Pak Man tergesa-gesa mengayuh basikal tuanya menuju ke Sekolah Menengah Orked di mana tempat Fatimah menuntut ilmu. ( Bunyi ketukan pintu ) .Masing-masing mengalihkan pandangan ke arah pintu.Eh eh Pak Man.Fatimah melemparkan senyuman kepada Pak Man. Terserlah kedua-dua lesung pipitnya.
Pak Man tidak membalas senyuman tersebut sebaliknya dia menghampiri cikgu Dewi dengan membisikkan sesuatu di telinga cikgu Dewi.Berubah air muka cikgu Dewi.Timah,mari ikut Pak Man balik.Pak Man bersuara.Timah pun akur dengan kehendak Pak Man.Sebaik sahaja Fatimah keluar dari kelas.Pak Man kenapa Timah kena balik sekarang? Pak Man serba salah hendak menjawab pertanyaan Timah itu.Hmmm errrr nanti dah sampai rumah Timah tahulah kenapa kena balik.Kata Pak Man semata-mata tak nak menjawab soalan yang diajukan oleh Fatimah itu.Sesampai sahaja di halaman rumahnya,Fatimah mengajukan lagi soalan kepada Pak Man.Pak Man kenapa ramai orang datang rumah Timah? Terkelu lidah Pak Man lalu setitis demi setitis air mata Pak Man mengalir membasahi pipi.Fatimah mula resah melihat air mata Pak Man mengalir dengan segera Fatimah berlari menaiki anak tangga satu demi persatu.Sebaik sahaja mengakhiri anak tangga terakhir,terlihat sekujur badan yang kaku berpakaian serba putih yang dikelilingi ramai orang dengan suara serak-serak basah membacakan surah yaasin.
Mama..mama..mama! mama! berkali-kali Fatimah memanggil ibunya yang kaku itu.Air mata mengalir dengan derasnya.Digoncang-goncang badan ibunya.Mama..mama ini Timah ma..ini Timah ma..Timah dah pulang ma..mama bangunlah..mama bangunlah...mama tak sayang Timah ke..sampai hati mama buat Timah macam ni..mama bangun mama!Tersedu-sedu Timah dibuatnya.Mak Kiah menghampiri Fatimah.Timah sudahlah Timah..Allah lebih sayangkan mama..mama sayang sangat dengan Timah..Timah janganlah macam ni nak.Sedih mama Timah nanti bila melihat Timah macam ni.Timah tidak menghiraukan kata-kata Mak Kiah sebaliknya dia terus menangis dan menangis.Ayahnya pula terduduk sandar didinding kayu rumahnya sampai kering air mata dipipinya tidak bersuara sama sekali.
Share this novel