BAB 3

Family Completed 1827

Aku hanya memuncungkan mulut mendengar ketawa abah dan along.
Rupa-rupannya kawan along yang ikut dia balik ialah lelaki bukannya
perempuan. Aku mengangkat pinggan lauk di hadapan. Gelak sampai tak nak
makan baik tak payah aku masak.
“Eh! Nak bawa ke mana lauk tu?” soal abah pelik memandangku yang
mengangkat lauk pauk di atas meja. Hampir setengah jam aku menanti
mereka habis ketawa. Kawan along tu pulak masih dalam bilik. Entah pakai
baju ke atau buat baju! Gerun agaknya tengok aku terjerit tadi.
“Ingatkan dah kenyang dah gelakkan orang!” marahku sambil meletak semula
lauk tersebut di atas meja. Bukannya betul-betul nak angkat pun saja nak
bagi warning yang aku tengah panas! Kawan along tu pun sudah turun ke
bawah dengan t-shirt dan kain pelekat? Aik! omputih ni pun pandai
pakai kain pelekat. Along ni bukannya boleh percaya sangat. Entah mat
saleh mana lagi dia bawa cekup balik Malaysia.
Abah berdehem. Along membetulkan posisi duduknya manakala kawan along
mengambil tempat di sebelahnya. Anak mataku memandang ke arah lelaki
tersebut. Ermmm… Handsome juga weii. Mata dia biru!
Kakiku sakit apabila ditendang dari bawah. Siapa lagi kalau bukan along
yang duduk di hadapanku.
‘Handsome tak?’ Mataku dapat menangkap mulutnya yang terkumat kamit.
“Tak pun!” Terpacul pula dari mulutku. Aduhai…
“Apa yang tak Liyan ?” soal abah. Semua mata memandangku.
“Tak… err… Along kata dia makin handsome bah. Tapi yang Liyan nampak
makin boroi adalah.” ujarku gugup. Gelas di atas meja di ambil lalu aku
meneguk air dengan kasar.
“Along ke kawan along?” soal Abah lagi.
Tak pasal-pasal aku tersedak dengan soalan cepumas abah. Apalah abah ni.
Kalau sporting sangat pun janganlah depan-depan sangat. Malu cheq…
“Kamu ni Liyan … kot ya pun janganlah gelabah sangat.”
“Dah… dah! Jom makan. Liyan masak masakan kegemaran along ni.” Aku cuba
tukar topik. Along dan abah sudah tersenyum kambing. Lelaki itu hanya
berdiam diri sahaja. Mungkin tidak faham apa kami cakap. Yang aku nampak
pipinya sahaja merah semacam.
“Mana Liyan dapat ulam ni? ” soal abah.
“Liyan sempat pergi pasar kejap tadi. Memang plan nak pergi pun. Tak
sangka jugak yang along balik hari ni. So sekalilah beli barang dapur.”
“Sempat juga Liyana pergi.” komen Along. Along aku ni memang ada masalah
nama. Semua orang panggil nama samaran tapi dia memang suka panggil
orang dengan full name. semua orang dia panggil nama penuh. Kalau
dapat bini yang nama berjela-jela alamatnya panjang lidah along aku
terbelit-belit.
“Apa-apa je la… kawan mat saleh along tu tahu ke makan belacan ni? Liyan
cuma masak masakan kampung saja ni ikut makanan kegemaran along. Manalah
tahu dia ingatkan belacan ni keju versi Malaya ke…” Lancar mulutku
bercakap. Abah dan Along merenungku terkebil-kebil begitu juga kawan
along seorang ni.
“Apahal? Bukannya mat saleh ni faham bahasa melayu…” sambungku lagi.
Along dan kawannya saling berpandangan antara satu sama lain.
“Harry kau buat-buat pekak je. Mulut adik aku ni memang busuk macam
longkang!” kata along kepada rakannya.
Aku sudah terkaku. Apa ke jaddahnya along ni cakap melayu pulak dengan
mat salleh ni?
“Takpe. Aku tak kisah!”
Aku yang meneguk air sekali lagi tersedak. Lancar gila mat saleh ni
cakap melayu. Huaggghhhh!!! Mana aku nak letak muka ni… mesti dia
faham apa aku cakap tadi. Jatuh saham nak jadi bini mithali.
Mereka bertiga gelakkan aku. Kurang asam gelugor!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience