Rate

Perbualan Bermula

Short Story Series 1115

Pada keesokkan harinya, saya datang ke sekolah awal pagi sedangkan pada hari itu ialah hari cuti sekolah. Saya ingat harini tiada perjumpaan, rupanya ahli-ahli yang lain datang lambat ke sekolah. Latihan berjalan seperti biasa dengan bilangan ahli yang sedikit.

Apabila waktu rehat, seorang lelaki duduk di sebelah saya dengan memegang air tin cincau dan keropok di tangannya. Dia pun berkata "Kau nak air ni tak?" sambil menghulurkan air kepada saya. Saya menolak kerana saya tidak gemar meminum air cincau. Dia berkata lagi "Keropok nak?", saya menolak juga. Disitulah permualaan kami berbual.

Ketika balik, saya dengan segeranya pergi ke luar pagar sekolah untuk menunggu ibu saya datang mengambil saya pulang. Ketika itu, dia menyuruh saya untuk menunggu dia di tempat perjalanan kaki. Saya tidak kisah jika dia mahu saya tunggu dia atau tidak asalkan saya balik rumah dengan selamat.

Di luar sekolah terdapat bangku yang panjang, maka saya duduk di situ menunggu ibu saya datang. Dia pun duduk di sebelah saya. Saya buat tak kisah dan tak layan dia langsung. Sambil mendengar lagu, dia memulakan perbualan dengan menanyakan beberapa soalan tentang diri saya. Sebagai contoh, tinggal di mana, adik-beradik ada berapa, anak ke berapa, kelas mana dan banyak lagi. Saya ni seorang yang suka baca buku novel, jadi dia pun bertanya "Buku ape yang kau bace tu?" "Buku pasal cinte ehh?" saya pun menjawab "Entah".
Kami menunggu ibu bapa kami untuk pulang.

Sambungannya pada esok hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience