Di cafe yang berdekatan dengan hospital,
"Kenapa pakcik nak jumpa saya ni, takde kerja ke?. Or pakcik rindu saya, aw so sweet baru semalam jumpa dah rindu balik. Meh sini saya kiss" lalu mendekat.
"Budak nikan, bergurau pulak." lalu mengetuk kepala Ara dengan lembut.
"Sakitlah, malulah tu. Santai je lah anggap ni praktis sebelum menuju ke fasa perkahwinan" lalu tersenyum.
Aoran hilang fokus lalu dia memegang jantungnya yang berdegup kencang.
'Kenapa ni' menatap ara. 'Takkan lah aku jatuh cinta dengan budak tiga suku ni. Aoran cepat sedar dia cuma bakal isteri kontrak kau je, lagipun perkahwinan hanya berlangsung 2 tahun sahaja.' Guman Aoran dalam hati.
"Kenapa pakcik?, sakit jantung ke?. Kebetulan sekarang hospital dekat je. Jomlah kita pergi periksa, maklumlah pakcik dah tua lagipun sakit jantung ni orang kaya je ada hahaha." Canda Ara.
"Gelaklah, gelak lagi. Ingat, orang tua nilah yang jadi suami kamu nanti. Bila kamu jadi milik saya abis kamu saya kerjakan." Ugut Aoran.
"Kerjakan apa? dah tua pun gatal. Kalau pakcik tak tawarkan duit taklah saya terima."
"Yelah tu, ni kamu kenal adik saya dah berapa lama. I mean kamu kerja dekat cafe dia dah lama ke?" tanya Aoran. Kerana persoalan ini menganggu fikirannya.
"Kenapa nak tahu,ohh pakcik cemburu ke?."
"Buat apa saya nak cemburu, takde faedahlah. Saya cuma nak tahu tu je."
"Ok, dialah crush saya yang saya pernah cakap dekat pakcik tu. Kacakkan. Saya tak sangka dia adik pakcik. Kalau saya tak kahwin dengan pakcik mungkin saya akan kahwin dengan dan menjadi adik ipar pakcik. Tapi dipikirkan balik saya mundur kerana saya tengok mama dia. Omg, ada jugak mama macam tu ye. Macam mana pakcik boleh terima dia jadi mak tiri pakcik."
"You know itu semua adalah takdir, papa sangat sayangkan dia. Macam mana mana saya nak tolak. So berapa lama kamu kerja dekat cafe Adam?" Tanya Aoran.
"Lama dah, saya kerja dengan dia sejak umur saya 15 tahun. 3 tahun. Semalam pun dia spam chat, dia tanya pasal pakcik banyak sangat soalan. Saya cakap kalau dia nak tahu banyak benda tanya pakcik sendiri. Tapi hairan, kenapa muka pakcik dengan dia tak sama dia macam oppa-oppa korea tapi pakcik macam abang-abang yang jual tempe tempe jalan tu hahaha. Jangan marah pakcik nanti muka pakcik tambah berkedut. Hahaha." Gurau Ara.
"Saya rasa selain mulut kamu bermasalah mata kamu pun bermasalah, cuba kamu tengok sekeliling. Mereka memandang saya seolah-olah seperti saya ni artis. Walaupun Adam kacak macam oppa-oppa korea tapi saya lebih kaya dan lebih tampan dari dia." Ujar Aoran.
"Tapi dia baik, saya suka. Tak sangkakan, crush akan menjadi adik ipar. Lawakkan."
"Apa yang lawak?" tanya Aoran dengan wajah mendatarnya.
"Lain kali pakcik derma je bibir pakcik tu, bagi dekat siapa yang memerlukan sebab tak de guna jugak dia melekat dekat sana kalau 24 jam masam je."
"Kalau saya pergi derma bibir saya yang sexy ni, siapa yang nak kiss kamu nanti." Lalu tersenyum.
"Eww, siapa jugak yang nak kiss dia. Nanti saya berjangkit dengan penyakit masam pakcik tu. Hahaha."
"Lawak hahaha. Ni saya nak ingatkan tarikh perkahwinan kita tak lama lagi. Saya dah minta cuti sekolah bagi pihak kamu selama 2 minggu."
"Lamanye and tarikh perkahwinan kita bila?. seminggu lagikan." Tanya Ara.
"Lusa." Jawab Aoran dengan selamba.
"Agak-agaklah pakcik, jangan main-mainlah tak lawak tau" kata Ara.
"Muka saya ada nampak main-main ke? takdekan. So bersiap sedia."
"kenapa cepat sangat? tak sabarnye pakcik nak jadi suami saya."
"Lebih cepatlah kita cerai, dan hidup dengan cara masing-masing" jelas Aoran.
"Tapi saya tak nak perkahwinan yang mewah tau. Saya nak simple je yang penting sah." Ujar Ara.
"Ya saya tahu, kita buat sederhana je. kita jemput orang yang kita kenal. Ok."
"Tu saya setuju."
"Ok jom." Ajak Aoran.
"Nak pergi mana?."
"kita pergi tengok baju pengantinlah. Ada tak saiz macam kamu ni pendek." lalu berjalan menuju parking.
'What pendek, tak sedar yang dia tu monster' Lalu mengikuti aoran.
.........................
Didalam kereta, terlihat Aoran busy dengan ipadnya manakala kelvin fokus memandu tiba-tiba telefon Ara mendering.
“Good morning boss, kenapa boss call saya ni?.”
Aoran terus menoleh kearah Ara dan menyuruh Ara untuk membuka pembesar suara supaya dia dapat mendengarnya juga.
"Ara dekat mana tu? sunyi je?.” Tanya Adam.
“Ara dengan abang Aoran dalam kereta.” Balas Ara.
“Kamu berdua je ke? mana kelvin? kamu nak pergi mana dengan along?” tanya Adam bertubi-tubi.
“Santailah boss, abang kelvin pun ada jugak, boss nak apa call saya ni rindu ke hahaha?” menoleh kearah Aoran yang menjelingnya dari tadi.
"Hahaha ara ni, malam ni Ara free tak?. Sebab saya nak jumpa Ara."
Menatap Aoran yang mengelengkan kepala,
“free, untuk boss apa yang tak bolehkan"
"Nanti malam saya jemput Ara."
"Ok, nanti malam kita jumpa. Bye."
"k,bye."
lalu meletakkan telefonnya.....
“Siapa yang benarkan, kamu keluar dengan adik saya?. ” Tanya Aoran dengan tatapan tajam.
“Takpayah kot pandang macam tu, why pakcik cemburu ke? lagipun dia adik pakcik juga bakal adik ipar saya, takkan pakcik cemburu kot.” Ujar Ara.
‘Betul jugak, Adam tu adik aku takkan aku cemburu dengan adik aku sendiri. Jap, kenapa aku harus cemburu? adakah aku mula jatuh cinta dengan budak ni.’ Guman Aoran dalam hati.
"Boss, are you ok?" tanya Kelvin yang melihat bossnya yang memegang jantungnya.
"Ok. Ada nampak macam saya tak ok ke?."
"Ok."
Telefon Kelvin mendering...
“Hello, Datin. Oh, ok nanti sampaikan”blalu meletakkan telefon.
“Why mama telefon, dia nak apa?.” Tanya Aoran.
"Boss, Datin Aminah suruh boss jumpa dia sekarang dekat rumah. Dia call boss tapi tak angkat."
“Nampaknye pakcik ada hal, jadi tak jadilah kita pergi makan-makankan. Tapi takpe saya sekarang saya masih kenyang." Ujar Ara.
"Kita makan dulu baru, baru saya hantar kamu pulang." Balas Aoran.
"Takpe saya tak lapar, lagipun semua dah selesai. Oakcik pergilah, nanti singa tu marah. Saya tak nak tanggungjawab."
"Baiklah, saya hantar kamu balik."
"Emm lagi satu, malam nanti saya nak keluar ye. Pakcik tahukan dengan siapa saya keluar. So pakcik jangan risaulah. ”
“Siapa benarkan kamu keluar,no malam ni duduk rumah je.” perintah Aoran.
"Saya dah janjikan, jadi saya kena tepati. Lagipun bukan dengan orang lain. Dengan adik pakcik je pun. Boleh ye?."
Aoran hanya mendiamkan diri. Kelvin nampak dari raut wajah bossnya yang seperti cemburu. Selama dia berkerja bersama Aoran, dia tidak pernah melihat bossnya begitu ketika boss ya menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Mungkinkah bossnya mula jatuh cinta dengan Ara.
“Suka hati kamulah.” lalu menatap ipadnya.
“Thank you pakcik.” dengan melemparkan seyuman manisnya.
Share this novel