BAB 2

Spiritual Completed 887

Sedihku...

Sakitku...

Ku terima...

Ku rela...

Ku pasrah...

Jalanku...

Ini suratan aku dicuba

Demi rahmat-Mu ku memohon...

Di jari Inara Syuhada terselit cincin tanda cintanya. Namun cinta itu semakin menghilang dan berterbangan di puput angin kenangan.

Di hatinya, tersergam taman seribu cinta buat bakal suami. Taman seribu cinta yang terindah hanya untuk suami.

Dan dia ingin cintanya itu dinikmati bakal suaminya bila dia berkemahuan. Pada hidup mendatang, akan dia gantungkan segenap hidupnya kepada pundak suaminya.

Akan dia taat kepada suaminya kerana ketaatannya itu adalah jaminannya mendiami syurga dan menatap wajah Kekasih abadinya.

Pernah dulu dia berjanji dengan hatinya, bahawa cinta ini akan dibekalkan buat suaminya yang sentiasa meladeni hidup yang tidak pernah lari dari pancaroba.

Dulu dia mengharapkan kekasihnya, Hilman adalah bakal suami yang akan menuntunnnya jalan ke syurga.

Ternyata harapannya semakin kabur dan seakan tidak membenarkan.

Sesungguhnya untuk menerima semua ini terasa amat pahit dan sukat diterima. Hilman bukan lagi cintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience