsan..
Syed Arman berlegar legar di Klinik Dr Kamal di Tingkat Satu Menara Endah itu. Sudah hampir sejam dia berada di situ bersama sama dengan Danish, staffnya yang baru di kenali sebentar tadi. Danish juga kelihatan sangat cemas.
Daripada cerita Danish, Syed Arman baru tahu berkenaan perempuan itu. Inilah assistance yang abangnya ceritakan minggu lepas.
Tetapi Syed Arman kehairanan, kenapa dia yang letak bunga lily dan buku itu, kenapa tidak secretary nya. Dan kenapa perempuan itu harus letakkan bunga lily, bukan bunga lain.
“dahlah aku tengah sensitive dengan bunga lily sekarang ni’ omel Syed Arman di dalam hatinya.
Dengan pertanyaan yang tiada jawapan, Syed Arman merasa sangat bersalah, dia tiada niat untuk memarahi Nurlisa yang berada di biliknya. Dia sangat pasti, dia cuma bertanya sahaja, dia tidak tahu bagaimana Nurlisa boleh pengsan.
Nurlisa? Hurmmmm..sedap nama itu, secantiknya orang. Wanita melayu sangat, Syed Arman mengomel di dalam hatinya.
“Tuan Syed Arman, kita ada meeting dengan CEO pukul 10 pagi. Tapi Cik Lisa belum sedar. Tadi Dr Kamal kata Cik Lisa ok, cuma mungkin dia penat,” Ujar Danish memulakan bicara dengan Boss Yayasan Endah itu.
Danish memandang Syed Arman tidak berkelip. Danish juga ingin bertanya kenapa wajah Syed Arman tidak sama dengan Syed Adam. Tidak sama langsung, tetapi mereka adik beradik, seperti CEO beritahu mereka dua minggu lepas.
Wajah Syed Arman seperti Pan Asian, sangat mat salleh. Sangat kacak dan sangat maskulin. Mata Syed Arman juga coklat, berkulit putih. Tetapi Syed Adam berwajah melayu, sangat melayu, bermata hitam. Yang sama tentang mereka berdua adalah ketinggian mereka. Mereka sama tinggi. Ya..tinggi mereka sama
“Kita postpone la meeting tu, saya call CEO. Kejap ya,” balas Syed Arman sambil mendail number di teleponnya.
Danish memandang Syed Arman sambil tersenyum. Apa yang dia dengar tentang Syed Arman tidak sama langsung. Mengikut pemerhatian Danish selepas hampir 2 jam mengenali Syed Arman, dia sangat prihatin. Buktinya dia tidak mahu meninggalkan Cik Lisa sendirian di Klinik ini.
Semasa sampai di bilik Syed Arman sebentar tadi, Danish melihat Syed Arman memangku kepada Cik Lisa. Cik Lisa sudah lembik, kelihatan penuh membasahi tudung Cik Lisa. Danish tidak tahu kenapa Cik Lisa pengsan, tetapi mendengar suara cemas Syed Arman, Danish dapat merasakan keprihatinan Syed Arman terhadap pekerjanya.
Apabila staff Klinik lambat sampai ke tingkat 30 di Pejabat Syed Arman, Syed Arman yang mendukung Cik Lisa ke Klinik Dr Kamal. Berkali kali Syed Arman menepuk pipi Cik Lisa, tapi Cik Lisa tidak juga sedar.
Dalam menunggu Cik Lisa, kedengaran Syed Arman bercakap dengan CEOnya.
“Abang, meeting nanti kita postponed ya, aku kat Klinik bawah ni, Cik Lisa pengsan”
“Pengsan kat bilik aku pulak tu”
“Dr Kamal kata she’s okay, cuma dia tak sedar lagi. Dah 2 jam dah”
“Aku tunggu sampai dia sedar, tak yah la datang, aku dengan Danish ada ni”
Selepas menghabiskan percakapan dengan abangnya, Syed Arman kelihatan sedikit lega. Sedari tadi nampak dia sangat stress, mungkin risau dengan keadaan Lisa.
“Sesiapa yang menunggu pesakit yang pengsan tadi ya?,” suara nurse memecahkan keheningan mereka berdua. Dengan spontan mereka berdua bangun sambil menyahut pertanyaan nurse tadi.
“Pesakit dah sedar, tapi badan dia sedikit lemah. Pesakit berkeras untuk sambung kerja juga. Dr Kamal akan beri MC untuk dua hari. Encik berdua boleh bawak pesakit balik ya,” nurse itu berkata lagi sambil tersenyum dengan gelagat mereka berdua.
Syed Arman dan Danish terus masuk ke ruangan berehat itu. Apabila mereka menyelak langsir itu, kelihatan Lisa masih terbaring sambil memejam mata. Nampak dengan jelas Lisa masih lemah, kelihatan mukanya pucat.
“Cik Lisa, Dr beri mc selama 2 hari. Tadi boss dah postponed meeting kita dengan CEO. Saya hantarkan Cik Lisa balik ya, Cik Lisa kena berehat,” kata Danish penuh sopan.
Lisa membuka mata dan memandang Danish dengan senyuman tawar. Lisa dapat merasakan badannya sangat penat. Dia ingat semuanya, semua kejadian sebelum dia pengsan tadi. Hatinya mula tertanya tanya, siapakah yang dia jumpa tadi.
“Cik Lisa, ini saya kenalkan, bos baru Yayasan Endah, Syed Arman Ziyad, dan Tuan Syed Arman, ini juga saya kenalkan Cik Nurlisa Sofea, Yayasan Public Manager,” suara Danish memang sangat jelas ke telinga Lisa.
Syed Arman Ziyad? Memang nama dia, itu memang dia.
Dengan penuh kepayahan, Lisa memandang ke arah Syed Arman. Takut atau tidak, dia harus memberanikan diri.
Tapi tuan punya badan terlebih dahulu bersuara
“Cik Lisa, I minta maaf kalau sebab I berkasar tadi buatkan Cik Lisa pengsan. I tiada niat. Maafkan I ,” Suara itu bergetar lagi di telinga Lisa. Tetapi kenapa perkataannya terlalu formal. Matanya juga tidak tajam seperti 5 tahun dulu.
‘kenapa dia seperti tidak kenal aku, kenapa seperti dia tidak teruja. Tidak reaksi terkejut langsung apabila tengok aku, Lisa bercakap sendiri.
‘Atau memang dia telah membuang aku dari hidupnya. Yer, aku ini cuma gundik halal dia. Tiada taraf di mata dia, memang aku sampah, seperti yang dia selalu kata 5 tahun dulu’ air mata Lisa tumpah tanpa boleh di tahan. Matanya berbalam memandang Syed Arman
“Cik Lisa, ada perkataan I yang buat terasa, I’m sorry again,” Syed Arman berkata lagi, dia tidak faham kenapa Nurlisa begitu sensitive, tetapi dia cuba untuk berbaik.
Lisa masih tidak bersuara, tapi matanya memandang Syed Arman tidak berkelip. Perlakuan spontan Lisa itu mengundang tanda tanya Danish. Danish kehairanan dengan perlakuan Nurlisa. Nurlisa sangat professional, tidak seperti hari ini.
“I rasa Cik Lisa kena balik berehat, you nampak sangat penat, mungkin kita jumpa next 2 days, selepas you back to work,” cadangan Syed Arman itu mendapat persetujuan daripada Danish. Danish menganguk setuju.
Akhirnya Nurlisa bersuara
“Maaf sangat sebab susahkan you on your first day. I masuk bilik you sebab nak letak books and bunga lily. Tak sangka you datang awal pulak,” Lisa berkata lemah. Lisa juga harus berlakon tidak mengenali Syed Arman seperti Syed Arman tidak mengenali dirinya.
Syed Arman tersenyum manis, menandakan dia tidak kisah dengan peristiwa pagi tadi. Danish lega apabila mendengar suara Lisa.
“Danish, postpone semua meetings I ya, I rehat lah today, Insyallah jumpa esok,” ujar Lisa sambil memandang Danish. Danish menganguk sambil menghadiahkan senyuman paling mesra.
Syed Arman juga tersenyum lega.
Nurlisa berhati rawan.
Nurlisa harus memberi ruang kepada akalnya untuk berfikir, dia berkira kira untuk balik dan berehat sambil memikirkan langkah yang akan dia pijak esok.
Persoalan yang sama berlegar legar di dalam hatinya.
Kenapa Syed Arman tidak kenal aku langsung?
Di dalam suasana yang menghimpit perasaan itu, Nurlisa bersyukur kerana Syed Arman masih hidup, masih sihat, masih boleh tersenyum. Nurlisa merasa lega kerana wajah yang di rindui sekian lama itu akhirnya dapat di tatap, dapat di jamah walaupun dengan pandanganmatanya.
Bersambung..
Dia masih lagi kacak, bibirnya masih lagi merah, badanya masih lagi maskulin – Nurlisa Sofea
Share this novel
apa sebenarnya yang terjadi pada syed Arman sampai lupa ingatan