Bab 2

Family Completed 3957

Sebulan sudah pun berlalu tetapi Fatimah tidak ubah seperti baru kehilangan insan tersayangnya.Hidupnya bertambah pilu apabila ayahnya menghilangkan diri tanpa berita meninggalkan dirinya yang baru berusia 12 tahun.Walaupun Fatimah masih mentah tetapi dia sudah pandai berdikari sejak dari kecil lagi.Mujurlah jirannya Mak Kiah isteri kepada Pak Man selalu berkunjung ke rumah pusaka milik ibu bapanya itu.Sudah banyak kali Mak Kiah dan Pak Man mengajaknya untuk tinggal bersama mereka tetapi Fatimah menolak pelawaan Mak Kiah dan Pak Man kerana katanya walau apa pun yang terjadi dia tidak akan meninggalkan rumah itu.Mereka menurut sahaja kemahuan Fatimah kerana mereka tiada hak untuk memaksa.Pak Man yang baharu sahaja memasang niatnya yang hendak menghantar Fatimah ke rumah anak-anak yatim terus termati begitu sahaja apabila mendengar penjelasan anak kecil itu.Khuatir jika keputusanya itu mengguris hati anak kecil yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience