Bab 30

Romance Completed 1278903

Nurlisa membuka pintu kondonya tepat pada pukul 10pm, selepas event itu habis. Dia bersyukur kerana semuanya berjalan seperti yang telah dirancang. CEO juga berpuas hati dengan perjalanan majlis. Kutipan dana untuk Sekolah Tahfiz juga mencapai sasaran. Dia tidak sabar untuk melihat anak anak Tahfiz mendaftar dan menjalani sessi persekolahan.
Nurlisa terasa berbaloi dengan segala usaha kerasnya, dengan bayaran gaji sebanyak itu. Dia mula menyukainya kerjanya.
Dia juga sudah mula menerima Syed Arman di dalam hidupnya, sebagai ketuanya dan juga figure yang akan di jumpai semasa kerja. Nurlisa tahu Syed Arman tidak ingat dirinya. Syed Adam ada memberi hint kepada dirinya semasa majlis tadi.
~~Saya harap Cik Lisa dan Arman boleh berkerjasama dengan baik. Saya tahu Arman masih baru dalam company ni, masih struggle dengan identitinya, tapi he deserved happiness. Saya harap Cik Lisa boleh memberi ruang kepada Arman untuk membina his own indentity, selepas semua lama kisah dia gone from his memories~~
Tutur CEO itu seolah memberi gambaran tentang keadaan Syed Arman yang sekarang, tidak sama seperti dahulu.
Nurlisa cuma tersenyum mengiakan perkataan Syed Adam, dia tidak tahu sejauh mana Syed Adam tahu kisah Syed Arman dengan dirinya. Nurlisa berdetik sekiranya Syed Adam tahu cerita sebenarnya, tidak mungkin dia boleh bercakap dengan tenang begini. Dia cukup faham dengan kerenah orang kaya, mereka akan berkahwin dengan kaum mereka sahaja, orang kaya pasti dengan orang kaya, itu semua sudah tertulis di dalam semua cerita di kaca TV, dan Nurlisa pasti itu cerita benar.
Nurlisa juga tahu Syed Arman mula mendekati dirinya. Mungkin Syed Arman tertarik kerana badannya atau akalnya meminta begitu. Dia tidak tahu apa reaksi Syed Arman apabila tahu siapa dirinya yang sebenarnya. Sifat kasarnya sudah hilang terus, cuma dia nampak baran Syed Arman masih bersisa.
Buktinya apabila salah seorang engineer Mega Holdings cuba mendekatinya dirinya, tangannya di sentap oleh Syed Arman. Danish juga di marah kerana membiarkan Nurlisa bangun daripada kerusinya. Sepatutnya semua urusan sudah diserahkan pada pihak hotel. Tidak perlu Nurlisa bangun untuk membantu emcee pada malam itu.
Nurlisa tersenyum apabila mengingati kerenah Eusoff pada malam itu, kelihatan Eusoff berkali kali cuba mendekati dirinya yang duduk bersama CEO dan Arman di meja depan. Semasa mereka sampai, Nurlisa sudah menyambut mereka di pintu utama, bersama Syed Arman dah Danish. Semasa Eusoff sampai, dia perasan yang Euosff tidak berkelip memandangnya. Lelaki tinggi lampai dan berkulit sawo matang untuk pastinya menjadi Idaman setiap wanita. Dia pasti itu..
Nurlisa menerima text message daripada nombor yang tidak di kenali apabila dia memeriksa telepon sebelum waktu tidurnya.
~ hello dear, I’m Eusoff from Mega Holding, I already asked my secretary to book your time on Monday, for our first meeting regards to Arau’s project. Can’t wait to discuss on the new project, see you on Monday then~
Nurlisa seolah olah dapat melihat mata bundar Eusoff memandangnya. Wajah kacak Eusoff itu persis hero drama melayu, kacak dan berwajah melayu. Bahasanya juga sangat sopan, teratur dan tertib. Cara dia memandang Nurlisa juga ikhlas, tidak bermata galak seperti setengah lelaki lain.
Nurlisa tersenyum apabila teringat cemburu Syed Arman kepada dirinya. Cemburunya juga sama seperti Syed Arman yang dia kenal 5 tahun dulu. Lelaki memandang Nurlisa pun boleh cari bergaduh besar, apatah lagi lelaki yang cuba menegurnya.
Nurlisa perlu membalas pesanan text daripada Eusoff, dia tidak mahu di gelar sombong pula nanti.
~Hai engineer, noted on the meeting, looking forward to having long journey with Mega Holdings regards to the Arau Project. Thanks~
Nurlisa tersenyum dan menekan button send. Selesai..
Dalam permikiran lain, Nurlisa sangat teruja dengan project Arau itu, dia berkira kira untuk memulakan timeline dan menyusun task untuk di bincang kan dengan teamnya dan akan di persembahan semasa mesyurat minggu depan. Nurlisa juga sudah mengarahkan Danish membuka file tentang Project Arau itu.
Dalam memikirkan tentang kerjanya, dia teringat tentang Haiqal yang akan datang berjumpa dia esok. Dia terus mendail nombor Haiqal untuk bertanya khabar.
Dengan sekali deringan, panggilan itu di jawab Haiqal dengan mesra.
“Assalamualaikum Lisa, abang baru nak call Lisa, nak update pasal kotak tu..,” riang sungguh suara Haiqal.
“Waalaikummusalam, Abang apa khabar? Pakcik and Makcik sihat? Sebelum abang tanya, Lisa nak beritahu yang Lisa sihat walafiat, tak sabar nak jumpa abang esok, pukul berapa abang bertolak dari Arau?,” suara Nurlisa juga kedengaran sangat gembira, apa tidaknya, bercakap dan berjumpa dengan Haiqal adalah satu rahmat dan keriangan pada dirinya. Sedari kecil lagi Haiqal adalah kawan sepermainannya. Kawan bergaduh dan juga kawan merajuknya.
“Alhamdulilah, abang dan semua family sihat. Abang dah ada dalam bilik ni, Ayah dan halau abang tidur sebab esok nak gerak lepas subuh. Insyallah abang sampai kat kondo Lisa sebelum Zohor kot, sebab abang nak singgah kat Rawang dulu, jumpa kawan abang,” suara Haiqal kedengaran satu persatu di telinga Lisa.
“Dalam but kereta abang ni, penuh dengan barang Lisa. Beside kotak tu, mak dengan ayah kirim macam macam ni, buahan semua ada ni, sampaikan barang barang keperluan Lisa pun ada, dah macam store bergerak dah kereta abang ni,” teruja suara itu. Lisa tersenyum bahagia, masih ada yang sayangkan dirinya selain daripada Abang dan kakak iparnya.
“Wahhh…bertuahnya Lisa ni kan abang, Lisa pun nak tidur juga ni, abang drive elok elok ya, kirim salam kat semua. Esok Lisa tunggu abang, nanti Lisa belanja abang at restaurant sedap tauu,” selesai dah called Haiqal, Lisa menutup suiz lampu tidurnya dan menarik selimut yang berwarna putih itu.
Belum sempat matanya pejam, teleponnya berbunyi. Nurlisa pantas mencapai teleponnya dan melihat skrin untuk melihat siapa gerangan yang meneleponnya.
Nama ‘Boss’ keluar di skrin teleponnya. Dia sedikit gundah tetapi dia harus menjawab agar Syed Arman tidak salah faham.
“Sayang, you engaged dengan siapa? Dekat 10 minit I tunggu, cakap dengan siapa lama sangat,” keras suara itu, bercakap tanpa memberi salam
“Assalamualaikum Boss, I baru lepas borak dengan kawan I, kenapa ya?,” Nurlisa cuba bertenang dengan amarah Syed Arman.
“on video, I nak tengok sayang before I go to sleep,” suara itu keras, seolah olah memberi arahan.
Kenapa dengan Syed Arman ni, buang tebiat ke apa, gerutu Nurlisa di dalam hatinya.
“kenapa dengan you ni, kita sama sama penat kan? Jom lah rehat, esok kita call again ya,” Nurlisa cuba menukar suasana tegang itu. Dia dapat merasakan Syed Arman dalam mood cemburu yang tiada kesudahan.
Semasa mereka berpisah di lobby hotel tadi, Syed Arman masih bermuka ketat di depan Syed Awaludin dan Syed Adam. Dia cuma malas melayan mood swing Syed Arman. Kalau dia melayan, boleh bergaduh besar nanti mereka.
“Sayang, I need you, can I go there? Please…Please…..” suara itu bertukar menjadi manja dan mengada ngada. Nurlisa sedikit terkejut apabila Syed Arman berkata begitu, dia seolah olah melihat Syed Arman yang dulu, apabila dia diperlukan di bilik atas itu.
“Mana boleh datang sini, I dah ngantuk sangat ni, jom lah tidur Tuan Syed Arman,” Nurlisa masih cuba berlembut, gelodak jiwa sudah tidak keruan dengan kerenah Syed Arman. Dia tidak mahu menangis lagi, dia perlu bertenang, dia tahu Syed Arman juga di dalam kegelapan. Dia tidak boleh lagi menghukum Syed Arman dengan perbuatannya.
“Sayang, jom lah video call, I missing you like hell dah ni, rasa nak terbang gi sana dah ni..,” Syed Arman menamatkan panggilan itu dan mula menekan facetime dengan Nurlisa.
Nurlisa berkira kira untuk mengangkat, bimbang pula Syed Arman datang ke kondonya jika video call itu tidak berangkat.
“Sayang, say something pls, I nak dgr suara you,” Nurlisa hanya mendiamkan diri selepas menerima panggilan video itu. Walaupun dia sangat rindukan belaian Syed Aman, tapi dia harus adil kepada dirinya.
“Sayang, kenapa bungkus badan you dengan blanket tu, I nak tengok your baju tidur, please,” suara gatal itu seperti dulu. Nurlisa tidak mengendahkan rengekan Syed Arman. Dia perlu hentikan perlakuan Syed Arman, jika tidak, Nurlisa pasti dirinya yang akan merana.
“Tuan Syed Arman, you kenapa malam malam ni, I dah ngantuk sangat ni, esok I call you balik ya, kasi lah chance I rest. Penat sangat ni,” Nurlisa masih cuba berlembut dengan Syed Arman. Dia melihat Syed Arman sangat kacak di katilnya, sangat berkarisma.
“Ok, go rest but with one condition. Jangan off video, sayang boleh sleep, letak phone kat tepi. I nak tengok sayang till I tidur,” suara itu sangat mengada gada. Demi jiwanya dalam kesakitan, Nurlisa mengiakan permintaan Syed Arman. Dia meletakkan teleponnya di tepi lampu tidur itu, menampakkan keseluruhan bilik dengan jelas.
“Ok, Sofea tidur dulu, good nite,” Nurlisa hampir terkeluar daripada landasan kewarasannya apabila membahasakan dirinya Sofea, tapi dia masih sedar, masih sedikit waras.
Nurlisa membacakan doa, berdoakan agar takdir yang Allah aturkan untuknya tidak akan menyakitinya. Dia berharap ada jalan takdirnya dengan Syed Arman. Dia sayangkan Syed Arman, banyak perkara dia perlu pastikan sebelum dia menceritakan kesemua cerita mereka kepada Syed Arman.
Dan Nurlisa lena, dengan ditemani oleh Syed Arman
Di rumah banglo Syed Awaludin
Syed Arman tersenyum puas, dia merasa penaklukan cinta Nurlisa hampir berjaya. Walaupun ada beberapa ketika Nurlisa seperti dingin dengannya, dia yakin Nurlisa akan jatuh di dalam pelukan cintanya. Sekarang ni dia hanya perlu bertanya tentang kisah silam Nurlisa, statusnya dan siapa “abang” di dalam dunia di luar kewarasanya.
Di skrin telepon, dia melihat Nurlisa sudah terlena. Wajah yang bersih tanpa secalit make up itu mengundang jiwa yang tidak keruan di hatinya. Sedari tadi dia menahan diri daripada memikirkan hal di bawah selimut. Ikhlasnya dia sudah melihat Nurlisa seperti seseorang yang boleh dikucup, di peluk dan dipegang setiap masa. Kini dia merasakan segenap inci Nurlisa itu adalah miliknya.
Sejak pertama kali bertemu dengan Nurlisa, dia terasa jiwanya sangat dekat, dia seolah olah melihat seseorang yang sudah lama. Dia ingin Nurlisa berada dekat dengannya. Seingat Syed Arman, ini kali pertama dia jatuh cinta. Nurlisa adalah cinta pertamanya.
Tetapi Syed Arman mulai risau dengan jiwa cemburunya, kerana jiwa cemburu datang berganda ganda, dia cukup tidak senang apabila Nurlisa yang harus berkerjasama dengan Eusoff. Dia tahu jejaka itu adalah idaman semua wanita, apatah lagi Eusoff adalah lelaki berwajah melayu yang sangat elok rupa parasnya.
Syed Arman bimbang sekiranya Nurlisa akan jatuh hati dengan Eusoff, apatah lagi Eusoff seperti terpikat dengan Nurlisa.
Syed Arman tidak sedar waktu dia lena, kerana apabila bangun waktu subuh, panggilan video itu sudah diputuskan.
Selepas menyelesaikan urusannya dengan Allah, dia mendengar ketukan di pintunya. Kelihatan Babahnya terjengul di muka pintu sambil tersenyum.
“Good Morning anak teruna Babah, dah siap solat dah, jom jogging dengan Babah dan Adam. Teha malas pulak, babah dah ajak tadi. Arman bersiap, Babah tunggu bawah,” kata Syed Awaludin tanpa perlu menunggu jawapan daripada Syed Arman.
Syed Awaludin tahu anaknya itu tidak pernah membantah cakapnya. Syed Arman anak yang sangat baik, sebab itu dia akan memastikan Syed Arman bahagia.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Mereka masuk ke kedai mamak di Damasara Damai itu, selepas mereka bertiga mengambil angin pagi sambil berjogging. Syed Awaludin sudah berpesan kepada Mak Zah agar tidak memasak breakfast untuk mereka kerana menjadi rutin mereka singgah di kedai mamak apabila selesai jogging
“Arman, Babah nak cakap sikit dengan Arman. Last 2 days, Kinah ada visit Babah kat office and atas arahan umi. Kinah bawa pesan Umi minta perkahwinan di teruskan jugak, kalau boleh tahun ni. Babah dah pujuk Kinah untuk lupakan Arman, tadi Kinah tak boleh,” Syed Awaludin memulakan bicara apabila mereka selesai memberi pesanan kepada pekerja restoran itu.
Syed Arman memandang Babahnya sayu tanpa bicara.
“Babah cuba fahamkan Kinah, tapi Kinah menuntut janji umi padanya. Dia pulak yang mengingatkan Babah tentang janji umi 4 tahun dulu, sebelum dia pergi sambung master. Dia kata dia sanggup tunggu sampai Arman ready for next steps,” suara Syed Awaludin perlahan, tapi cukup menusuk ke telinga Syed Adam dan Syed Arman.
“Babah tak sure apa janji umi pada Kinah. Babah dah cuba slow talk dengan umi, tapi umi masih membisu, tak nak cakap dengan Babah. Arman sabar sikit ya, Babah try lagi talk to umi. Babah boleh izinkan Arman dengan sesiapa, tapi Babah nak kita sama sama respect umi as mother dalam rumah tu…walaupun jahat umi pun, dia masih isteri Babah dan ibu kepada anak anak Babah,” Syed Arman faham dengan situasi Babahnya. Sebagai anak yang baik dan soleh, Babah dan umi adalah priority, yang berada paling atas di dalam hidupnya.
Semasa dia membuka mata selepas koma dulu, dia melihat Sakinah di depan matanya bersama familynya. Walaupun dia merangkak untuk mengingati satu persatu, dia tahu mereka adalah keluarganya. Cuma apabila Sakinah mengajaknya kahwin, dia minta Sakinah memberinya masa, supaya dia dapat menyelesaikan masalah perasaannya.
“Babah, biar Sakinah kahwin dengan Adam lah, Adam pun bujang ni, single and available ni,” ujar Syed Adam sambil tersenyum. Sebetulnya dia menyampah melihat Sakinah, bukan sahaja menyampah, tapi tahap meluat, tapi demi adiknya dia sanggup berkorban.
Bagaimana Syed Adam tidak menyampah kalau Sakinah suka bercakap manja, mengada ngada, pakaian pun tidak cukup kain. Kalau berbaju kurung pun seperti berbalut nangka. Kalau nak berjalan berdua di luar pun Syed Adam akan malu, apa tidaknya, semua mata memandangnya.
“Tak mengapa lah Babah, Arman boleh tunggu, cuma Arman harap Arman boleh ingat semua benda, supaya senang Arman nak buat keputusan tentang hidup Arman,” kata Syed Arman perlahan tapi penuh makna.
Semua di meja untuk berdiam diri sambil mendengar keluhan Syed Arman
“Babah, Arman nak declare something, Arman tak sure lagi, tapi Arman nak share dengan Babah dan Abang. Arman tak ingat masa lalu, tapi Arman tak tahu kenapa perasaan dan jiwa Arman melekat pada Nurlisa. Bila Arman dengan dia, Arman rasa dekat dengan masa lalu Arman. Arman harap Babah beri muka pada Nurlisa ya, Babah jangan garang dengan dia, abang pun…..Arman nak cuba cari masa lalu Arman, lepas tu Arman akan fikir masa depan Arman dengan Nurlisa, kalau Babah dan umi izinkan,” lembut suara Syed Arman dan dia berharap Babahnya faham keadaanya dirinya.
Syed Arman memandang abangnya, dia nampak dengan jelas abang senyum mengejeknya.
“Eleh, mata tu tak lepas pandang budak tu, macam nak telan,” usik Syed Adam sambil memasukkan roti telur ke dalam mulutnya.
Syed Arman mengeling abangnya tanda protes, dia tidak setuju apabila abang lepas laku di hadapan Babahnya.
“Babah dan abang berdoa siang dan malam untuk Arman bahagia. Tapi kita kena dulukan perasaan umi, insyallah umi akan izinkan, Babah akan pastikan Umi izinkan,” kata kata Babahnya sangat melegakan.
Semenjak Syed Arman bangun dari komanya, dia sudah melihatnya uminya terlantar di katil di bilik itu. Jadi dia tidak pernah dapat bercakap secara langsung dengan uminya. Jadi dia tidak tahu penerimaan uminya terhadap dirinya.
Tahun lepas, abangnya memperkenalkan seorang doctor untuk merawat uminya. Doctor psikiatri itu adalah rekomen daripada kawan Syed Adam. Dr Malik akan datang setiap sekali sebulan dan berborak dengan uminya selama 2 jam untuk satu sessi. Menurut Dr Malik, uminya sudah sihat, tapi jiwanya tidak mahu keluar dari kebiasaannya. Dia selesa dengan dunia kecilnya, di bilik itu. Syed Arman bersetuju dengan cadangan Babahnya agar tidak bercakap hal peribadinya di rumah, bimbang emosi uminya terganggu.
Sedang mereka sarapan, telepon bimbitnya berbunyi, panggilan daripada adiknya. Untuk mengelak daripada bebelan adiknya yang mungkin tiada kesudahan, Syed Arman menjawab panggilan itu dengan malas.
“yer adik, abang tengah breakfast dengan Babah and Abang Adam. Tadi kejutkan awak, malas nak bangun pagi. Sat gi kalau kahwin, suami lari,” jawapan sentap itu akan membuatkan adiknya berhenti daripada membebel.
“Jahat mulut abang eh? Adik nak ingatkan abang, today abang kena sign agreement pasal model butik adik, jangan buat lupa pulak. Pukul 2 ptg, nanti adik share location,” suara adiknya kedengaran jelas di telinganya.
“yes Sharifah Teha, hamba yang menurut perintah, nanti abang pergi, abang ingat jer ni,” ujar Syed Arman sebelum mematikan talian. Manja adiknya tidak boleh di nasihati lagi.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Usai mandi selepas pulang daripada jogging dan breakfast bersama abangnya dan Babahnya, Syed Arman mencapai telepon dan membuat panggilan kepada kepada Nurlisa. Dia harus memberitahu tentang meetingnya bersama adiknya, dia berhajat untuk mengajak Nurlisa ikut sama.
“Yer, I tengah breakfast ni, you dah breakfast?,” Nurlisa menjawab call Syed Arman di pagi ahad itu.
“Tak kot, sebab I ada appointment dengan kawan I kejap lagi, dia datang dari kampung, I nak kena temankan dia makan,” ujar Nurlisa menolak ajakan Syed Arman. Dia sudah berjanji dengan Haiqal. Haiqal sudah sampai ke Rawang, bila bila masa sahaja Haiqal akan sampai ke Damansara, di kondonya itu.
“Ok then, take care Tuan Syed Arman,” itu balasan daripada Nurlisa setelah Syed Arman mengucapkan ‘I love u’. Perkataan keramat itu sangat di rindui selama 5 tahun ini.
Tepat jam 12 tengahari, Nurlisa menunggu Haiqal di lobby kondonya. Kelihatan Haiqal sangat bergaya dengan jeans dan tshirt putih. Kebetulan juga Nurlisa memakai jeans dan kemeja putih. Mereka seperti sudah berpakat untuk sedondon hari ini.
“Lisa, kita bawak semua barang naik atas dululah, bau kereta abang ni dah macam kebun pulak, lepas tu kita keluar makan,” saranan itu di persetujui oleh Nurlisa. Mereka memungah semua buahan dan barangan kiriman ibubapa Haiqal, termasuk kotak yang dibawa Haiqal.
“Maaf tau abang, susahkan abang Haiqal pulak. Makcik tahu jer Lisa dah lama tak makan ikan jeruk, pastu kirimkan pulak asam salak jeruk ni. Lisa suka sangat la abang..,” wajah Nurlisa cukup teruja apabila melihat kiriman ibu Haiqal.
“Abang, nanti Lisa bawak abang makan kat satu café ni, sedap sangat, Lisa suka order from foodpanda, tapi hari ni kita pergi sana makan. Sebelum ni Lisa takde kawan nak makan, now ada abang, boleh lah teman Lisa,” kata Nurlisa mesra. Dia cukup selesa dengan Haiqal.

Setelah menyelesaikan tugasan memunggah makanan dan buahan, mereka berdua menuju ke café seperti yang disarankan oleh Nurlisa. Kalau di kampung, sebelum Haiqal sambung belajar, mereka akan bersama sama makan di resort ibunya. Makanan di restaurant resort itu memang kena dengan selesa Nurlisa. Makanan western food itu menjadi permintaan Nurlisa setiap kali dia kesana.
Setelah mengambil tempat di sudut restaurant itu, mereka mula membuat pesanan seperti saranan Nurlisa. Makanan signature restaurant itu adalah mee spaghetti berkuah dan nasi putih bersama kambing bakar. Haiqal memesan Nasi putih bersama kambing bakar manakala Nurlisa pula memesan spaghetti Bolognese bersama cheese.
Sementara menunggu pesanan sampai, Haiqal memulakan bicara dengan memberitahu Nurlisa tentang interviewnya.
“Abang akan tinggal kat Rawang sebelum panggilan houseman abang. Tadi abang pergi rumah sewa abang. Kawan abang dah sediakan semua keperluan abang. Farmasi yang abang kerja tu kat bandar Rawang. Esok abang pergi Farmasi itu untuk ambik offer letter dan jumpa ayah kawan abang. Insyallah abang akan start kerja lusa,” panjang lebar Haiqal explain tentang dirinya.
Haiqal melihat Nurlisa memberi tumpuan kepada dirinya. Nurlisa kelihatan sedikit kurus daripada pertemuan terakhir mereka. Tapi wajah manis Nurlisa masih sama, seperti dulu.
“Macam mane kerja Lisa, semua ok? Lepas ni bolehlah kita berjumpa selalu. Nanti abang teman Lisa pergi book shop ya, pas tu abang teringin nak pergi Bagan Lalang, nak tengok sunset, kita gi sama sama nanti ya, Lisa teman abang,” Nurlisa tersenyum dengan saranan Haiqal. Dari dulu Haiqal memang suka dengan sunset. Dia sanggup ke Langkawi seorang diri hanya kerana sunset. Nurlisa tersenyum memandang Haiqal
“Kerja Lisa ok, alhamdulilah, company tu pun bagus, Lisa suka dengan environment company tu, macam family,” ujar Nurlisa seraya menongkat dagunya.
Sambil ketawa mereka bercerita tentang zaman kecil mereka, zaman mereka malas mengaji, zaman mereka mandi laut bersama keluarga, zaman Haiqal mencari hero menyelamatkan Nurlisa daripada sang buaya di sekolah mereka.
Di dalam kegembiraan mereka menikmati hidangan, mata Nurlisa tertancap kepada sepasang kekasih yang sangat mesra, masuk ke restaurant dan melepasi meja mereka. Kelihatan gadis itu memegang lengan kekasihnya sambil ketawa mesra. Cara mereka ketawa memberi tahu dunia yang mereka sangat bahagia.
Nurlisa menunduk wajahnya, airmatanya sudah hampir meremas keluar. Jantungnya sudah menaik satu noktah, dia merasa sangat sesak. Beberapa kali dia cuba menarik nafas dan menghembus perlahan, tapi sesak dadanya tidak berkurang. Nurlisa cuba bertahan, dia tidak mahu Haiqal tahu kesakitannya.
Nurlisa cuba memandang kekasih itu. Mereka mengambil tempat di sebelah meja Nurlisa, dekat sangat. Nurlisa sedikit bersyukur kerana jejaka itu membelakanginya, dan dia melihat dengan jelas wajah wanita itu. Cantik dan seksi, detik hati Nurlisa.
Kegusaran Nurlisa mendapat perhatian Haiqal. Haiqal seolah olah perasan Nurlisa gelisah, malah mata Nurlisa juga berkaca.
“Lisa ok tak? Abang nampak Lisa macam tak sihat, Lisa nak balik?,” kata kata itu kedengaran jelas di telinga Nurlisa. Nurlisa cuba untuk bangun, tapi lututnya lembik.
Aku harus duduk dulu dan bertenang, bisik Nurlisa kepada hatinya.
“kita habiskan makanan dululah abang, Lisa penat kot,” perkataan Nurlisa itu mengundang pandangan daripada jejaka itu.
Mata mereka bertentangan, sangat dekat

Bersambung……………..
Pada pukul 10 malam, si gadis itu mendengar ketukan daripada luar biliknya. Apabila membuka pintu, tuannya terus mengucupnya kasar dan meramas dadanya juga dengan kasar. Dia membiarkan sahaja, kerana dia tahu itu adalah tugasannya.
“I need you, get ready in 5 mins, with suit black color,” suara itu keras dan kejam.

Gadis tu faham tentang suit black color itu, baju tidur yg nipis itu dipanggilnya suit, gadis itu mengeleng kepalanya.
Si gadis itu bersiap dengan cepat, dia perlu berada di bilik itu dengan secepat mungkin. Walaupun dia sedikit hairan kenapa tuanya tidak membenarkan dia tidur di bilik atas itu, dia patuh dengan arahan tuan, kerana itu perjanjian mereka.
Perjanjian mereka apabila si jejaka itu akan mengaji bersamanya setiap malam, menunaikan solat tanpa penanguhan, balasannya dia akan memberi layanan yang baik kepada tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience