Bab 3

Romance Completed 8907

Waktu tengahari kedai Mak Teh sudah dipenuhi pelanggan.Kebanyakannya pekerja-pekerja kilang plastik yang jaraknya 1KM dari kedai Mak Teh.Time ni memang paling sibuk.Aku turut mengambil bahagian memasak dan membuat air bila Ameera dan Mak Teh sibuk melayan pelanggan.

         ''Szaza!,.nasi goreng kampung satu dengan teh o limau ais.Nanti kau tolong hantar kat meja depan tu ya!'' aku jungkit kening pada Ameera.Selalunya kerja aku hanya bahagian dapur ja.Tugas melayan pelanggan ni tugas Ameera dengan Mak Teh.Cuma lauk pauk ja yang dimasak oleh Mak Teh.Kalau pelanggan tak ramai baru Mak Teh akan menjenguk ke dapur.

      ''Kenapa aku kena hantar? Kaulah hantar!'' aku menyoal sambil berkeras tidak mahu.Ameera senyum ja.Selepas membuat dua gelas milo ais dan segelas teh ais dia terus meletakkannya ke dalam dulang dan membawanya ke depan kedai.

           Aku terus memasak nasi goreng seperti yang diarahkan.Sedikit minyak dimasukkan ke dalam kuali.Sesudu besar bawang yang telah dikisar aku masukkan bila minyak dah mula panas.Cili padi ditumbuk bersama udang kering.Isi seekor ikan kembung rebus aku asingkan dari tulangnya.Bahan yang ditumbuk aku masukkan ke dalam kuali bersama isi ikan rebus tadi.Kacau dan biar sampai garing barulah aku pecahkan sebiji telur, kacau masukkan garam dan serbuk perisa.

         Akhir sekali aku masukkan semangkuk nasi dan sayur kangkung.Aku kacau hingga sebati di dalam kuali dan perlahankan api.Sementara nak tunggu nasi goreng masak aku buat teh o limau ais yang disuruh Ameera tadi.Aku kembali ke kuali untuk mengacau nasi goreng.Ameera datang ke dapur dan membancuh dua gelas oren sunkist,segelas bandung ais dan dua gelas teh o ais.

       Bila nasi goreng sudah masak aku masukkan ke dalam mangkuk.Aku tangkupkan ke dalam pinggan dan angkat mangkuk.Cantik saja.Aku hiaskan dengan dua keping keropok ikan,timun dan tomato.Sup aku masukkan ke dalam mangkuk kecil.Aku tabur sikit bawang goreng dan hirisan daun sup ke dalamnya.

            Aku masukkan ke dalam dulang dan tunggu Ameera datang.Bila aku nampak Ameera sudah berlenggang datang ke dapur aku isyaratkan padanya nasi goreng yang telah siap bersama teh o limau ais di dalam dulang.

            ''Kau tolong hantar kejap.Aku nak terkucil sangat ni.Tak tahan! Orang tu duduk meja depan tiga dari kiri.Lelaki yang pakai t-shirt warna biru,.'' Ameera memberi arahan sambil berlari ke bilik air.Aku tiada pilihan melainkan menanggalkan apron dan membawa makanan yang diorder keluar.Aku terconggak di depan pintu dapur mencari gerangan pelanggan yang dimaksudkan.Huh!,.sepatutnya aku dah boleh agak taktik Ameera ni.

     Aku melangkah penuh berhati-hati ke arah meja tersebut.Manalah tahu jantung yang berdetak laju tiba-tiba ni nak memalukan aku lagi.Buatnya tersadung,tersepak kaki sendiri ke.Tak ke niaya.

          ''Order awak ke ni?'' aku bertanya perlahan sambil memandang wajah Harris.Dia mengangguk sambil tersenyum.Aku keluarkan nasi goreng dan teh o limau ais dari dalam dulang lalu meletakkannya di depan Harris.

      ''So sweet! Macam isteri layan suami makan ja,.'' aku dengar suara Ameera di sebelahku.Hampeh punya kawan.Aku tahu memang dia sengaja nak kenakan aku.

        ''Terima kasih Za!,.makan sekali,.'' Harris mengucapkan terima kasih sambil pelawa aku makan.Aku mengeleng sambil berlalu ke dapur semula.Sempat aku menyepit lengan Ameera yang asyik tersengeh-sengeh di tepi aku.Dia mengaduh perlahan.Padam muka! Aku mengutuk Ameera di dalam hati.

      ''Mahu tapi malu!'' Ameera yang mengekor aku ke dapur bersuara.Aku buat tak peduli.

          ''Szaza!!,.nasi goreng cina satu!'' Mak Teh melaung dari depan kedai.Kalau tengahari macam ni kebanyakan pelanggan akan order nasi campur atau nasi goreng.Harris?,.kadang-kadang ja makan di kedai.Selalunya time rehat dia akan balik makan di rumah.Bukan aku sengaja usha pun,cuma aku ter'nampak' dia secara tak sengaja.

          ''Berselera benor abang Harris tu makan.Mesti licin pinggan tu nanti.Sesekali makan hasil air tangan Nur Zaizaliza binti Saari seminggu tak makan nasi pun tak apa,.'' sambil tangan buat kerja aku menjeling Ameera yang sedang berceloteh entah hapa-hapa tu.

            ''Yalah tu!,.tadi aku dah masukkan perencah specel dalam tu.Bukan takat seminggu,rasanya setahun tak makan pun dok kenyang lagi tu,.'' aku membalas kata-kata Ameera sambil tersenyum.Ameera cucuk pinggangku sambil mendengus marah.Menyenget tubuh aku mengelak sambil tergelak kecil.

        ''Kau hantar nasi goreng tu nanti.Orang tu duduk semeja dengan abang Harris.Aku sempat tengok tadi.Ensem giler.Kalah abang Harris.Cer kau test abang Harris sesekali!,.'' Ameera mengenyit matanya padaku.Dia ni biar betul.Nak test apa kebendanya.

          Seperti tadi Ameera tidak mahu menghantar nasi goreng pelanggan.Aku juga yang terpaksa melawan arus perasaan meredah depan kedai yang rata-ratanya terdiri dari pelanggan lelaki.Aku control hati aku yang sudah mula membuat hal sekali lagi.Kalau tak ada Harris dalam kedai ni tak ada maknanya aku nak rasa berdebar bagai ni.Aku tahu aku tak harus menyimpan perasaan pada lelaki yang bukan menjadi suamiku lagi tapi aku tak mampu untuk menghalang hati aku ni untuk terus menyukai dia.

         ''Eh awak! Awak ni Zaizalizakan?'' sebaik aku meletakkan nasi goreng di atas meja.Lelaki yang meng'order'nya menegur aku.Aku memandangnya sambil berfikir.Cuba mengimbas kembali wajah di hadapan aku ni.Seperti kata Ameera lelaki ni memang handsome.Berkulit cerah dan tinggi.Memang pakej lengkaplah juga.

      ''Zai tak ingat saya lagi? Ni Izzuanlah! Mohd Izzuan Iqbal,.'' dia bersuara lagi.Baru aku tersenyum dan mengangguk.Sempat aku menjeling Harris yang baru menghabiskan suapan terakhirnya.Wajahnya dah berubah mendung namun langsung tak memandang wajahku seperti selalu.

         ''Zai kerja di sini ke? Kalau macam tu bolehlah datang selalu,.'' Izzuan masih ramah menyoal walau aku langsung tak membalas.Harris sudah bangun dari kerusi.Dia memandang aku sekilas.Senyuman yang selalu dipamerkan untuk aku sudah tiada.Ke mana menghilangnya senyuman itu? Aku hanya memandang Harris keluar dari kedai tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience