BAB 1

Family Completed 1827

“Liyan !” jeritan Abah tak payah guna pembesar suara. Rock kapak pun
kalah dengan suara abah aku walaupun pitching lari. Tiap-tiap hari
menjerit sejak aku jadi penganggur terhormat ni.
Aku menerkup telinga menggunakan bantal busukku. Selimut ditarik hingga
menutupi muka.
Tok! Tok! Tok!
“Abah! Orang nak tidur lagilah.” Rungutku. Pintu diketuk kuat macam nak
pecah dikerjakan oleh abah!
“Hoi! Bangunlah… anak dara apa bangun lambat ni! Matahari pun menangis
tengok kau yang tak bangun-bangun lagi. Matahari dah tegak di atas
kepala kau dah tu Liyana !!” Satu jeritan lagi kedengaran
ditelingaku. Aduh! Bingit telinga…
Tapi suara yang agak garau itu bukan suara abah. Aku cam sangat suara
abah yang memang mengalahkan suara Jaclyn Victor tu. Cuma suara abah
agak terlebih pitching… Biasalah tiap-tiap hari berlatih berteriak
jadi jam lonceng aku.
Aku cuba mengamati suara yang sedang membebel disebalik pintu. Kemudiaan
satu senyuman tergaris di pipi comelku.
Aku kenal suara tu!
Aku terduduk lalu bersedia untuk melompat dari atas katil yang serba
hijau tapi apa punya jenis malang kakiku tersangkut di selimut.
Gedebuk!
Aku tergolek dari atas katilku. Kepala yang malang menjadi sasaran
terkena lantai terlebih dahulu disapu perlahan. Sakit!
“Aduh…” rengekku sambil bersila.
“Apahal macam bunyi nangka busuk terjatuh tu Liyana ? Aku tahulah engkau
tu busuk! Jangalah memperbusukkan diri engkau yang sedia busuk tu.”
Terpekik terlolong mamat disebalik pintu bilikku.
Ceh! Mulut tu yang busuk sangat. Nasib baik aku ni baik! Kalau tak aku
dah tenyeh-tenyeh mulut tu. Kemudian lempar dekat longkang! Omelku dalam
hati.
Aku bangun lalu berjalan terjongket menuju ke pintu bilik. Danish yang
sedang bercekak pinggang sambil membebel walaupun aku tidak tahu sangat
apa yang dibebelnya dari tadi. Badan Danish terkujur kebelakang sedikit
apabila aku memeluknya erat.
Betapa rindunya aku terhadap lelaki ini. Sudah hampir empat tahun aku
tidak bertemu dengan satu-satunya abang kesayanganku. Kami hanya
berhubung melalui Skype sahaja setiap kali aku merengek untuk menatap
wajahnya.
“Sayang Along…” Kepalaku dikusap perlahan seperti dahulu. Aku masih lagi
dalam keadaan yang sama. Badan along masih lagi ku peluk erat. Air
mataku mengalir laju. Aku benar-benar tidak mempercayai kewujudannya
kini. Ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan.
“Apa mimpi Along balik ni? Dah bertahun dekat sana tetiba sahaja muncul
depan mata. Tiada sound langsung dia nak balik.” ujarku sambil
meleraikan pelukan.
Air mata yang mengalir dari tubir mata dikesat lembut oleh Danish. Empat
tahun lalu Danish membawa diri ke Qatar setelah kematian Kak Sue akibat
barah otak.
Bak tajuk lagu cinta itu membunuhku. Begitulah juga cinta Along dengan
tunang kesayangannya. Cinta Along mati ketika Kak Suraya menghembuskan
nafas terakhirnya di sisi along. Hatinya mati bersama sang kekasih. Ceh!
Berjiwanglah pulak… sejak bila aku tukar profesion ni?
“Liyana ni busuklah! Malulah sikit dekat kawan along…”
“Bila Along tersangkut dengan minah Arab ni?” sindirku. Mataku mencari
gerangan manusia yang didakwa sebagai kawan si Danish ni. Tubuh sasa
Danish ditolak ke tepi. Namun bayang-bayang kawan along ni pun langsung
tidak kelihatan.
“Mana awek kau along?” Iyalah! aku teruja nak tengok bakal ipar sebenarnya.
“Pergi mandi dulu. Kemudian… Liyana masakkan makan tengah hari untuk
kita orang. Along dah rindu masakan Chef Dayana ni. Masih sedap macam
dulu ke atau makin teruk. Ya la… orang kena dah tukar kerjaya menjadi
tauke kebun anggur…”
“Kawan along ada dalam bilik tetamu berehat. Along pun nak masuk
rehatkan badan kejap. Lepas habis masak jangan lupa panggil kami ye.
Abah ada dalam bilik bacaan.” Sambungnya lagi sebelum masuk ke dalam
biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience