Bab 1

Romance Completed 8907

''Mak!!!,.Szaza pergi dulu ya!'' aku melaung emakku dari pintu depan rumah kami.

               ''Haa,.yalah! Baik-baik jalan tu!,.tengok kiri kanan kalau nak lintas jalan.Kalau jatuh pandai-pandailah bangun sendiri,.'' aku kerutkan keningku sambil menoleh ke belakang.Mak aku ni.Berpesan macamlah aku ni budak sekolah rendah.

           ''Szaza tahulah mak!'' aku melaung kembali.Boleh terkeluar anak tekak aku ni.

           ''Semuanya kau tahu!,.tapi kalau nak keluar tak pernah reti-reti nak bersalam dengan mak dulu?'' mak aku dah terconggak depan pintu.Aku tersengeh pada mak aku seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

          ''Szaza pergi dulu mak.Sayang mak! I lap U mak!,.muah,muah,muah,..'' selepas mencium tangan mak aku,aku cium pula pipi mak aku kiri dan kanan.

         ''Lepas kerja nanti,balik rumah terus.Jangan nak merayap pulak!'' hadoi!!,.setiap kali aku nak keluar pergi kerja,macam-macam pesanan penaja yang mak aku keluarkan.Pada hal aku cuma bekerja di kedai makan depan simpang tu ja.

           ''Baiklah bos!,.roger.Arahan diterima!'' aku berlakon ala-ala polis mendapat perintah sambil mengangkat tabik dan menghentakkan kedua belah kakiku.Emakku membulatkan matanya.Aku mengekek ketawa sambil memusingkan tubuh serta melambaikan tangan pada mak aku yang masih berdiri di muka pintu.

       Aku melangkahkan kakiku ke arah jalan besar.Sambil berjalan fikiranku menerawang entah ke mana.Dalam pada tu mataku sempat menangkap sebuah motor yang sedang menuju ke arahku.Aku mula mengelabah tak tentu arah.Harris sudah mengukirkan senyumannya sedangkan lututku sudah berlaga.Jantungku sudah berdetak laju.Wajahku sudah membahang panas.

       Akibat perasaan malu yang begitu menebal aku menoleh ke arah lain tanpa menyedari ada batu sederhana besar di depanku yang sedang menunggu mangsa.Bila Harris sudah sampai di depanku dengan tak semena-mena akibat terlalu mengelabah batu yang terconggak depan aku pun aku dah sepak tanpa perasaan.

               ''Ya Allah!,.adoi!!'' aku terjerit kecil.Yang paling memalukan, aku dah jatuh tersungkur di depan Harris.Mana la aku nak letak muka aku yang tak berapa nak cun ni.

          ''Za!,.awak okey ke?'' Apa punya soalan.Dia ingat aku sengaja nak tayang free show depan dia? Hiesyy!,.. Mendengar soalan Harris aku dah mendengus geram dalam hati.

              ''Nak saya tolong?'' Harris bertanya lagi.Aku mengeleng sambil mengosok tapak tanganku yang sudah bercalar.Ada terasa pedih dikedua belah kakiku tapi aku tahan rasa sakit itu di depan Harris.

          ''Tak payah!!!!,.tadi mak Szaza dah siap pesan.Kalau jatuh pandai-pandailah bangun sendiri,.'' aku menjawab selamba sambil bangun.Cuba berwajah tenang walau jantungku masih laju mengepam darah.

            ''Za tengok apa tadi,sampai batu depan mata pun tak nampak?'' sambil menyoal aku dengar Harris ketawa kecil.Tak guna punya Harris! Sempat lagi nak sindir aku.Aku langsung tak berani nak menoleh ke arahnya.Aku masih berpura-pura menyapu kekotoran dibaju sambil menahan pedih dikakiku.

          ''Szaza jalan dulu la.Dah lambat ni.Nanti Mak Teh marah pulak,.'' aku tak menjawab soalan Harris.Malah aku beralasan untuk melarikan diri.

          ''Hati-hati jalan!,.kalau jatuh lagi nanti,siapa yang susah.Harris jugak!!!'' bila aku berlalu,aku dengar Harris bersuara lagi.Aku kebam bibir menahan geram.Bila masa pulak aku susahkan dia bila aku jatuh? Aku menoleh sekilas ke belakang.Harris masih memerhatikan aku sambil tersenyum.Haih!,.buat malu ja.Aku ingatkan dia dah blah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience