Rate

Rapatnya Hubungan

Short Story Series 1115

*Benarkan saya menukar perkataan 'Saya' kepada 'Aku'*

Keesokan harinya, seperti biasa aku datang yang paling awal ke sekolah. Kemudian dia pun datang sekali. Latihan bermula seperti biasa. Tetapi latihan mengambil masa sedikit sahaja kerana cikgu membawa ahli-ahli kawad ke bilik stor KRS untuk mengambil beret.

Dalam perjalanan ke sana, aku jalan keseorangan tanpa kawan di sisi. Bilik stor berada di Blok D dan yang paling hujung. Aku pada masa itu berada di kalangan perempuan yang lain. Sebelum naik ke tingkat 2, dia sudah pun berada di sebelah aku. Ketika naik ke tingkat 2 pun masih berada di sebalah aku. Di depan pejabat terdapat pokok yang berdaun tajam, sepatutnya aku lalu di depan pokok itu. Tetapi dia menukar posisi aku ke tempat yang selamat, dia yang lalu di depan pokok itu. Aku pun ikut sajalah apa yang dia suruh aku buat. Dia sentiasa berada di sebelah aku setiap perjalanan.

Setelah tiba ke stor, aku menunggu di luar kerana stor itu sempit sikit. Cikgu menyuruh aku untuk masuk ke dalam juga untuk memilih beret yang perlu di pakai. Setelah memilih beret untuk dipakai, aku terus duduk di luar sambil melihat ke bawah. Kemudian, dia pun keluar dari ator lalu duduk di sebelah aku. Dia pun berkata "Pandang ape tu?" aku pun jawab "Pandang bawah...". Aku rasa kekok bila bercakap dengan dia.

Selepas ke stor, kami ke kantin semula untuk latihan. Dia masih berada di sebelah aku dalam perjalanan. Tetapi kawan dia ada di belakang aku dengan dia. Dia dengan kawannya berbual sedikit. Aku tak masuk campur langsung hal diorang. Aku ketika itu berada hampir bersebelahan dengan pokok itu. Dia pun menukar posisi aku seperti biasa apabila kami hampir dengan pokok tersebut. Apabila kami menuruni tangga terakhir, aku terdengar kawannya berkata "Aku jadi bodyguard kau ehh?". Dia pun macam tak setuju dengan apa yang kawannya kata. Tapi, aku akan anggap yang ayat bodyguard ialah orang yang menjaga perhubungan seseorang.

Selepas latihan, aku mengambil masa untuk minum air kemudian melihat telefon jika ada notis. Dia pun berehat di sebelah aku sedangkan banyak tempat lagi yang kosong tempat duduknya. Beberapa minit kemudian, Abang Apis datang untuk mengambil Nama, No. IC, dan no. telefon. Dia pun pergi juga untuk melihat senarai nama tersebut, lalu mengambil tahu pasal aku. Abang Apis suruh aku menyebut no. ic, lalu dia pun berkata "Oh!, kau lahir bulan Jun?..." aku pun jawab "Haah" (sambil mengangguk kepala). Dia sambung lagi "Beza kite 5 bulan je..." aku pun angguk kepala tanda setuju. Aku dalam hati berkata 'Kite??? Asal die cakap kite??...'. Dia menyimpan no. telefon aku dengan nama 'Hazwani krk2'.

Waktu balik seperti biasa, aku dengan dia berada di luar sekolah bersama. Dia kata dia sukakan kucing, aku pun sukakan kucing. Kami duduk di bangku luar. Aku mendengar muzik kegemaran aku sambil membaca buku. Tidak lama kemudian, dia pun balik sambil berkata padaku "Aku balik dulu tau!" aku pun angguk saja.

Sambungan pada minggu persekolahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience