Bab 16

Romance Completed 1280357

Bab 16
Selepas Asar, Syed Arman menjenguk bilik adiknya, ingatkan adiknya tentang dating mereka juga memesan agar adiknya memakai pakaian yang sopan. Dia bukan tidak tahu kalau gila adiknya datang, pakaian dia macam summer kat korea pulak, semua dah didedahkan. Dia bukan takut dengan jelingan ayahnya. Dari rumah elok berjaket, tapi keluar kereta, yang tali nipis itu yang kelihatan.
“Adik, jalan dengan abang sila jangan seksi eh, no pendek pendek ya, semua mesti tutup, sat gi semua pandang, abang tak suka perhatian, ingat tu..,” kata kata itu sudah ratusan kali diingatkan, suppaya adiknya tidak lupa.
“Abang nak lepak bilik baba, sat gi kalu dah sudah, roger abang kat bilik baba,” Syed Arman ingatkan adiknya lagi.
“Jangan lama sangat dik, sat gi tak sempat maghrib, guna kereta adik, abang malas drive, jangan lupa bawak car key,” pesannya lagi.

Terdengar dengusan adiknya. Seperti biasanya, Syed Arman tidak peduli dengan sungutan adiknya, asalkan adiknya setuju dengan ajakannya.
Dia sayang dengan adik, adiknya banyak menyabarkan dia, walaupun kekadang adiknya tidak punya pilihan, adiknya pasti akan memilih untuk menjaga hatinya. Baiknya adiknya itu..
Selepas mengetuk pintu bilik ayahnya, terdengar suara ayahnya mengizinkan dia masuk. Dengan penuh sopan, Syed Arman melangkah masuk. Walaupun satu dunia menyalahkan ayahnya dengan apa yang terjadi, Syed Arman memilih untuk memahami pilihan ayahnya. Menurut Mak Zah, ayahnya sangat tersiksa, tetapi ayahnya memilih untuk menyimpan sendiri.
“Baba, tadi Arman dengar Baba mengaji, sedap suara Baba, Arman rindu nak ngaji sesama dengan Baba,” ujar Syed Arman sambil mengambil tempat duduk di sisi ayahnya. Dengan penuh kasih sayang, Syed Arman meletakkan kepalanya di peha ayahnya yang sedang bersila. Terasa nyaman dengan situasi begitu.

Syed Awaludin membelai rambut anaknya mesra, membiarkan anaknya merasa dilindungi. Rasa bersalah pada anaknya itu tidak pernah habis.

Anaknya yang penuh kasihan itu sangat disayangi..
“Baba, Arman nak cakap dengan baba sikit ni, selepas Arman fikir banyak kali, Arman fikir baik Arman share dengan baba,” ujar Arman lembut. Risau takut takut Babanya salah faham.
“Kalau Arman cakap, Baba jangan marah ya, jangan salah sangka jugak, sebab Arman cuma nak share apa yang Arman nampak,” tambah Arman lagi seraya mencium tangan ayahnya. Syed Awaludin tersenyum tanda memberi keizinan kepada Syed Arman untuk menyambung bicaranya.
“Arman rasa umi tak sakit. Sebab that day Arman nampak dengan mata Arman yang umi berjalan dalam bilik dia. Dia bercakap dengan seseorang. Lepas tu Arman dengar macam umi marah, tak tahu dia marah sapa. Tapi lepas Arman memberi salam nak masuk bilik umi, umi terus diam. Masa Arman masuk, umi dah atas katil, badan dia keras kejung macam biasa. Arman tegur pun, umi pandang Arman macam takde perasaan, macam selalu,” terang Syed Arman panjang lebar.

Syed Awaludin memandang Syed Arman dengan emosi yang perbagai, berharap agar Syed Arman tidak akan tahu keadaan yang sebenarnya.
Syed Awaludin membelai rambut anak muda itu dengan penuh rasa kasihan. Kerana perhitungan yang dia putuskan semasa dia muda, Syed Arman menjadi mangsa keadaan sedari dia kecil lagi hingga saat ini. Dia merasa sangat bersalah kepada anaknya. Kalaulah boleh di putar masa, dia akan memilih jalan lain, bukan jalan seperti ini.
Syed Awaludin menepuk bahu anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia harus memberi hint kepada anaknya agar anaknya tidak terlalu polos seperti selalu. Dia harus tahu memainkan peranan. Dia tidak mahu berselindung lagi, dia memilih untuk menjaga hati anaknya.
Dan Syed Awaludin memilih untuk berterus terang..

“Baba pun pernah nampak umi berjalan dan bercakap, beberapa kali dah. Biasanya selepas semua orang tidur. Baba tak faham kenapa umi memilih untuk tidak bercakap dengan kita semua. Untuk kali ini juga, Baba minta Arman memaafkan umi ya, kita beri umi masa dulu, mungkin umi tengah ingatkan balik apa yang terjadi. Semua itu bukan mudah,” lembut tutur kata Syed Awaludin.
Ini bukan pertama kali dia meminta anaknya faham apa yang isterinya buat, kekadang dia sudah tidak tahu dimana mahu menyorok muka, tetapi kerana tanggungjawabnya, Syed Awaludin memilih untuk bertahan.
“Arman always faham Baba, Arman sayang umi. Kalau umi boleh bangun dan berjalan, Arman lebih dari bersyukur. Tidaklah Arman rasa bersalah pada umi. Kalau Arman tahu apa yang akan terjadi hari tu, Arman takkan tinggalkan umi sorang sorang. Sampai sekarang Arman menyesal Baba, Arman bukan anak yang baik,” suara Syed Arman kedengaran sebak.
“Arman anak yang sangat baik, Nenda juga pesan kat Baba supaya tidak lagi memberi tekanan pada Arman, sebab ingatan Arman juga tidak pulih semuanya. Baba nak Arman tahu yang apa pun yang terjadi, Arman adalah anak Baba, anak yang Baba sayang, anak yang Baba akan lindungi sampai Baba menutup mata. Semua harta Baba dan Nenda akan ada nama Arman, sama seperti Adam dan Delina. Semua adalah anak baba dan semua sama rata,” suara Syed Awaludin kembali tegas.
“Nenda dah setuju untuk Arman tinggal dengan Baba dan start join Endah Holdings. Adam dah prepare position kat office. Arman uruskan Yayasan, kerana Yayasan tu wujud sebab Arman. Baba nak Arman belajar menolong orang susah, kerana itu semua adalah bekalan kita nanti. Niatkan semua atas insan yang melahirkan Arman,” suasana di bilik itu menjadi sayu. Pilu dan penuh dengan derita.
Syed Awaludin bersyukur dengan semua tindakan Allah kepada keluarga mereka. Kerana kejadian itu, merubah peribadi Syed Arman seratus peratus. Kalau dulu Syed Arman seorang yang sangat kasar, minum air mabuk itu, bertumbuk dengan Syed Adam kalau sesuatu yang dia tidak puas hati. Syed Arman juga tidak segan untuk melepas amarah dia kepada sesiapa sahaja, membaling semua barang di depan mata dia. Amarah dia akan segera hilang kalau uminya ada di depan matanya.

Tetapi dalam amarahnya...

Dia sangat takut pada uminya. Keadaan ketakutan itu seperti takut kepada singa betina. Tetapi ketakutan itu lebih kepada meminta untuk di sayangi, meminta taraf anak daripada uminya. Kesian anak itu.
Di tengah masa santai itu, kedengan suara Delina dengan nyaring. Seperti biasa, tone suaranya boleh di dengar oleh satu rumah.
“Abang, jom lah, adik dah siap,” suara Delina memecah keheningan rumah banglo itu.
“Baba, umi….adik dating dengan abang Arman today, the most handsome guy in town. Jangan jeles kalau adik jadi perhatian nanti,” Delina ketawa riang. Dia bukan tidak biasa kalau berjalan dengan abangnya. Wajah abangnya memang menjadi perhatian luar biasa sekiranya mereka dia coffee talk, di mall, di mana mana.

Pernah sekumpulan gadis meminta untuk bergambar dengan abangnya, tapi seperti biasa, abangnya akan memandang dengan tidak ada perasaan. Dia tidak tahu kisah cinta abangnya kerana abangnya begitu taat kepadaa uminya untuk mengatur kisah rumahtangganya.
“Hati hati adik, belikan abang coffee kedai depan tu nanti ya, together with Baba. Balik cepat Arman, ingat today nak mengaji together dalam bilik umi. Kalau sempat, balik awal ya,” kedengaran suara Syed Adam menyahut dari atas.
Dan kereta mereka keluar dari rumah banglo itu….
***************************************
“Kita nak gi mana bang? Adik jadi driver abang today. Tapi jangan jauh sangat. Kita gi KLCC jer lah, senang nak beli apa abang nak, semua ada situ,” suara manja Sharifah Delina memberi cadangan. Abangnya diam dari tadi.

Seperti biasa, abangnya akan tenggelam dalam dunianya sendiri. Dunia yang dia sangat selesa berada di dalamnya. Delina pasti itu kerana Syed Adam pernah memberitahu Delina supaya tidak mengganggu Syed Arman ketika dia bersendirian atau memikirkan sesuatu.
“Adik, abang cuma nak beli bunga lily dengan perfume YSL. Adik gi la mana mana yang ada barang yang abang nak tu, abang ikut jer,” ujar Syed Arman malas. Dia memikirkan perkataan Baba sebentar tadi. Memikirkan uminya.
“Ok lah Tuan Putera, kita gi Putrajaya lah sebab abang tak suka ramai orang kan? Situ lenggang sket, by the way, kenapa abang nak beli bunga Lily?,” Sharifah sedikit kehairanan. Abangnya bukan mat bunga.
Syed Arman tersenyum. Dia sendiri hairan dengan dirinya sendiri.
“Abang nak beli letak kat office abang, Monday kan abang masuk office,” kata Syed Arman selamba, biarkan adiknya tertanya tanya. Dia tersenyum lagi. Kalau dengan Bunga lily itu mampu mengembalikan semua, dia sanggup tidur dengan bunga lily pun.
“Abang..abang…kenapa lah lurus sangat, abang akan ada secretary, minta lah dorang buatkan. Kasi jer arahan, petik jari semua akan datang kat abang,” keras suara Sharifah Delina, tak faham dengan abangnya yang beria ria. Bunga lily jer pun…
Syed Arman tersenyum manis, seperti biasa senyum yang bisa membunuh ego perempuan. Sharifah Delina masih ingat kejadian lepas, seorang model terkenal sanggup menunggu abang berjam jam di pejabat Syed Adam, hanya kerana terlalu taksub dengan abangnya.

Sudahnya, Syed Arman membaling buku kepada staff abangnya kerena tidak menghalau model itu dari pejabatnya. Garang abangnya pada masa itu tidak boleh bawa berbincang. Beria ria Syed Adam meminta maaf kepada staff kerana perangai Syed Arman. Seperti biasanya, tiada kata maaf dari Syed Arman, malah dia berbangga kerana dapat membaling buku kepada orang yang tidak mendengar cakapnya.
“Abang nak rasa dekat dengan bunga lily, abang tak tahu kenapa, tapi abang nak ada experience membeli bunga itu sendiri,” ujar Syed Arman tulus. Dia sudah tidak mahu menyorok rasa hatinya. Adiknya perlu tahu untuk dia mengembalikan semua rasa bersalahnya.
“Suka hati abanglah, adik ikut jer, kita gi Putrajaya ya, dalam 30 mins akan sampai, adik pun nak beli perfume jugak,” ujar Sharifah Delina memandang abangnya mesra. Semoga kisah abangnya akan berakhir dengan happy ending.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience