Bab 46

Romance Completed 1282380

Nurlisa mendengar dengan jelas suara Syed Arman daripada kereta. Dia menoleh kepada suaminya sambil memberi isyarat sekejap kepada Syed Arman.
“Saya bincang dengan suami saya dulu, nanti kami ke kaunter register ya,” Nurlisa berkata sambil menundukkan sedikit kepala tanda hormat kepada pekerja resort itu.
“Abang dah terjaga dahhh, kita sampai kat Janda Baik ni abang, Sofea bawak kereta, ingat nak pergi Kuantan, tapi nampak signboard Janda Baik, terus Sofea singgah,” suara manja Sofea itu mengundang aura ketenangan kepada Syed Arman. Dia menaikkan kembali kerusi di tempat duduk penumpang itu dan memberi tumpuan kepada buah hatinya.
“Sayang pernah sampai sini ke?,” sepanjang perjalanan, Syed Arman memaksa matanya dan akhirnya terlelap, itu pun setelah tangan Sofea tidak berhenti meramas tangannya, memberi isyarat dia akan berada di sisinya.
“This is first time Sofea kat sini, Sofea rasa berbaloi la abang sebab hijau dan sunyi. Abang nak singgah ke? Tadi Abang kata lapar, kita makan dulu,” Nurlisa mengambil jaket yang masih membalut bahagian depan Syed Arman dan meletakkan kembali ke belakang.
Dalam masa yang sama, Nurlisa menyedut oksigen perlahan lahan. Dia tidak tahu bagaimana untuk membuatkan Syed Arman tidak salah faham tentang kebaikannya, kerana dia perlu berbuat begitu.
Keresahan Syed Arman perlu di pulihkan, dia perlu menggunakan semua cara untuk membuatkan Syed Arman tenang. Dia tahu Syed Arman di dalam keadaan yang sangat tertekan.
“Sofea pun lapar, jom kita makan dulu abang,” Sofea meletakkan tangannya di dahi Syed Arman, untuk memastikan suhu badan Syed Arman tidak deman. Kalau dulu, sekiranya Syed Aman mengamuk, pasti suhu badannya akan naik dan memerlukan beberapa hari untuk pulih daripada deman.
“Sayang, kita menginap sini tak nak? Please… abang tak nak balik KL, abang tak nak jumpa sesiapa, abang nak duduk sini dengan sayang, abang kena tenangkan diri dulu. Abang nak kena faham apa yang berlaku, please sayang…,” Syed Arman mencapai tangan Nurlisa dan mencium pundak tangan gadis yang membuatkan dia tidak dapat tidur malam.
Dia sangat menyintai gadis itu.
“Boleh tapi dengan satu syarat, with difference room,” Nurlisa menjawab pantas, dia tidak mahu memcari masalah dengan Syed Arman.
Syed Arman melepaskan tangan Nurlisa perlahan, dia memandang anak mata Nurlisa dengan penuh kasih sayang. Dia faham ketakutan Nurlisa pada dirinya, Nurlisa tidak mungkin percaya dengan dirinya setelah apa yang berlaku di dalam hidup. Dia dapat memahami sedikit sebanyak daripada watak Sofea yang selalu memunculkan diri.
“Abang janji abang takkan sentuh Sofea, takkan… abang nak Sofea ada sebelah abang, kalau bilik lain, abang tak kan rasa kehadiran Sofea, please sayang,” tangannya kembali memegang tangan Sofea dan meramas perlahan.
“Please sayang, I love you and abang tak kan buat something yang menyakitkan sayang. Kalau abang buat jugak, sayang pukul abang, sampai abang sedar,” tangan itu masih meramas ramas tangan Nurlisa dengan penuh jiwa cinta.
Nurlisa mengangguk perlahan, membawa tangan Syed Arman dan menciumnya. Dia juga sangat sayangkan jejaka itu.
Kalau dulu, sebelum perhubungan mereka halal, Syed Arman tidak pernah memaksanya untuk melakukan sesuatu yang membawa dosa besar, kecuali malam yang Syed Arman mabuk teruk, dan itu pun Nurlisa berjaya melarikan diri. Keesokannya Syed Arman meminta maaf kerana ketelanjurannya.
“Tapi abang, kita tak bawak baju, telekung solat pun tak ada. Kita datang sehelai sepingang,” Nurlisa masih merelakan tangannya di dalam gengaman Syed Arman, semoga tangannya dapat memberi sedikit ketenangan kepada suaminya
“Abang ada idea, ada kedai kat genting sempah rasanya. Atau area dekat sini, kita masuk dulu then tanya reception. Kita makan dulu lah sayang, abang lapar sangat,” Syed Arman melepaskan tangan Nurlisa dan mencapai telepon di tempat letak telepon di sebelahnya. Dia berkira kira untuk mengaktifkan teleponnya kerana hampir sejam teleponnya di matikan.
Nurlisa menyedari perlakuan Syed Arman, mereka bersama keluar daripada kereta dan Nurlisa mencapai lengan Syed Arman untuk berjalan beriringan dengannya.
“Abang, boleh Sofea simpan telepon abang dulu, kita makan dulu, lepas rehat karang baru kita “on” phone,” Nurlisa juga telah “off” kan teleponnya semasa selesai membaca semua message sebentar tadi.
Nurlisa mengambil telepon daripada poket seluar Syed Arman dan memasukkan kedalam bag tangannya.
“Sekarang abang kena beri 100% tumpuan pada Sofea, abang lupakan sekejap semua masalah kita, kita makan dulu then check in,” Nurlisa memanjakan suaranya disertakan dengan tangannya melingkar ke pinggang Syed Arman. Manakala kepalanya di lentokkan ke bahu Syed Arman.
Untuk kali ini, Nurlisa harus berbuat apa sahaja ajar kemarahan Syed Arman dapat di padamkan untuk seketika. Dia tahu lambat laun Syed Arman akan ingat semuanya. Untuk kali ini, Nurlisa harus mendengar cerita tentang kemarahan Syed Arman dulu. Dia perlu berfikiran waras.
“Kenapa sayang manja sangat dengan abang ni, sat gi kalau apa apa jadi, sayang jangan salahkan abang, Sayang kena ingat, abang ni manusia biasa, Abang dah lama geram ni,” Kata Syed Arman sambil mencuit hidung Nurlisa.
Nurlisa tersenyum mendengar suara romantis Syed Arman. Sedari tadi dia menahan jiwanya daripada terlepas. Dia perlu di sini untuk Syed Arman. Sikap kasar dah tegas Syed Arman masih sama, masih sukar membendung kemarahannya.
Cuma sikap Syed Arman yang kini sedikit lembut, tahu menahan kemarahannya. Dia berharap selepas ingatannya pulih nanti, dia akan mengekalkan sifatnya.
“Selamat datang ke resort kami, apa yang saya boleh bantu?,” keramahan pekerja resort itu membuatkan mereka selesa.
“kami tak buat reversation, tapi saya akan menginap sini 2 malam. Carikan kami private room yang sunyi dan jauh daripada bising. Kalau boleh yang facing hutan,” Syed Arman membalas sapaan pekerja yang berada di reception kaunter itu.
“Kami ada honeymoon resort encik, masih available. Itu resort persendirian, terletak di atas bukit di kawasan resort kami. Kalau Encik setuju, boleh kasi saya ic, saya boleh registerkan,” Syed Arman mengeluarkan ic daripada dompetnya.
“Boleh saya tumpang tanya, di mana ada kedai menjual pakaian berdekatan sini. Kami kebetulan datang tidak bawa bag pakaian,” sapa Nurlisa kepada pekerja yang berada di kaunter hadapan itu.
“Kami ada butik sendiri, cik boleh beli di butik kami. Kalau tiada yang cik berkenan, Cik juga boleh ke Genting Sempah, ada beberapa kedai pakaian juga di sana,” pekerja lelaki menjawab pertanyaan Nurlisa dengan lancar.
Nurlisa menganguk tanda faham. Allah mempermudahkan jalannya bersama suaminya, dia akan menggunakan sebaiknya.
“kita beli kat sini lah sayang, abang penat dah nak keluar. Kalau tak cukup, esok kita keluar,” Nurlisa mengganguk perlahan sambil menghadiahkan senyuman paling manis pada Syed Arman.
“Senyum sayang manis sangat ni,” Syed Arman menepuk pipi Nurlisa mesra tanpa menyedari kelakuan mereka mendapat perhatian pekerja hotel itu.
“Semuanya RM1600 untuk dua malam, Encik nak bayar guna cash atau card?,” pekerja itu menghulurkan resit kepada Syed Arman. Syed Arman mengeluarkan debit cardnya dan menghulurkan kepada pekerja itu.
“Ada room service kan? I nak order food from here can?,” Syed Arman merasakan badannya terlalu penat untuk duduk di café.
Pekerja itu menghulurkan menu kepada Syed Arman.
“Encik boleh order dari sini. Ini kad bilik Encik,” Syed Arman mengambil debit cardnya dan menghulurkan food menu kepada Nurlisa.
“Sayang, pilihkan apa kita nak makan. Abang ikut sayang, abang tak nak air, hurry up sayang, abang penat,” Nurlisa segera mengambil menu dan memesan nasi gorang untuk mereka berdua, tanpa minuman. Nurlisa melihat mata Syed Arman di dalam kepenatan yang amat sangat.
“Kalau Encik nak ke butik kami, sebelah kanan, daripada butik Encik terus nampak lift. Encik tekan 3, daripada lift, encik kena jalan sedikit then nampak satu resort, itu private resort encik. Dalam sejam, room service akan hantar makanan yang encik pesan.
Syed Arman mengambil bag tangan Nurlisa dan terus memeluk pinggang Nurlisa apabila melihat pekerja itu tidak berkelip memandang Nurlisa. Dia tidak boleh menahan rasa cemburu apabila gadisnya menjadi tatapan orang lain.
Mereka terus menuju ke butik dan terkejut apabila di butik itu kesemuanya ada. Daripada kaki ke kepala lengkap di butik tersebut. Pakaian dalam dan pakaian mandi juga ada.
“Jemput datang, apa yang boleh saya bantu,” sapa pekerja butik itu.
“Kami nak beli pakaian, kami pilih dulu, anything kami panggil ya,” Syed Arman membalas kepada sapaan pekerja lelaki itu.
“Sayang pilihkan ya, abang duduk sekejap. Pilihkan untuk abang sekali,” Syed Arman terus duduk di sofa itu. Dia kelihatan sangat penat, entah kenapa moodnya bertukar.
“Abanggggg, abang pilihkan untuk Sofea, sekejap jer, Sofea nak pakai apa yang abang pilih,” Sofea juga duduk di sebelah Syed Arman, masih memeluk lengan sasa suaminya.
“Abang dah warning tadi, jangan manja sangat dengan abang, jom bangun, abang pilih untuk sayang,” Syed Arman menarik tangan Sofea dan mencium dahinya.
“Abang sanggup mati demi sayang, Jangan pernah sayang tinggalkan abang. Kalau sayang nak abang sasau, buatlah,” dengan tiada ribut, itu perkataan yang keluar daripada bibir Syed Arman.
Nurlisa terkesima, kenapa dengan Syed Arman, banyak perlakuan Syed Arman yang membuatkan Nurlisa keliru, untuk seketika dia seperti melihat suaminya 5 tahun dulu.
“Kenapa tiba tiba abang cakap begitu. Something in your mind abang?,” Nurlisa memanjakan suaranya agar Syed Arman tidak mensyaki dirinya sudah hampit tewas. Dia berdoa agar janganlah dia tewas dengan jiwanya.
Ketika ini dia berada di butik, bukan di tempat persendirian. Kalau terjadi apa apa, dia tidak mahu orang lain salah faham dengan dirinya.
“Lupakan, jom abang pilih untuk sayang, abang nak sayang pakai semua warna putih. Abang nak pakaian sayang seperti dalam mimpi abang,” Syed Arman bergerak ke rak baju dan mula memilih untuk Nurlisa.
Nurlisa juga bergerak di belakang Syed Arman, tangan Syed Arman masih memegang tangan Nurlisa, tidak pernah dia lepaskan Nurlisa.
Setelah setengah jam mereka di situ, mereka berjalan ke resort di tingkat 3 itu. Nurlisa tidak menyangka Syed Arman tahu saiz bra dan pantiesnya. Dia juga terkejut apabila Syed Arman juga tahu saiz bajunya, dan saiz seluarnya. Dia hanya membiarkan Syed Arman memilih pakaiannya. Syed Arman juga memilih pakaiannya sendiri. Kerana tidak mahu berlama lama di butik itu, Nurlisa hanya mengikut, dia sendiri tidak sabar untuk bersendirian dengan Syed Arman di resort tempahan mereka.
Jiwa Nurlisa sudah kacau dengan perlakuan Syed Arman. Jiwanya sedikit keliru, dia perlu meredakan jiwanya.
Nurlisa terkejut melihat hiasan dalaman resort itu, sama seperti resort yang mereka menginap di Selatan Thailand itu. Cuma resort di selatan Thailand menghala pantai, tetapi resort di sini menghala hutan.
Kedudukan katil dah bilik airnya sama, susunan sofanya juga sama. Warnanya juga sama, semuanya putih. Terlihat bunga lily di meja kecil dia sudut tepi bilik itu, bau bunga lily itu semerbak menyusuk hidung mereka.
“Kenapa lah sayang terpacak kat situ, masuk lah sayang, abang tak sabar nak hurm hurm dengan sayang ni,” suara mengusik Syed Arman kedengaran jelas ke telinga Nurlisa. Dia tidak takut dengan usikan Syed Arman, tetapi dia takut dengan jiwanya.
Nurlisa takut jiwanya membawa dia kembali ke 5 tahun dulu, cukup bahaya apabila hanya mereka berdua di tempat sunyi ini. Dia sendiri takut dengan dirinya, dia tidak percaya dengan jiwanya, kerana jiwanya sudah terlalu lama menahan rindu dengan belaian Syed Arman.
Semasa mereka menginap di resort di selatan Thailand itu, mereka baru 3 minggu berkahwin dan suaminya mengajaknya untuk mencari udara pantai. Semasa pergi kesana, mood suaminya juga sedang kacau bilau, suaminya dalam kemarahan yang teramat sangat.
Nurlisa melangkah masuk kedalam, kaki teragak agak tetapi tarikan daripada Syed Arman membawanya ke tengah Kawasan yang besar itu. Syed Arman memeluknya kemas, dia mendengar desahan nafas Syed Arman.
Syed Arman memandang pintu yang telah di kunci tu, kemas dan tidak mungkin dapat dibuka daripada luar.
“Sayang, terimakasih sebab bawak abang ke sini, terimakasih sebab tahu untuk redakan amarah abang, terimakasih juga sebab sayang abang, terimakasih juga sebab sabar dengan abang, sanggup tunggu abang,” Syed Arman memegang rahang Nurlisa dan mengucupnya dengan penuh kasih sayang.
Kucupan itu lama, dan Nurlisa tidak membalas kucupan itu kerana dia takut jiwanya akan datang.
‘Sanggup menunggu’ adakah Syed Arman sudah ingat dirinya. Sedari tadi kelakuan Syed Arman sangat pelik.
“Abang sayang sayang, abang sanggup tinggalkan semua untuk sayang. Sekalipun mereka yang halang hubungan kita,” bibir Nurlisa di kucup lagi, kali ini Syed Arman mendengar desahan nafas Nurlisa, manja dan mengairahkan.
Nurlisa mula membalas kucupan Syed Arman, tangannya sudah melingkari tengkuk Syed Arman, dia memegang rahang Syed Arman kemas, pegangan itu agar Syed Arman tidak ke belakang apabila dia mula menerokai bibir seksi itu.
Mereka sudah lari jauh dari penjanjian mereka, mereka sudah tenggelam di dalam dunia mereka. Nurlisa juga sudah tidak mahu kembali, dia khayal di dalam jiwa romantisnya bersama Syed Arman.
Sedang mereka berada di situasi yang mendebarkan itu, loceng resort itu berbunyi.
BERSAMBUNG
“Tuan, saya dah pesan makanan untuk malam ni, maaf saya tak tanya tuan sebab tuan tidur tadi. Maafkan saya,”
“Tadi saya minta pekerja hotel ambikkan saya telekung solat dan sejadah, maafkan saya sebab tak minta izin tuan,”
“Kalau tuan dah ok, boleh la mandi, saya dah sediakan semua keperluan tuan di bilik air, saya juga dah bersedia sekiranya tuan perlukan saya,”
“kalau tuan tak perlukan saya, boleh saya berjalan di pantai?,” gadis itu berdiri tegap dia hadapan tuanya. Dia seperti mengeluarkan kata satu persatu, dia tidak mahu tuanya kembali marah dengannya.
“Aku nak pakai kau selepas aku mandi, get ready,” tuannya bangun dan terus ke bilik air dan gadis manis itu tersenyum.
Setiap masa dia menunggu jejaka itu menyentuhnya, walapun awalan sentuhan itu kasar, akhiran akan menjadi sangat romantic. Dia sayangkan jejaka itu.
Dia tahu dia sudah gila. Tapi dia suka dengan kegilaannya.

Share this novel

Retiary_Lime
2021-07-09 07:40:17 

Correction: different room

YAZNI-ERNIE
2020-11-17 21:04:07 

hi. dear. i'm waiting ok

YAZNI-ERNIE
2020-11-16 06:17:54 

morning, dear. tqvm. love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience