BAB 3

Spiritual Completed 887

Cinta Danniel bukan lagi untuknya. Hakikat itu dia mesti fahami agar hati hati yang lain sentiasa terjaga dan tidak terluka.

Sekali ini, biarlah hatinya sendiri yang terluka. Inara Syuhada rela.

Umi mengetuk pintu sekali lagi seraya memberitahu pihak lelaki sudah berada di ruang tamu rumah mereka.

Inara Syuhada bangun dan keluar dari bilik sambil diiringi oleh kakaknya. Perlahan-lahan dia melangkah penuh kesopanan.

Pandangan matanya direndahkan daripada memandang orang ramai yang berada di ruang tamu itu.

Inara Syuhada malu, sepatutnya bukan dia yang berada di sini. Tapi mengapa Hilman tidak mahu mambangkang pernikahan ini? Tetapi mahu meneruskan juga?

Perlahan-lahan Inara Syuhada bersimpuh sopan bersama dengan para tetamu yang sejantina dengannya.

Sepasang tangan itu bersulam erat. Senyumannnya masih terbuah pada ulas bibirnya. Inara Syuhada kelihatan tenang sahaja.

Ya Allah Redailah ketulusan hatiku

Ya Allah berilah aku ketabahan

Aku sanggup berkorban

Hatinya berkata perlahan. Sakit, pedih dan terkilan semakin meracun hatinya. Inara Syuhada meninggikan sedikit pandangannya, redup matanya bertemu lembut dengan sepasang mata yang menggusar itu.

Apakah ertinya semua ini Hilman ? Apakah maksud pandangan matamu itu? Luahkan apa yang membuku di hati sebelum ada hati yang lain parah?

“Saya dikhabarkan semalam bahawa Encik Hilman ditangkap basah dengan perempuan lain.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience